Di sebuah kelab yang terkenal dengan nama NZ club. Club yang menyediakan tempat hiburan kelas atas. Namun kelab ini hanya menerima pelangan vvip dan berumur 21 keatas sahaja. Bawah dari itu tidak di benarkan masuk.
.........
Di room private, terlihat Harith hanya termenung sahaja. Memikirkan masalah yang tidak kunjung hilang. Membuatkannya stress dan memerlukan masa-masa sendiri untuk menenangkan diri.
"Dr Harith. Kenapa di kau hanya termenung sahaja." Sapa Nizam pemilik club ini. Lalu duduk di kerusi yang ada di sana bersama Khai.
Namun Harith hanya memasang wajah masam sahaja, dan terus mendiamkan diri. Membuatkan Nizam dan Khai memandang satu sama lain.
"Hai bro, kenapa dengan muka kau tu?. Nampak sedih je. Ni aku tahu penyelesaiannya. Tu ada amoi baru, cantik tau. Tengok mata dia asyik-asyik pandang kau. Apalagi, sikatlah."
"Bro, aku dah tunang. So aku kena jaga perasaan tunang aku." Tolak Harith, dengan menunjukkan cincin di jari manisnya.
"Wow, tunang !. Bila?. Kenapa kami tak tahu?." Soal Nizam. Betapa kawan-kawannya terkejut dengan apa yang di katakan playboy seperti Harith. Tunang?. Itu mustahil.
"Kenapa muka korang macam tu?. Dah macam tengok kura-kura menari." Soal Harith apabila melihat satu persatu kawannya memasang wajah terkejut.
"Wei !, siapa yang tak terkejut. Harith Lee akan terikat dengan satu perempuan. Dengan siapa?. Ain ke?." Soal Khai ingin tahu.
"Jangan sebut nama dia, menyampah pulak aku dengar."
"Why?. Bukankah Ain gadis yang kau puja-puja selama ni."
"Ya, itu dulu. Sekarang aku dah bertunang dengan seorang gadis menurut aku, ok. Sejujurnya aku tolak perjodohan ni sebab aku nak fokus pada anak aku. Namun jika di pikirkan balik, keluarga dia banyak jasa dekat keluarga aku. So nak buat macam mana, teruskan jelah."
"Siapa?, kami kenal ke?."
"Kenal !. Gadis yang korang tengok haritu." Jawab Harith dengan senyuman bangga di bibirnya.
"Gadis yang kau rogol tu. Aisa cucu Tan Sri Azman. Wah, kau biar betul."
"Betulah, kenapa korang tak percaya?."
"Percaya tu memang percaya, tapi kau dah ambil kesucian dia. Adakah dia masih terima kau jadi suami dia."
"Aku tak kisah sama ada dia terima aku ke tak. Kerana kau tahu sendiri yang aku orang pertama yang sentuh dia. Jika dia tak terima aku, maka siap dia aku kerjakan."
"Hoi Harith !, anak orang tu. Suka hati nak kerjakan. Haritu waktu dekat hotel, kau dah kerjakan dia cukup-cukup sampai pucat budak tu. Nasib baik dia tak bagitahu keluarga dia tau. Kalau tak habis kau, di belasah Tuan Hasrul, papa kau." Ujar Khai. Kebetulan dia juga di sana, namun bilik saja yang berasingan.
"Hei Khai. Kalau aku jadi Harith pun, aku buat benda yang sama. Anak manja macam Aisa, patut di beri pelajaran. Hasilnya dia senyap sampai sekarang." Bela Nizam.
"Tu pun aku ugut dia, untuk merahsiakan perkara ni. Tapi aku hairan dari mana dia tahu tentang Ain mengandung."
"Apa masalahnya kalau dia tahu, itu lebih baik. Bukankah kau suka jika perjodohan ni di batalkan." Ujar Nizam.
"Aku suka, tapi nanti keluarga kami akan renggang. Aku tak nak itu terjadi. Lagipun dia tak tahu Dr Harith dengan Harith adalah orang yang sama. Mungkin sebab penampilan aku kot, tu sebab dia anggap Dr Harith dan Harith orang yang berbeda."
"Betul !. Tengok kau sekarang dah macam mafia-mafia dalam movie dan penampilan kau akan berubah jika kau jadi Dr Harith. Namun kau bukan tak biasa menguasai perempuan, aku yakin tunang kau tu kacang je." Ujar Khai menyuarakan pendapatnya.
"Dia tu lain. Aku yakin mesti dia lari, masa perkahwinan kami nanti. "
"Bagitahu jelah kebenaran, apa susahnya." Cadang Nizam.
"Kau cakap senanglah Zam. Ni, aku yang lalui."
"Ok, ok. Aku tak nak kau stress, so nah air beer terbaru dekat club aku. Sedap tau."
"Aku dah berhenti minum akohol." Lalu meneguk air suam yang telah di sediakan. Membuatkan kedua-dua kawannya saling berpandangan satu sama lain.
"Oh ok !." Itu sahaja yang mampu Khai balas, kerana Harith banyak berubah. Dari setia pada yang satu, dan yang paling dia terkejut adalah Harith berhenti minum akohol. Sedangkan kawannya itu pencandu minuman keras.
"So baiklah, aku gerak dulu nak tengok tunang aku. Kang dia lari, marah pulak papa aku." Pamit Harith.
"Ya, hati-hati."
"Ok." Lalu melangkah pergi.
..............................
Malam yang dingin di taman berdekatan dengan hospital, terlihat Aisa duduk bersantai di temani oleh Dr Qairan yang menjaganya malam ini.
"Dr Qai, dekat hospital ni siapa yang berkuasa?." Soal Aisa dengan memandang ke arah dokter yang tampan di hadapannya.
"Dr Harith, kerana hospital ni keluarga dia punya. Kenapa tanya?."
"Hospital ni dia yang punya, wah !. Patutlah suka hati arahkan orang. Tapi dia baiklah, suka senyum, santai. Saya suka."
"Cik Aisa suka?." Soal Qairin dengan senyuman terukir di bibirnya, siapa yang tidak tahu bahawa Aisa adalah tunang pemilik hospital ini. Satu hospital tahu, hanya sahaja Harith menyuruh semua perkerja di hospital ini untuk merahsiakannya.
"Suka !, tapi sayangnya dia dah berpunya."
"Tapikan sebenarnya dia tu tegas tau, garang dan suka marah-marah. Tidak seperti yang apa yang Cik Aisa katakan. Mungkin dengan Cik Aisa sahaja dia seperti itu baik, suka senyum."
"Dia layan saya baik, mungkin di sebabkan amanah papa dan atok seperti mana Dr Qairin menjaga saya."
"Hati orang mana kita tau, lagipun Cik Aisa ni cantik boleh di katakan sempurna. Saya sebagai lelaki pun terpana akan kecantikkan Cik Aisa yang luar biasa."
"Terima kasih atas pujiannya. Tapi saya ni banyak kekurangannya, tak semua lelaki boleh terima kekurangan saya ni. Saya dah cuba untuk pulihkan rasa trauma saya yang terus menyerang saya sampai sekarang. Saya takut, itu terjadi lagi." Ujar Aisa, tanpa sedar air matanya mengalir tanpa henti apabila dia mengenang masa lalunya.
"Cik Aisa kenapa nangis ni?. Apa yang dia buat sampaikan Cik Aisa trauma ni." Panik Qairan.
"Saya ok." Jawab Aisa dengan senyuman kembali terukir di bibirnya.
"Betul ni ok?." Soal Qairin inginkan kepastian.
"Betul !."
"Cik Aisa telah melangar janji kita." Sapa seorang dengan nada sedikit kuat, membuatkan Aisa dan Dr Qairin berpaling kearah suara itu.
"Dr Harith."
"Siapa yang benarkan dia keluar tanpa izin saya. Kan dah berulang kali saya cakap yang tidak ada siapa yang boleh bawa Cik Aisa keluar dari wadnya selain saya." Marah Harith, di kala melihat Aisa di bawa keluar tanpa izinnya, apatahlagi yang membawa Aisa adalah dokter lelaki. Itu menambah amarahnya.
"Maafkan saya." Ucap Qairin dengan menunduk berkali-kali sebagai tanda pemohonan maafnya.
"Hei Dr Harith, janganlah marahkan Dr Qairin. Saya yang suruh dia bawa saya bersiar-siar. Nak tunggu dokter, lambat lagi. Asyik menghilang je." Celah Aisa.
"Tapi Cik Aisa dah melanggar perjanjian kita."
"Penting ke?. Dahlah, santai. Jangan marah-marah sakit kepala ni. Kalau Dr Harith masih marah lagi, maka saya minta maaf bagi pihak Dr Qairin."
"So baiklah, saya maafkan kamu untuk kalini Dr Qairin. Namun ini adalah peringatan keras dari saya bahawa tiada siapa yang boleh bawa Cik Aisa keluar dari bilik dia kecuali itu saya." Pesan Harith.
"Kenapa harus dokter?. Bukankah mereka juga dokter seperti Dr Harith. Jadi takda masalah."
"Kerana saya di tugaskan untuk menjaga Cik Aisa, dan apa pun yang terjadi pada Cik Aisa itu adalah tanggungjawab saya. Maka yang berhak bawa Cik Aisa keluar adalah saya sahaja. Apapun mengenai Cik Aisa, itu perlu minta izin dulu dari saya. Tolong faham." Jawab Harith dengan nada kesalnya.
"Saya minta maaf sekali lagi Dr Harith, lain kali saya takkan ulanginya lagi."
"Ok, dah pergi rawat pesakit lain gantikan saya." Arah Harith.
"Baiklah, saya pergi dulu." Lalu melangkah pergi.
Kini tinggallah Harith bersama Aisa tunangnya yang memandangnya dengan pandangan sesuatu. Lalu Harith pun duduk di sebelah tunangnya.
"Kenapa pandang saya macam tu?." Soal Harith kebingungan, kerana tunangnya itu tidak berhenti menatapnya.
"Betul kata orang-orang, yang Dr Harith sangat garang, dan suka marah-marah. Seramnye."
"Saya marah kerana mereka tidak mendengarkan arahan saya. Jika mereka dengar setiap arahan saya, maka saya tak perlu penat-penat nak teriak sini, teriak sana. Ingat saya tak lelah ke?."
"Well kesalahan mereka sikit sahaja, tak perlu kot sampai tengking-tengking macam tu. Kesian dia."
"Kesalahan sikit akan menyebabkan timbulnya kesalahan besar, maka perlu di cegah sebelum itu terjadi."
"Betul jugak."
"Tapikan Cik Aisa, Cik Aisa dah melanggar perjanjian kita, maka dari itu saya akan berikan Cik Aisa hukuman."
"Hukuman apa?. Hukuman merupakan wang ke?. Hei, jangan risaulah. Saya ni kaya, pewaris harta keluarga. Jadi Dokter nak berapa?. RM 100k, RM 500k or RM 1 Juta. Just tell me."
"Wah kayanya Cik Aisa. Tapikan Cik Aisa tahu sendiri yang saya juga kaya seperti Cik Aisa. Hanya sahaja saya tak sekaya Cik Aisa."
"Lupa pulak. So apa hukumannya. Bagitahu saya."
"Nanti saya fikirkan, tapi bukan bermaksud saya tak berikan Cik Aisa hukuman. Hanya sahaja saya belum ada hukuman sesuai untuk Cik Aisa."
"Baiklah, tapi kalau boleh jangan hukuman yang berat-berat. Saya tak sanggup."
"Ok, takda masalah. So boleh saya tanya Cik Aisa sesuatu?."
"Tanyalah."
"Cik Aisa rasa saya ni sesuai ke jadi suami?."
"Bagi Pendapat sayalah, Dr Harith dah cukup syarat untuk berumahtangga. Dokter ada segala-galanya. Lagipun dokter pun seorang yang bertanggungjawab juga kacak. Saya pun terpikat tau. Sayangnya saya dah ada tunang, dokter pun sudah berpunya. Kalau tak, dah lama saya pikat dokter sampai dapat."
"Cik Aisa suka saya?." Soal Harith dengan menatap dalam mata gadis itu. membuatkan gadis itu terus mengelak dari tatapannya.
"Suka !. Suka sangat."
"Tapi jika saya ada anak, dan anak itu bukan dari hubungan halal. Cik Aisa masih terima saya lagi ke?."
"Maksud dokter anak luar nikah ke?." Soal Aisa.
Namun soalan Aisa hanya Harith jawab dengan menganggukkan kepalanya sahaja.
"Anak tu tak salah, yang salah adalah ibu dan bapa dia yang membuatkannya lahir di dunia ni. Jadi kenapa pulak saya tak boleh terima dia dalam hidup saya. Well kenapa tanya?. Dokter ada anak luar nikah ke?. Dengan siapa?."
"Saya hanya sekadar bertanya, jadi terima kasih atas jawapannya. Itu adalah jawapan yang bijak pernah saya dengar."
"Terima kasih atas pujiannya, saya memang bijak dan cantik. So boleh bawa saya balik wad. Mengantuklah."
"Sudah tentu. Jom." Jawab Harith dengan menghulurkan tangan kanannya.
Dengan senang hati Aisa menyambut huluran tangan Harith. "Jom !."
"Nak saya dukung?."
"Jangan mengada-gada, kang tunang dokter serang saya. Siapa nak bertanggungjawab."
"Hurm, biarlah. Cik Aisa pesakit saya, saya yakin dia takkan marah."
"Tak perlulah, saya pandai jalan sendiri."
"Ok, itu keputusan Cik Aisa. Dah jom balik wad."
"Jom." Mereka pun melangkah pergi, bersama-sama. Namun ini hanya permulaan yang indah. Jika Aisa tahu perkara sebenar, adakah dia masih menyukai Dr Harith.
Share this novel