Completed
45006
?Mira kau tengok ni, buku novel terbaru la,? bisik Nina.
Sebuah buku novel yang ada di tangannya di tunjukkan kepada Mira. Dah lama rasanya aku tak beli novel. Baca novel tukan salah satu terapi minda! terbitan Kaki Novel pula tu, tentu best punya. Santai dan menghiburkan. Nina membelek-belek kulit novel itu.
?Hisy, dia ni, pantang lihat buku novel! Tunggu la?lepas SPM, Sekarang ni kita cari buku kerja, cepat!? arah Mira kepada Nina yang sudah ?berkulat? membuntutinya di dalam kedai itu.
?Aii..apa salahnya nak jana idea daripada buku novel ni, kan dibuka pertandingan menulis cerpen sempena minggu sastera sehari dua lagi.? Nina membuntangkan matanya.
?Eh, aku tak tau pun, betul ke?? Mira seakan teruja. Salah satu perkara yang paling dia suka adalah menulis cerita, tapi keterujaannya seakan tersekat bila teringat Cikgu Badrul selaku orang penting dalam penganjuran itu.
?Yalah, tak nampak ke nama korang terpampang di papan kenyataan depan bilik guru tu. Awal-awal lagi Cikgu Badrul dah tulis,? jawab Nina selamba.
?Nama aku? Eh, aku tak ada pun kata putus dengan Cikgu Badrul yang aku nak ikut pertandingan tu, apesal pula ada, dah nyanyuk ke apa cikgu ni,? ujar Mira rasa pelik. Perhatiannya teralih seketika.
?Hmm?agaknya, sebab kau tak pernah ambil peduli tentang aktiviti dia di sekolah tulah cikgu Badrul pilih aja tanpa kebenaran kau. Apa lagi yang kau boleh buat, kan kalau dah dipilih oleh cikgu tu, nak lawan, lawanlah kalau tak nak pusing gelanggang sepuluh kali,? momok Nina pula.
Lucu pun ada melihat kebencian Mira terhadap Cikgu Badrul tapi Cikgu Badrul pula buat selamba sahaja. Suka-suka saja menggunakan nama Mira untuk aktiviti itu dan ini.
?Hmm?yalah tu, dia tak tahu yang aku ni separuh mati membenci dia,? gumam Mira.
Baru beberapa hari pertandingan berbalas pantun berakhir, sekarang pertandingan menulis cerpen pula. Yang peliknya secara automatik nama dia akan tersenarai. Besar sangat ke dosa aku ni sehingga Cikgu Badrul menghukum aku sebegini rupa. Mira menarik nafas mencari kelegaan.
?Ops..? Mira hampir melanggar seorang lelaki muda. Buku yang dipegang oleh lelaki berkaca mata hitam itu hampir terlepas dari tangannya. Mira terpegun seketika memandang wajah lelaki itu. Berkulit kuning langsat dan wajahnya iras-iras Lee Jong Suk, artis Korea kegemarannya.
Eh, biar betul! Aku dalam drama Doctor Stranger ke ni? Mira melurutkan anak matanya ke bawah apabila lelaki itu bertindak merenungnya pula.
?Err?Ma?maafkan saya encik, saya nak cepat tadi, tak sengaja hampir melanggar encik,? kata Mira dengan nada suara tersekat-sekat. Mukanya merona merah menahan malu.
?It?s okay, lain kali hati-hati?,? jawab lelaki itu.
Tangannya dihulur hendak bersalam. Mira pula teragak-agak nak menyambut huluran salam lelaki itu. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Mira. kalau tak lihat wajahnya, pasti Mira tersasul lelaki itu ayahnya. Suara garaunya itu mengingatkan Mira pada arwah ayahnya.
Ish..macam nak luruh pula jantung aku ni melihat senyumannya. Nasib la aku tengah teringat seseorang yang benar-benar aku rindu, kalau tak dah lama aku rakam senyum tu buat tampal kat dinding dalam bilik. Buat hiasan, tontonan lipas dan cicak. Ngee?
?Siapa lelaki tu, kacak la?macam mamat korea!? bisik Nina.
?Mana la aku tahu, apa engkau ingat tugas aku ni nak kena selidik profil para pelanggan kat kedai ni ke?? ujar Mira pula.
Pura-pura tak terkesan dengan kewujudan lelaki tu. Dalam hatinya mahu saja menjerit, yes my favourite star! Tapi tak mungkin dia akan buat macam tu, ayu kena control!
?Hei, berangan la tu! Yang engkau belek buku tadika tu apa hal?? Nina tersenyum.
Geli hati dengan gelagat Mira yang tiba-tiba tersenyum membelek buka tadika. Tak pernah-pernah pun diendahkannya buku itu selama ini, tiba-tiba pula jadi mak kepada budak tadika.
Mira buat tak tahu, sebenarnya fikiran dia bukanlah seperti yang Nina fikirkan. Fikiranya ketika itu jauh menerawang setelah mendengar suara lelaki itu tadi yang mengingatkannya pada seseorang. Minat, minat juga tapi tak la..aku ke tahap angau hingga tak ingat diri! Getus hatinya.
?ESOK, mak mahu Mira bantu mak di kedai makan, kebetulan esok pun hari minggu, boleh Mira tolong mak?? tutur Mak Leha, lembut. Mira menoleh seketika maknya.
Setelah penat seharian suntuk bersama Nina di kedai buku siang tadi, kini masanya pula untuk melayan persembahan artis kumpulan Exo. Best giler melayan lagu-lagu korea ni. Walaupun tak tahu maksudnya. Boleh lentok kepala dibuatnya. Mata Mira tak berkalih dari skrin TV. Mahu terbeliak biji matanya melihat persembahan itu. persembahan yang benar-benar bertenaga. Mahu pentas itu runtuh dibuatnya. Tapi sayang, Lee Jong Suk tak tersenarai dalam kumpulan ini.
?Boleh mak tapi kenapa, ada pekerja mak berhenti kerja ke mak?? soal Mira. Kelihatan Mak Leha sedang tekun menulis sesuatu di atas kertas. Kira untung agaknya.
Mak Leha memang tidak pernah menyusahkan Mira dan Aikal. Apa yang dia harapkan hanyalah kejayaan dalam pelajaran untuk kedua orang anaknya itu. Semua kerja dilakukannya sendiri melainkan dia benar-benar perlukan bantuan. Nasibnya baik sebab para pekerjanya juga bertanggungjawab dan jujur.
Setelah ketiadaan ayahnya, Mak Lehalah yang mengambil alih sepenuhnya tugas-tugas untuk menguruskan restoran yang dinamakan Restoran Bahagia itu. Di sinilah punca rezeki mereka hasil tinggalan arwah ayahnya.
?Pekerja mak tak dapat datang kerja, anaknya sakit,? jawab Mak Leha.
Kalau bukan kerana masalah sebegitu, memang dia tidak akan menyusahkan anak kesayangannya itu.
?Tukar saluran TV kak, Upin Dan Ipin tengah main di TV9, adik nak tengok,? celah Aikal tiba-tiba.
Lantas mematikan perbualan Mira dan Mak Leha. Aikal begitu hafal waktu siaran Upin Dan Ipin. Memang itulah temannya setiap hari. Lihat sajalah semua pakaian dan permainannya, pasti terpampang muka Upin Dan Ipin di situ. Kalau tak gambar Upin Dan Ipin yang dipilih, meraung satu kedai lagaknya Aikal merajuk.
?Dik, kan akak pun tengah tonton rancangan kegemaran akak juga, adik boleh sabar tak?? ujar mira.
Cuba berlembut dengan adiknya yang tak boleh nak ?tunduk? itu.
?Tak boleh! Aikal nak tengok Upin Dan Ipin juga, kak?tukar la kak!? protes Aikal.
Kakinya dihentak-hentakkan, kemudian menerpa ke arah Mira untuk cuba mendapatkan remote control yang disembunyikan oleh Mira. Itu baru bunga-bunganya, kalau Mira berkeras juga, rambut Mira pula jadi sasarannya!Aikal?Aikal...
?Nah ambil, layanlah Upin Dan Ipin engkau tu!? Mira mengalah.
Alat kawalan jauh televisyen yang disembunyikan dihulurkan kepada adiknya. Malas dia nak bergelut dengan adiknya yang tak boleh mengalah itu. Nak tak nak yang tua jugalah yang terpaksa mengalah.
Mira meluru masuk ke dalam biliknya, dia melabuhkan tubuhnya di atas tilam sambil memerhatikan kipas siling yang berpusing, kemudian dia menutup matanya rapat-rapat, merasakan diri seperti berada di benua lain.
?Mira suka jadi doktor?? tanya Malik. Cuba menduga minat anaknya itu.
?Suka ayah, tapi Mira lebih suka jadi penulis yang terkenal,? jawab Mira jujur.
Sememangnya dia suka menulis, sejak kecil lagi minatnya untuk menulis sudah diasah. Jadi tak hairanlah jika rak bukunya di rumah dipenuhi bahan bacaan.Wajah ayahnya dikerling sekilas dengan senyuman.
?Ayah tak kisah apa pun cita-cita Mira, itu pilihan Mira. Apa yang penting, tanamkan impian dan usaha gigih untuk mencapai apa yang dicitakan,? tutur ayahnya.
Itulah suntikan semangat yang terakhir dari ayahnya. Kini ayahnya telah tiada. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menjemputnya pulang dari sekolah. Peristiwa setahun yang lalu tiba-tiba bertandang di fikirannya kala itu. Betapa luluh hatinya mengenangkan peristiwa itu. Kata-kata semangat yang terakhir itulah Mira pegang sehingga kini dan selamanya.
?Mira, bangun nak, Solat Isyak, kenapa tidur awal sangat ni, kaki tu pula terlunjur ke bawah,? kejut Mak Leha.
Lena Mira yang entah berapa minit lamanya, terjaga apabila Mak Leha memasuki biliknya. Dia terlelap seketika mengenangkan ayahnya sebentar tadi.
?Tak sedar mak, tiba-tiba terlelap,? jawab Mira.
Air liur basi yang hampir meleleh dari mulutnya dikesat perlahan. Mak Leha hanya tersenyum, dia mengusap-ngusap kepala anaknya itu yang masih terpisat-pisat biji mata.
Share this novel