Get the app for full experience
Tempoh sepuluh hari yang diberi untuk pertandingan mencipta slogan akhirnya tamat juga. Lebih tujuh ribu penyertaan yang diemelkan kepada Stillvol. Ternganga juga Hana melihat jumlah penyertaan begitu banyak. Tidak sangka pula pertandingan yang dianjurkan ini akan mendapat sambutan hebat. “Fuh, 7459 penyertaan,” ujar Hana ketika menyemak emel yang dikhaskan untuk pertandingan tersebut. Raqeef tidak berkata apa-apa kerana dia terlalu asyik dengan komputernya, menyiapkan video teaser untuk jam tangan terkini yang direka khusus sempena penjenamaan semula. Jam tangan yang sesuai untuk lelaki dan wanita dengan lima pilihan warna. “Masa mula-mula saya terfikir nak anjurkan pertandingan ni, saya ingat kalau dapat at least 300, 400 ...