Bab 1 : Kali Pertama.

Action Series 1394

Lokasi : Lorong kecil belakang kedai.
Masa : 12.30 a.m.

Dalam suasana gelap, Helmy sedang menutup pintu belakang kedai tempat dia bekerja. Sambil menuju ke arah motorsikalnya, dia mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi seseorang.

Wanita : Hello, you dah settle kerja ke?

Helmy : Hello, you. Jadi ke kita jumpa for the first time dekat mamak ni?

Wanita : Jadi lah. I dah tunggu sejam dekat sini.

Helmy : Alaa, sorry ya. I ada kena buat kira-kira sikit tadi. Biasalah, hujung bulan kan.

Wanita : Okay, I maafkan. Tapi you boleh cepat tak? I kerja pagi esok, dah lewat dah ni.

Helmy : You tunggu kejap. I tahu jalan shortcut dari sini. Five minutes!

Helmy terus menamatkan panggilan itu. Sambil tersenyum sinis, dia menaiki motorsikal menuju ke tempat yang dijanjikan.

**********

Baru sahaja tiba di jalan pintas yang dimaksudkan, Helmy menyedari bahawa tayar motorsikalnya pancit. Dia segera turun dan memeriksa tayar tersebut sambil merungut.

Helmy : Aduhai, time ni lah nak bocor. Paku besar bapak! Mesti kena kat belakang kedai tadi.

Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan melalui WhatsApp.

Helmy
"You, I ada problem sikit lah. Kita jumpa lain kali boleh? Really really sorry."

Dari jauh kelihatan seseorang yang berpakaian serba hitam sedang berjalan dengan tenang menuju ke arah Helmy. Terdengar bunyi tapak kasut, Helmy menoleh ke belakang. Dengan nada panik, dia berkata..

Helmy : Jangan dekat. Siapa kau? Jangan dekat. JANGAN DEKAT!

Helmy terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Dia hanya dapat melihat orang misteri itu berlalu pergi. Hendak saja menjerit, namun sudah tak berdaya. Nafasnya semakin sesak, pandangannya semakin kabur, kesakitan yang dirasai semakin dahsyat.

Dan semuanya menjadi gelap.

BERSAMBUNG.

Siapakah orang yang berpakaian serba hitam itu? Apa sebenarnya yang berlaku kepada Helmy? Teruskan membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience