MCAMI : 4

Romance Completed 99444

"Ini duit bakinya...terima kasih. Datang lagi."sua Naomi duit baki kepada pelanggan kedai rotinya di depan kaunter.

Nenek yang menerima baki itu beri senyuman manis kepada Naomi sebelum berpaling dari situ dengan beg kertas berisi roti dan kek.

Setelah melihat nenek itu keluar dari kedai dengan selamat, Naomi keluar dari belakang kaunter untuk ke ruang depan kedai. Mahu mengemas meja makan dimana pelanggan sebelum-sebelumnya duduk di situ.

Ya, selain menjadi maid separuh masa di kediaman Stryker, dia jugak ambil kerja separuh masa di kedai kek pada malamnya. Dari jam 7 petang hingga la 10 malam. Yalah nak harapkan gaji bulanan sebagai maid pun cukup-cukup nak bayar kos hospital ayahnya. Hanya duit dari kerja di kedai ini saja la buat tampung makan minum dan bayar duit pengangkutan.

Baru saja Naomi pegang gelas dan pinggan kecil di meja untuk di angkat, pintu kedai terbuka dan seorang pelanggan berjalan masuk ke dalam sambil bercakap melalui telefon. Hal itu buatkan Naomi tinggalkan kerjanya dan bergegas ke belakang kaunter semula untuk menyambut kehadiran pelanggannya.

"Hai...selamat datang ke Honey Bakery, boleh saya ambil pesanan?"sapa Naomi sebaik berdiri di depan mesin duit menghadap lelaki bersut yang bercakap melalui telefon.

"Kan aku dah beritahu kos tu tak sama dengan peratus tawaran yang dia orang berikan?Kalau masih berkeras untuk setuju dengan permintaan yang sama...beritahu dekat dia orang cancel deal!"tak semena pelanggan lelaki di depan Naomi menempik.

Mak aih!Terkebil-kebil mata Naomi dibuat suara tu. Marah noh! Takut pulak dia bila dengar. Senyap-senyap Naomi telan air liur nak hilangkan rasa takutnya. Kuss!Lemah semangat wei. Kalau silap tegur ni mahunya dengan dia-dia sekali kena maki!

BAM!

Tak pasal-pasal tangan berurat timbul tu pukul kaunter tu sampai buatkan bekas plastic yang terletak di situ jatuh tergolek lalu berguling ke lantai sesaat kemudian dan sepahkan isi yang ada di dalamnya.

"WOI!"jerkah lelaki di depan kaunter tu dengan garang.

Habis melompat terkejut ke belakang Naomi lepas dengar. Senak perut dia!Dia pandang tak berkedip ke lelaki yang Nampak kacak tapi serius beritahu, kacak tapi kepala angin...memang out terus dari senarai jenis lelaki idaman dia!

"Kau nak aku datang sendiri ke situ dan sumbat kontrak tu dalam mulut kau ke?Apa gunanya aku upah kau bayar mahal tapi semua benda nak suruh aku yang fikirk!"bebel lelaki tu lagi kepada orang dalam panggilannya.

Naomi pandang silih ganti dari lelaki tu ke mesin duitnya. Sedang berkira-kira macam mana la dia nak beri reaksi nanti. Dadanya masih sebu dan perut dia yang senak tadi terus memulas semacam.

Mungkin kerana sudah selesai atau bengang, lelaki depan kaunter itu pun putuskan panggilan dan simpan telefon dalam poket kot sebelum pandang ke Naomi yang tak ubah seperti pencuri tertangkap sebab rompak aiskrim dalam kedai serbaneka.

"Kau nak pandang aku terus atau ambik order aku?"tegur lelaki tu sambil pegang bucu kaunter dengan kedua-dua tangan gaya menakutkan sewaktu memandang Naomi.

Macam baru kena siram air sejuk di muka, Naomi tersentak lekas-lekas lalu pandang ke skrin pesanan. "ya?Boleh saya ambil pe-pesanan tuan?"sebutnya hampir nak crack suaranya gara-gara takut.

"Berikan aku set kek besar dengan tulisan 'F*ck you' dekat atasnya. Sekarang!"minta pelanggan lelaki tu dengan muka grumpy sewaktu tatap muka Naomi.

Terpegun dengan permintaan itu, Naomi pandang ke pelanggan di depan kaunternya dengan renungan 'WTF'nya. "Ma-maaf..sa-saya salah dengar ke?"gagap dia lagi.

"Ya!Cepat. Aku bagi kau masa 10 minit untuk settle kan order aku atau kedai ni aku lingkupkan!"desis pelanggan tu dengan renungan bengang ke Naomi.

Tak nak cari pasal, Naomi sentuh itu dan ini skrin order itu. Namun baru saja dia nak punch in harga, tidak semena telefon yang berada betul-betul dekat tepi kaunter menyala. Satu panggilan masuk dengan nama pemanggil 'hospital' tertera di skrin itu. Serta merta mata Naomi terpandang akan skrin itu dan tanpa berfikir dua kali, dia jawab panggilan tu.

"Hello?"sapa Naomi dengan muka cemas. Dah tak fikir akan pelanggan menakutkan depannya itu.

"Hai Naomi...saya nak maklumkan mengenai ayah kamu.."beritahu Jururawat di dalam panggilan itu.

"Hei!Apa kau buat tu?Tak tahu etika berkerja ke?"tegur pelanggan lelaki di depan Naomi lepas Nampak Naomi bercakap melalui telefon.

Naomi pandang ke pelanggan lelaki di depannya dengan mata terbutang kaku ketakutan. "Kenapa dengan ayah saya?"please...jangan beritahu dia...tolong. Beritahu dia ianya hanya berita kecil saja. Please.

"Saya rasa kamu kena datang ke hospital..saya khuatir dia takkan dapat bertahan dengan lebih lama lagi."

Ya Tuhan!Naomi tekup mulut dengan tangannya. Tak mungkin! Tolonglah!Air matanya terus bergenang di kelopak. "Saya akan ke sana secepat mungkin...tolong...tolong izinkan saya berjumpa dengan ayah saya"minta dia sebelum kelam kabut tanggalkan apron dari pinggang dan gerak ke bilik belakang.

Pelanggan lelaki itu perhatikan tingkah cemas Naomi dengan kening berkerut tak puas hatinya. Jadi dia buka la mulut nak bersuara, sekali tu Naomi menempik kuat.

"Ally!Ally!!"panggil Naomi dengan cemas dan air mata berlinangan di pipi.

Masa itu muncul pengurus kedai roti dari bilik belakang. Dia sedang kemas dapur tadi. "Kenapa?Ada apa?"tanya Ally dengan cemas masa lap tangan ke kain apron di pinggangnya.

"Saya kena ke hospital...ayah saya...dia-" terketar-ketar Naomi nak beri penjelasan. Dia pandang Ally dengan kening berkerut dan linangan air mata tak nak berhenti di pipi. Kepala dia jadi serabut dan perasaan dia tak tentu arah.

Ally yang faham akan situasi yang dihadapi oleh Naomi terus mengangguk kepala. "It okay...kau pergi. Aku jagakan kedai ni. Uruskan apa yang patut"katanya sambil tolak Naomi supaya pergi dari situ.

Lepas saja perkataan 'pergi' dari mulut pengurusnya, Naomi tanpa buang masa berpaling dan berlari keluar dari kedai itu. Meninggalkan Ally yang kerisauan dan pelanggan lelaki tadi kebingungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience