Mangkuk berisi bubur yang bersisa separuh tergeletak di atas almari sebelah katil dimana tiub IV berada dan mesin bantuan hayat yang terpasang di sebelah kiri katil dimana lelaki yang terlantar sakit sedang terbaring lemah di situ.
"So hari ni ayah kena ikuti rawatan terapi dengan Doktor Rohan, ingat jangan lupa makan dan tidur lepas tu...nanti bila semua urusan dah settle, Naomi datang lawat ayah semula."pesan Naomi kepada ayahnya sambil memakaikan pakaian bersih ke badan itu setelah selesai bersihkan ayahnya seusai makan tadi.
"Kamu tahu..kamu tak perlu sering ke sini?Ada jururawat yang tengokkan ayah. Kamu fokus saja pada pelajaran kamu tu."pesan Ayah Naomi kepada anaknya itu. Bukannya apa, dia hanya kasihan. Sudahla kena bekerja part time, kemudian belajar, hadiri kelas lagi itu belum lagi nak melawat dan jaga dia. Kasihan dia pada anak tunggalnya yang satu ini.
Sejak ayah Naomi di sahkan menghidap kanser kolon sejak beberapa tahun yang lepas, sejak itu la Naomi sebagai anak serta tulang belakang keluarganya, dia la yang jaga dan rawat ayahnya yang sakit ini. Tapi sekali pun Naomi tak pernah merungut atau mengeluh untuk semua yang dia perlu tanggung. Malah dia laksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.
"We already talk about this..."keluh Naomi masa pandang wajah pucat ayahnya. Dia tak kuasa nak bertekak mengenai hal yang sama berulang kali. Lagipun ayahnya bukan sihat sangat sampai nak peningkan kepala fikirkan tentang diri dia.
Ayah Naomi pandang kesal ke Naomi bila dengar jawapan tu. Tengok la..kalau di beritahu tak mahu dengar. "Ayah cakap semua ni demi kebaikan kamu Naomi. Hidup kamu masih muda dan banyak perkara yang kamu boleh lakukan dari habiskan masa untuk orang tua yang nak mati seperti ayah ni"luahnya dengan jujur. "Sampai bila kamu nak begini...ayah tak mahu susahkan kamu...sepatutnya ayah yang berikan kehidupan yang sempurna untuk kamu, bukan kamu yang bazirkan usia muda kamu terhadap ayah..."
Mula dah!Paling dia pantang kalau ayah dia ungkit hal ni. "Ayah...please. Stop."minta Naomi dengan nada mengalah.
Ayah Naomi tak nak mengalah. Dia masih juga berdegil hendak menegah Naomi.
"Ayah akan berhenti sekiranya kamu ikut kata ayah...tak ada gunanya kamu lakukan semua ni, kamu sendiri dengar apa yang doktor katakan kepada kamu mengenai sakit ayah ni"sambung ayah Naomi lagi.
Ketika itu, Naomi sibukkan diri dengan mengemas apa yang patut. Dia malas nak dengar bebelan yang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup hariannya. Tak kira la alasan apa dia bagi, ayahnya yang keras kepala ni takkan terima semua penjelasannya. Entah berapa kali dia nak beritahu...dia takkan putus asa untuk beri rawatan kepada ayahnya kerana lelaki ini satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Selagi ada pilihan dan peluang, dia akan ambil. Tak kira la ianya melibatkan nyawa dia sendiri. Tapi itu la...ayah dia tak nak dengar.
"Kamu dengar tidak apa yang ayah katakan ni?"soal ayah Naomi dengan tegas sewaktu perhatikan Naomi susun atur apa yang patut dekat ruangan tu lalu gerak menyimpan pakaian kotor ke dalam beg kertas sebelum gerak ke katilnya semula.
Dia tak balas. Hanya terus berdalih sebab tak nak panjangkan isu ni lagi. "Naomi dah lambat masuk kerja...ayah rehat la elok-elok. Ada apa-apa nanti suruh nurse call Naomi."pesannya semasa capai stoking dari atas meja hujung katil tu lalu di sarungkan ke kaki sejuk ayahnya itu.
Keluhan kesal lepas sekali lagi dari bibir ayah Naomi. Keningnya berkerut susah hati.
"Kita balik rumah. Biar ayah duduk di rumah saja...jangan bazirkan wang untuk rawatan dan penginapan ayah di sini..kamu boleh simpan duit tu untuk kegunaan masa depan kamu nanti"minta ayah Naomi lagi dengan bersungguh. Jenuh dia pujuk anak perempuannya ini. Tapi sikit pun tak di hadam.
Naomi tersenyum nipis sebelum tarik selimut naik ke dada ayahnya. Lalu dia tepuk dada tu sebelum tunduk mengucup dahi panas ayahnya dengan mata terpejam. Sambil tu dia berdoa supaya ayahnya lekas sembuh dan dapat temani dia naik ke pentas menerima anugerah konnvokesyennya suatu hari nanti. Tolong la dengar permintaan dia ini.
Setelah itu dia pun berdiri tegak dan pandang ke ayahnya dengan senyuman nipis di bibir. "Naomi pergi dulu. Jumpa lagi ayah..."pamit dia sewaktu bergerak pergi dari situ.
Ayah Naomi perhatikan langkah anaknya dengan renungan kasihan sehingga la Naomi hilang dari muka pintu dan keluar dari dari ruangan rawatannya itu. Macam mana lagi la dia nak pujuk Naomi ni?
Di luar koridor pula, bersandarnya Naomi dekat dinding sebelah pintu bilik rawatan di situ. Dia termenung pandang ke depan dengan wajah sedih dan kerisauan. Namun begitu dia tak dapat lakukan apa-apa mengenainya. Dia dah penat nak menangis. Bertahun lama mata dia ni mengalirkan air mata. Lagipun kalau dia bersedih bukannya dapat bantu dia teruskan hidup pun.
Dari dia bersedih, better dia jalani hidupnya ini sebaik mungkin supaya di masa depan kelak dia takkan ada perasaan menyesal. Sebab apa?Sebab dia dah cuba yang terbaik. Itu paling penting!
Share this novel