Completed
45006
kegagalan itu bakal melonjakkan kita
andai kita redha menerima takdirnya.
Mira mengerutkan dahinya membaca kata-kata yang disampaikan oleh Arif Mulia dalam muka buku itu. Mira memejamkan mata sambil menyandarkan kepala di atas sofa. Cuba memikirkan kebenaran disebalik kata-kata Arif Mulia itu.
Shah tahu ke apa yang berlaku antara aku dan Diya? Argh...janganlah dia tahu! Mira meraup wajahnya.
perlukah hidup aku ini mengikuti saja status muka buku Arif Mulia? Tapi diakan Shah! Hati Mira berbolak balik. Sekejap keyakinan tinggi melangit sekejap jadi blurr...
vbrttt...! Getaran telefon mengejutkan Mira dari berteka-teki. Shah berada di hujung talian. Mira mengukir senyum. Panjang umur! Getus hatinya. Keyakinannya naik lagi ke paras langit.
"Dah makan? "
"Tak, laparlah...belanja I," Mira menggedikkan suaranya.
Sejak Diya merejam gegendang telinganya dengan pengakuan yang benar-benar menjatuhkan air mukanya, gediknya kepada Shah menjadi-jadi.
Selalunya bila hati disakiti, kita cenderung untuk menjauhkan diri daripada orang lain, ini lain pula jadinya! Lebih cenderung untuk menyukai orang lain pula! Inilah mungkin alter ego yang wujud di dalam diri.
Shah yang memang mulut buaya nombor dua itu malah semakin suka dengan perubahan Mira yang semakin mudah untuk diajaknya ke mana-mana.
KEBIJAKSANAAN seseorang itu bukan terletak pada emosinya
Melainkan terletak pada akalnya.
Arif Mulai muncul lagi di muka buku dengan ayat-ayat keramatnya.
Mira mematikan fungsi telefonnya, pening pula kepalanya diasak berfikir oleh ayat-ayat keramat Arif Mulia di muka buku itu. Dia mahu menyegarkan otaknya kembali dengan menikmati panorama waktu senja di tepi laut itu keseorangan. Kali ini dia tidak mahu diganggu. Hanya pengunjung yang lalu-lalang di situ sebagai temannya. Selepas ini janji shah untuk belanjanya makan akan dituntut pula.
Punggungnya dilabuhkan di atas pangkin. Matanya menyoroti cahaya senja yang terpantul di permukaan air laut. Indah dan memukau pandangan, bisik hatinya. Kontras sekali dengan jiwanya yang sedang kacau ketika itu. Di perdu hatinya berkata, biarlah senja yang berlabuh itu, melabuhkan bersama rawan hatiku.
"Assalamualaikum...."
"Waalaikumussalam," balas Mira bersahaja.
Seperti sesuatu yang telah dijangka, Mira sama sekali tidak terkejut dengan kehadiran lelaki yang kini duduk di hujung pangkin yang didudukinya itu. Niatnya untuk bersendirian nyata tidak kesampaian.
Mira hanya menumpuhkan pandangannya pada panorama laut yang berombak kecil. Ombak kecil yang menyusuri pantaian hatinya, mungkin begitulah irama jiwanya ketika itu.
"Mira apa khabar?" sapa lelaki itu.
Tiada cara lain terfikirkan di kepala lelaki itu selain memulakan saja dengan pertanyaan khabar apabila Mira buat don't know saja dengan kemunculannya.
"Baik," balas Mira sepatah tanpa memandang wajah lelaki itu, namun suara itu sangat dikenalinya. Suaranya tak ubah walaupun jarak masa panjang memisahkan mereka. Seakan terubat rindunya mendengar suara itu, tapi bukan kerinduan sekarang, itu kerinduan suatu ketika dulu.
"Maaf menganggu," katanya lagi.
Mira hanya menurunkan anak matanya ke bawah. Seperti tak sanggup bertentang mata dengan lelaki itu.
"Mira tak sudi pandang saya ke?" soal lelaki itu pula.
"Takpe, tak baik saya pandang suami orang," jawab Mira selamba.
Terasa getaran di dadanya kembali mengusik namun sedaya upayanya mengawal keadaan itu kerana merasa diri tidak lagi berhak untuk singgah walaupun sedetik di hati lelaki itu.
"Secara kebetulan saya lalu di sini, terpandang Mira dari jauh macam kenal dan ternyata memang Mira," ujar lelaki itu sambil bercakap dalam senyum mesra.
"Bukan Cikgu Ashraf datang sebab nak minta maaf bagi pihak isteri cikgu yang over tu ke?" selar Mira bernada sinis.
Memang dia sakit hati dengan kelancangan mulut Diya yang tak reti nak cakap berlapik tempoh hari. Tiada lagi perasaan yang muluk-muluk hadir apabila teringatkan pengakuan Diya yang benar-benar merobek hati kecilnya itu.
"Maafkanlah Diya, mungkin sebab dia mengandung jadi emosinya tak berapa stabil, tapi ada satu perkara yang lebih penting Mira harus dengar daripada mulut saya sendiri," ujar Cikgu Ashraf penuh harapan.
Dia tidak menggelarkan lagi dirinya sebagai cikgu kepada bekas pelajar yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dulu itu.
"Saya dah dengar semuanya daripada Diya, Cikgu Ashraf. Saya rasa saya tak perlu lagi dengar penjelasan itu," jawab Mira.
Pandangannya dibuang ke laut luas yang kelihatan semakin remang.
"Bukan saya yang berhak mencintai Mira, ada orang lain yang lebih berhak malah yang jauh lebih baik daripada saya," jelas Cikgu Ashraf dengan nada suara yang sedikit menyentuh perdu hati Mira.
Mira mengangkat wajahnya, memandang sekilas wajah Cikgu Ashraf yang asyik mencuri pandang wajahnya sedari awal. Wajah Cikgu Ashraf jelas berseri, tak seperti wajahnya ketika aku meninggalkan bangku sekolah dulu. Mungkin kerana dia bakal menjadi ayah, kegembiraannya jelas terpamer. Mira menduga.
Sah! Dia bahagia hidup dengan Diya, mungkin ada benarnya pengakuan Diya hari tu, Cikgu Ashraf tak pernah menyintai aku! Fikir Mira lagi. Hanya pandangan sekilas dan kebisuan memberi respon kepada kenyataan Cikgu Ashraf itu.
"Sebelum saya bertemu dengan Mira lagi, saya dah lama belajar untuk menjadikan perasaan cinta saya kontras dengan apa yang saya ungkapkan sebenarnya. Saya belajar untuk mengatakan tidak walaupun hakikatnya saya cinta pada Mira. Mira tahu tak? Ketika itu saya masih bergelar suami orang, dalam masa yang sama, Diya kisah lama saya juga muncul kembali dalam hidup saya walaupun kami buat-buat tak kenal. Menyedari akan hakikat itulah saya cuba mengelak diri daripada Mira agar Mira tidak terus-terusan berharap. Selepas saya sah bercerai dengan bekas isteri barulah saya menghubungi Diya kembali untuk menyatukan cinta kami yang lebih dulu bertapak di hati saya. Maafkanlah Diya sebab berkata sesuatu yang menyakitkan hati awak. Memang itulah yang saya beritahu dia untuk menjaga hatinya sebagai isteri. Saya nekad untuk tidak terlanjur bercinta dengan Mira kerana Mira terlalu sempurna untuk lelaki seperti saya. Sebelum Mira melangkahkan kaki meninggalkan sekolah itu, saya hanya menyerahkan kepada takdir tentang pertemuan kita semula, ternyata inilah takdir kita, saya menemui Mira semula ketika saya bergelar suami kepada sahabat Mira dan Mira pula saya tak tahu," putus cikgu Ashraf panjang lebar sambil mengulum senyum nipis.
Diakhir bicaranya ada nada gurauan untuk Mira.
Mira terkedu. Perlahan-lahan mindanya mencerna pengakuan Cikgu Ashraf itu. sayu dan hiba mula menundukkan dendamnya, namun tiada sepatah kata pun keluar dari mulutnya.
Akhirnya Cikgu Ashraf meninggalkan Mira sendirian di situ, mengayat panjang lebar namun tiada apa pun reaksi daripada Mira. hanya pandangan Mira itu yang dilihatnya terlontar ke lautan luas. Tak mampu dia menduga apa yang difikirkan Mira ketika itu. daripada aku terus membuatkan hatinya terluka, lebih baik aku beredar segera, cukupla dia tahu perkara yang sebenar, bisik hati Cikgu Ashraf.
Share this novel