Lokasi : Pejabat (Jabatan Penyiasatan Jenayah).
Masa : 11.00 a.m.
Semua bahan bukti yang terkumpul diletakkan satu per satu di atas meja. Kunci motorsikal, beg, kelopak bunga Mawar, sekeping polaroid dan lain-lain lagi.
Detekrif Fahri mengambil dan membelek-belek polaroid tersebut.
Detektif Fahri : Macam yang aku cakap tadi, mungkin ke kenalan dia yang buat benda ni?
Detektif Arissa : Boleh jadi juga. Tapi macam mana kita nak..
Kata-katanya terhenti. Dia segera mengambil kad pengenalan Helmy. Detektif Arissa dan Detekrif Fahri saling berpandangan.
**********
Lokasi : Rumah Helmy.
Masa : 12.15 p.m.
Detektif Arissa dan Detektif Fahri dijemput masuk oleh seorang lelaki bernama Syimir. Tanpa melengahkan masa, mereka terus menyoal siasat Syimir dan bertanyakan hal-hal yang mungkin ada kaitan dengan kematian Helmy.
Detektif Arissa : Sekarang awak saja yang tinggal di rumah ni. Apa hubungan awak dengan Helmy?
Syimir : Saya salah seorang kawan yang duduk menyewa bilik dalam rumah ni.
Detektif Fahri : Salah seorang? Saya tak nampak orang lain kat sini. Siapa lagi yang tinggal di sini?
Syimir : Pada asalnya, kami tinggal bertiga di sini. Taufik, seorang lagi kawan kami dah dekat dua minggu tak balik rumah. Katanya balik kampung. Tapi sampai hari ni, WhatsApp nak minta duit sewa tak berjawab pula. Tak tahu dia ke mana.
Detektif Arissa : Hmm, tahu kenapa dia pulang ke kampung?
Detektif Arissa mula berdiri dan mundar-mandir di ruang tamu itu sambil memerhati setiap sudut ruangan tersebut. Syimir kelihatan berpeluh, gelisah, tak senang duduk. Kelihatan sangat jelas perubahan pada raut wajahnya. Melihat dia bertingkah laku seperti itu, Detektif Arissa pun menyambung pertanyaannya.
Detektif Arissa : Dia tak bagitahu ke? Any idea?
Syimir : Katanya adik dia masuk hospital. Jadi dia tolong uruskan apa yang patut. Tapi..
Detektif Arissa : Tapi?
Syimir : Sehari sebelum dia balik kampung tu, dia ada bertekak sikit dengan Helmy.
Detektif Arissa : Tahu tentang apa?
Mendengar nada suara Detektif Arissa semakin tinggi, Detektif Fahri hanya duduk terkaku di situ.
Syimir : Saya tak berapa pasti. Masa tu saya baru je masuk rumah, balik dari kerja. Saya jenis tak masuk campur sangat hal orang. Dengar sikit je.
Detektif Arissa : Jadi apa yang awak dengar?! Boleh cerita elok-elok sikit tak? Bagi kerjasama. Senang urusan kitorang, senang juga lah urusan kau. Atau kau ada kena mengena dengan kes ni?!
Detektif Fahri : Arissa, sabar. Kita boleh slow talk kan? Tanya satu per satu. Tengok macam darah gemuruh je dia ni. Lagi kita tekan dia, lagi gugup dia nak bercerita.
Detektif Arissa : Kau tak suspicious ke bila dia tiba-tiba jadi macam cacing kepanasan ni? Syimir, kau elok-elok sikit ea!
Detektif Fahri : Whoa.. Whoaa.. Okay macam ni. Syimir, terima kasih atas kerjasama awak. Kami akan kembali atau hubungi awak terus kalau kami perlukan apa-apa lagi maklumat. Arissa, jom.
Detektif Arissa merenung tajam ke arah mata Syimir. Dia pasti ada sesuatu yang dirahsiakan.
Setelah mereka beredar, Syimir menghembuskan nafas dengan kuat. Dia melihat ke arah pintu bilik Helmy. Jantungnya berdegup kencang. Apalah yang akan berlaku selepas ini?
BERSAMBUNG.
Mungkinkah Syimir ada kaitan dengan kematian Helmy? Teruskan membaca.
Share this novel