"CIK Melati?" terdengar sayup-sayup suara Kakak Susanti memanggil namaku.
Aku mengheret kakiku ke arah pintu. Terasa berat seperti sedang memikul guni beras seberat 10 kilogram. Daun pintu aku kuak daripada dalam. Terlihat figura Kakak Susanti sedang berdiri di luar bilik aku sambil memegang botol ubat agaknya.
"Cik Melati, masih sakit ya?
Aku mengangguk lemah.
"Saya membawa obat buat cik Melati. Biar saya sapukan ya."
Aku menjenguk ke luar.
"Cik jangan khawatir, Puan Murni dan Tuan Khalid belum pulang."
"Akak tak takut ke nanti kalau maksu balik, mesti akak kena marah," kataku perlahan.
"Enggak apa-apa lah. Ayuh, cepatan. Nanti mereka pulang," kata Kakak Susanti lalu menarik tanganku masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci supaya tiada sesiapa dapat masuk ke dalam bilikku walaupun hanya ada aku dan Kakak Susanti sahaja di dalam rumah.
Aku membuka baju lalu duduk membelakangkan Kakak Susanti. Kakak Susanti terkejut apabila melihat kesan calar-balar di belakang badanku.
"Ya Allah, pasti sakit kan?" soal Kakak Susanti dengan mata yang berkaca.
Aku mengiyakan.
"Kasihan cik Melati. Maafin saya ya, cik Melati. Saya enggak… enggak bisa bantuin cik Melati," ujar Kakak Susanti tersekat-sekat.
"Tak apa lah akak, dah nasib Melati. Melati redha jer. Akak jangan la risau yer," kataku lalu menoleh dan menghadiahkan senyuman kepada Kakak Melati.
Selesai sahaja Kakak Susanti menyapu ubat di belakang badanku, Kakak Susanti langsung keluar. Aku pula hanya termenung sahaja. Malam ini terpaksalah aku tidur cara mengiring kerana belakangku masih terasa pedih.
Jam pada dinding aku renung. Sudah hampir 12 tengah malam. Kemana sajalah agaknya paksu pergi, sudah lewat malam tetapi masih juga tidak kelihatan. Hatiku mulai risau. Risau jika ada sesuatu yang berlaku terhadap paksu.
Aku menapak turun ke tingkat bawah. Perlahan-lahan aku atur langkah kakiku menuruni anak-anak tangga. Aku tidak mahu Kakak Susanti mendengar bunyi hentakan kakiku, pasti Kakak Susanti akan memintaku kembali ke bilik semula.
Sampai sahaja di tingkat bawah, aku mengintai melalui tingkap. Aku terperanjat apabila ada cahaya yang menyuluh wajahku. Aku melihat sebuah kereta memasuki halaman rumah dan kereta itu bukan lah milik paksu tetapi milik maksu. Tergopoh-gapah aku berlari naik ke tingkat atas. Aku cuba mengintai melaui pintu bilik yang tidak ku tutup rapat.
Aku melihat figura maksu bersama seorang lelaki yang tidak aku kenali. Lelaki itu memeluk lalu mencium bibir maksu. Tubuh maksu dirangkul kemas dalam dakapannya. Aku tersentak setelah menyaksikan kelakuan maksu dan lelaki itu. Sedangkan maksu masih lagi menjadi isteri paksu yang sah, tetapi berani bersama lelaki lain di rumah paksu pula. Maksu bersama lelaki itu masuk ke dalam bilik. Aku pasti apa yang aku lihat itu bukan lah suatu khayalan tetapi ianya kenyataan. Aku kasihankan paksu kerana ditikam daripada belakang oleh isteri sendiri. Aku mendengus lemah.
Aku melabuh duduk di atas katil. Gambar mama dan papa yang berada di sisi katil aku ambil. "Mama, papa. Melati takut sesuatu terjadi dengan paksu, nanti macam mana hidup Melati. Apa akan jadi dengan Melati? Mesti maksu akan pukul melati lagi. Melati taknak kena pukul," rungutku di hadapan gambar mama dan papa. "Hurm kalau Melati lari kan, okay tak? Err tapi kesian lah dengan paksu, mesti paksu sedih kan. Tak boleh. Melati tak boleh jadi jahat. Hurm…" kataku sambil mengetuk dagu dengan jari telunjuk.
Aku bangun dan berjalan ke hulu dan ke hilir sambil memeluk tubuh. Aku perlu melakukan sesuatu supaya paksu tahu yang maksu bukan lah seorang isteri yang baik. Manakan tidak, pantang sahaja paksu tiada di rumah, maksu berani membawa lelaki lain masuk ke dalam bilik. Isteri seperti apa yang bertindak sedemikian, pasti isteri durhaka. Tuturku di dalam hati.
"Argh malas lah nak masuk campur, baik aku tidur jer. Biar lah apa nak jadi pun. Pandai lah paksu uruskan hal rumah tangganya. Yang aku kena fikir sekarang, macam mana aku nak berdepan dengan maksu esok. Aku kena berlakon. Ya, aku akan berlakon. Aku takkan biarkan maksu buli aku lagi. Aku kena kuat…" janjiku kepada diri sendiri.
Keesokannya, bunyi penggera pada jam menyedarkan aku daripada tidur. Aku segera bangun lalu mengemas katil dan terus sahaja membersihkan diri di dalam bilik air. Seusai solat, aku duduk termenung di atas tikar sejadah. Banyak yang ingin aku mengadu kepada Yang Maha Esa, tanpa sedar titisan halus mengalir di pipiku. Dulu, aku seringkali melihat kesedihan budak kelasku yang telah kehilangan kedua ibu bapa dan kini aku mengalaminya sendiri. Betapa peritnya kehidupan tanpa kasih sayang mama dan papa. Nafas ku hembus perlahan.
Aku bingkas bangun dan berdiri di tepi tingkap apabila terdengar bunyi pintu pagar dibuka. Aku melihat kelibat seorang lelaki yang berjalan keluar daripada halaman rumah. Pasti lelaki semalam, fikirku. Ah, mana mungkin lelaki itu akan menunggu sehingga paksu balik. Pasti rahsia maksu akan diketahui nanti. Bayangan perlakuan maksu dan lelaki itu masih melekat di dalam fikiranku. Aku malu sendiri.
"Berani betul maksu ni kan. Kalau paksu tahu, habis lah paksu kerja kan si maksu tu. Isk isk isk…" ujarku sambil menanggalkan kain telekung lalu aku letakkan di atas katil.
"MAKSU, mana paksu?" Soalku kepada maksu apabila melihat maksu sedang menyarungkan kasut. Pasti maksu hendak keluar.
"Hurm paksu kau pergi kerja lah. Kenapa?" soal maksu.
"Err kalau Melati nak keluar boleh? Melati nak beli barang-barang untuk study, isnin ni kan Melati dah start masuk kelas."
"Hurm ya lah tapi aku takkan bagi kau duit tau. Pandai-pandai lah kau cari sendiri. Dah lah, jangan kacau aku. Aku sibuk ni," kata maksu lalu bergegas keluar daripada rumah.
Dari jauh aku dapat melihat sebuah kenderaan jenama BMW berhenti di hadapan rumah paksu. Maksu menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum masuk ke dalam perut kereta.
"Siapa tu?" soalan yang aku sendiri tidak mampu menjawab. Aku menapak ke ruang dapur, terlihat Kakak Susanti sedang sibuk menyiapkan juadah untuk makan tengahari. Sejak maksu tiada di rumah, kehidupan aku lebih tenang. Tiada lagi kesakitan yang aku rasakan, buat masa sekarang. Ada kalanya, aku berharap maksu akan sentiasa sibuk dan tidak pulang ke rumah buat selama-lamanya, doaku dalam hati.
"Akak, akak tahu tak maksu pergi mana?"
Kakak Susanti menoleh melihatku. "Enggak tahu, cik."
"Hurm. Paksu pula, akak tahu tak?"
"Enggak tahu juga. Maafkan saya ya, cik. Saya enggak bisa bantu…" ujar Kakak Susanti serba salah.
"Eh tak apa, okay jer. Akak nak saya tolong apa-apa tak? Sayur ni saya potong yer," kataku pula.
"Enggak perlu lah, biarin aja. Nanti saya lakukan sendiri. Cik masuk aja ke kamar dan beristirehat," suruh Kakak Susanti lalu menghadiahkan senyuman kepadaku.
"Hurm okay lah. Kejap lagi Melati nak keluar tau akak. Alang-alang maksu dah beri izin, nanti kalau dia ubah fikiran, susah lah Melati…"
"Iya, benar tu. Baik, cik." Balas Kakak Susanti pendek.
Selepas makan tengahari, aku bersiap-siap untuk keluar. Aku mencapai beg sandang yang aku letak di dalam almari. Aku terpaksa berjalan keluar ke jalan besar untuk menaiki bas. Nasib aku baik kerana aku ada menyimpan sedikit wang yang paksu bagi untuk perbelanjaan harian semasa di sekolah.
Bas berhenti di destinasi. Aku turun daripada bas dan berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah. Sudah lama aku tidak pijakkan kaki di sini, banyak yang telah berubah. Aku tersenyum gembira. Ada baiknya kalau maksu sibuk, pasti kehidupan aku lebih bebas.
Aku menapak ke kedai buku yang berada tidak jauh dengan tempat aku berdiri. Sebelum ini, aku selalu membeli komik untuk dijadikan koleksi di dalam bilik tidurku. Arwah papa tidak pernah melarang minat aku, apatah lagi hendak marah jika aku menghabiskan wang hanya untuk membeli komik. Sekarang, aku hanya mampu melihat sahaja dari jauh walaupun hati aku meronta-ronta ingin membeli komik tersebut.
Puas aku mengelilingi pusat beli belah itu. Selepas satu kedai, aku pergi ke kedai yang lain pula. Penat aku berjalan, aku duduk di atas bangku yang berada di dalam pusat beli belah tersebut. Aku mengeluarkan sekotak susu dan sebiji roti yang aku bawa daripada rumah. Sedang asyik aku menjamu selera, aku terpandang figura seseorang yang aku kenal.
"Maksu?" sebutku perlahan.
Aku bangun dan cuba mendekati figura tersebut. Aku yakin, itu maksu tetapi siapa lelaki yang berada di sebelah maksu itu. Aku bungkam. Lelaki itu bukannya paksu dan setahu aku, maksu tidak ada saudara-mara apatah lagi adik lelaki atau abang. Aku menggaru kepalaku.
Aku meneruskan langkahku mengekori maksu dan lelaki itu. Aku berada agak jauh daripada maksu, risau jika maksu terpandang aku nanti. Maksu masuk ke dalam sebuah kedai. Aku pula menunggu di luar kedai sambil menyedut susu yang masih tersisa. Penat berdiri, aku duduk mencangkung pula. Aku menilik jam di pergelangan tangan kiriku. Sudah hampir 30 minit maksu berada di dalam kedai.
"Lamanya maksu kat dalam. Hisy takleh jadi ni, baik aku masuk," ujarku.
Aku masuk ke dalam kedai yang kali terakhir aku melihat maksu tetapi sosok tubuh maksu dan lelaki itu tidak kelihatan. Bola mataku meliar melihat sekeliling. Bayang maksu langsung tidak ku temu.
"Mana maksu ni? Dah balik ke. Hisy, tu lah nak sangat tunggu kat luar, kan maksu dah hilang," kataku sambil mendengus lemah.
"Cik, tak boleh bawa minuman masuk dalam kedai yer." Tegur pekerja di dalam kedai.
"Owh. Sorry, puan. Saya keluar," balasku sambil membongkok dan mengundur ke belakang.
"Ehh ehh argh…" Aku merasakan yang aku telah melanggar seseorang.
Aku jatuh terjelepok di atas lantai. Aku menoleh melihat orang itu. Seorang lelaki berbadan tegap dan bercermin mata sedang berdiri memandangku. Wajahnya tampak garang. Berjambang tipis dan kemas. Kukit wajahnya tidak terlalu cerah mahupun gelap. Nampak seperti bukan orang Malaysia, mungkin orang luar negara, fikirku.
"Ops, sorry. Are you okay?" tanya lelaki tersebut dengan suara agak kuat sambil menanggalkan cermin matanya.
Aku terpegun melihat anak matanya yang berwarna coklat hazel. Bulu matanya pula lentik dan berwarna hitam gelap. Sangat cantik ciptaan Tuhan.
"Hello, are you okay, miss?" soal lelaki itu sambil memetik jari di hadapan wajahku.
Aku tersedar daripada lamunan. Aku bangun dan berdiri di hadapan lelaki tersebut. "Err sorry, sir. Sorry, I er I… saya tak sengaja," kataku sambil mengbongkok.
"Its okay. Nevermind." Ucapnya perlahan.
"Err sorry, sorry…" ujar ku lagi. Masih lagi membongkok seperti ayam sedang patuk makanan.
"Tak apa. You tak salah," balas lelaki itu pula.
Aku mendongak lalu berdiri di hadapan lelaki itu. "Eh, tuan boleh cakap Malaysia ke? Tuan orang Malaysia kan," kataku sambil bertepuk perlahan.
"Sir, we have to go." Kata salah seorang lelaki yang segak menakai coat yang berada di sebelah lelaki itu.
"Hurm," balas lelaki itu. "I boleh cakap Malaysia sikit-sikit and I kena pergi. Jumpa lagi…" ujar lelaki itu sedikit pelat English sambil memandang wajahku.
Aku mengangguk. "Owh okay, bye-bye…" balasku sambil melambai-lambai.
Lelaki itu dan kawannya pergi meninggalkan aku sendirian. Mataku membuntuti mereka sehingga figura mereka hilang daripada pandangan mataku. Aku tersengih dan menapak keluar daripada kedai tersebut. Niat asalku ingin mengekori maksu terbantut. Tanpa aku sedar, sudah lama aku berada di pusat membeli belah itu. Pasti maksu sudah menunggu aku di rumah. Aku tergesa-gesa meninggalkan pusat membeli belah tersebut.
Tepat jam 7 malam, aku berdiri di hadapan pintu rumah paksu. Teragak-agak aku ingin memulas tombol pintu kerana aku tahu pasti maksu sedang menunggu aku. Aku berdoa di dalam hati agar Tuhan melembutkan hati maksu agar tidak memukul aku malam ini.
Tombol pintu ku pulas perlahan. Aku menjenguk ke dalam rumah tetapi tiada sesiapa. Aku beranikan diri masuk ke dalam rumah dan perlahan-lahan ingin menapak ke tingkat atas. Baru sahaja aku memijak anak tangga pertama, tiba-tiba aku seperti terdengar namaku dipanggil.
"Melati."
"Err yer…" balasku lambat-lambat.
"Sini."
Aku memusingkan badanku lalu mendongak melihat gerangan orang yang sedang berdiri agak jauh denganku.
"Baru balik?"
"Hurm Melati keluar beli barang study. Err pastu Melati tertinggal bas. Melati terus tunggu bas yang lain. Tu yang lambat."
"Hurm. Okay."
Lidahku terkelu. Okay? Apa maksud okay?
"Melati pergi naik atas. Maksu taknak kacau Melati."
Eh, biar betul. Maksu taknak kacau aku?
"Kenapa? Ke Melati nak maksu dukung Melati naik atas?"
"Err tak. Err Melati naik dulu. Selamat malam maksu…" ujarku lalu berlari naik ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam bilik, aku mengunci pintu lalu aku membawa kerusi dan sandarkan pada pintu. Aku terduduk sambil bersandar pada dinding. Nafasku tercungap-cungap. Aku menarik dan menghembus nafas sambil memejamkan mata. Setelah fikiranku kembali tenang, ku buka mata perlahan-lahan.
"Kenapa dengan maksu? Lain macam jer. Ke maksu tahu aku ikut dia? Tapi takkan la tiba-tiba baik kan. Kalau dalam drama mesti maksu akan pukul aku, lepas tu aku kena kurung, nanti ada putera raya yang akan selamatkan aku. Mesti macam tu kan?" soalku sambil mengusap dagu. "Hahaha berangan jer lah awak ni Melati. Mana ada putera raja yang nakkan orang biasa macam aku ni…"
Aku berjalan ke arah katil dan merebahkan badanku di atas tilam yang empuk itu. Tiba-tiba bayangan lelaki yang aku jumpa di pusat membeli belah tadi muncul di mataku. Aku tersenyum sambil berguling di atas tilam. Bayangan lelaki itu menemani tidurku.
Share this novel