BAB 3

Romance Series 14358

TEPAT ketika jam menunjukkan pukul 6.30 petang, Elara segera berkemas-kemas untuk pulang.

"Eh, nak balik dah ke?" tanya Haura.

"Yup. Ada family dinner malam ni."

"Wow...ada special occasion ke?"

Elara angkat bahu. Bukan tidak tahu, tetapi malas bercerita. Hal keluarga tidak perlu sampai kepada orang luar walaupun bukan perkara yang terlalu rahsia. Cuma dia memang tidak biasa berkongsi urusan keluarganya dengan orang lain.

“Nothing special. Mum suruh balik," ujarnya.

Haura tidak bertanya lanjut. Kembali fokus dengan pekerjaannya.

Elara pula terus bangun dari tempat duduknya setelah selesai berkemas.

Ketika dia baru menghidupkan enjin kereta, telefonnya berbunyi.

Segera dia meleret skrin navigasi apabila melihat nama mommy muncul di skrin.

"Helo mom."

"Where are you?"

"Dalam kereta. Baru nak balik," jawab Elara.

"Okay, don't be late."

"Okay."

"Elara..."

Suara ibunya itu membuat Elara yang baru mahu memutuskan panggilan terbantut.

"Ya?"

“Please don't come home looking like you've been working in a garage.”

Elara tunduk memandang pakaian di tubuhnya. Jeans yang sudah dipakai sejak pagi, t-shirt hitam dan sweater putih.

Kemudian dia menurunkan sun shade dan melihat wajahnya pada vanity mirror. Wajah nampak sedikit pucat tanpa solekan. Rambutnya yang diikat tinggi pula sudah nampak berantakan. Namun belum sampai tahap selekeh.

“What's wrong with this?” tanyanya bodoh.

“Nothing. Just wear something appropriate.”

“I'll try.”

“You said that last time.”

Elara terkekeh nakal.
“See you, Mum," ujarnya lalu menamatkan panggilan.

ELARA tiba di rumah ibu bapanya ketika jam menunjukkan pukul 7.22.

Kunci kereta diserahkan kepada pembantu rumah untuk disimpan di garaj.

Selangkah memasuki ruang tamu, telinganya disapa oleh suara Marsya.

"El..."

Elara menoleh.

Marsya sedang bersandar di hujung ruang tamu dengan segelas jus oren di tangan.

"You're late."

"I'm eight minutes early," balas Elara.

Marsya melihat jam di pergelangan tangan.

"Mommy kata 7.30," ujarnya.

"Exactly."

Marsya menggeleng. "Pergi tukar baju cepat."

"I nak mandi."

"Dah tak sempat. Tukar baju je. Mommy hidang lamb chop malam ni. Boleh tutup bau badan you. Takde beza." Marsya tutup hidung dengan wajah sengaja dikerutkan.

"Biadap," ketus Elara. Dengan satu jelingan tajam, dia berlari naik ke biliknya.

Marsya pula tertawa perlahan sebelum berlalu ke ruang makan.

KETIKA Elara turun semula 20 minit kemudian, dia mendengar suara beberapa orang berbual di ruang makan. Diselangi tawa ringan yang berbunyi sangat akrab.

Menarik nafas panjang dan memasang senyum, dia melangkah ke arah ruang makan.

Semua menoleh sebaik sahaja dia melangkah masuk.

"Uncle..auntie." Elara menyapa ibu bapa Hanze. Kemudian dia memandang Hanze lalu mengangguk sedikit ke arah lelaki itu sebelum melabuhkan punggung di sebelah Marsya.

"Sorry I'm late," ujarnya.

"It's okay." Puan Sri Marissa, Ibu Hanze tersenyum. "We haven't started yet."

Hanze memerhatikan Elara. Penampilannya berubah seratus-peratus berbanding apa yang dia lihat siang tadi. Blaus satin warna ivory dipadankan dengan tailored trousers berwarna coklat gelap serta rambut yang dibiarkan lepas membuat dia kini kelihatan seperti anak perempuan Arden.

"Okay, let's eat before everything gets cold," ujar Puan Sri Lydia.

Makan malam bermula, diselangi perbualan tentang perkembangan syarikat. Sesekali Hanze melontarkan komen ringkas tentang pasaran dan pelaburan.

Elara hanya mendengar.
Dia tidak begitu berminat dengan perbualan itu. Kehadirannya sekadar memenuhi permintaan mommynya yang mahu dia ikut serta.

Namun bukan bermakna dia langsung tidak endah. Walaupun sibuk mengunyah, telinganya mendengar, otaknya memproses dan dia faham setiap butir perbualan itu. Dia cuma tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

“Speaking of investments...I heard the gaming industry has been doing quite well lately," ujar Hanze, sengaja mahu menarik perhatian Elara.

Elara yang baru sahaja mahu menyuap makanan terhenti seketika. Panggung kepala, matanya langsung berlaga dengan tatapan Hanze.

“It depends on the studio,” jawabnya. “The industry is growing, but that doesn't mean every studio is profitable.”

"How about yours?" tanya Hanze, tidak berputus asa dengan reaksi acuh Elara.

"Okay," jawab Elara sepatah lalu kembali menyuap makanan.

"I ada main Asteria."

Kata-kata Hanze itu berhasil menarik perhatian Elara.

"Sejak bila you main game?" tanya Tan Sri Harraz sambil memandang anaknya dengan dahi berkerut dalam.

"Dah lama," jawab Hanze.

"Mama tak tahu pun." Puan Sri Marissa menyampuk.

"Saya main bila bosan." Pantas Hanze mereka alasan.

"You ada masa bosan ke?" ketus PS Marissa.

"Sometimes," jawab Hanze.

PS Marissa tidak begitu percaya. Begitu juga TS Harraz. Namun malas bertanya lanjut memandangkan mereka sedang berada di rumah orang.

Hanze kembali memandang Elara selepas tidak lagi disoal siasat oleh ibu dan ayahnya.

"I got past the second region," ujarnya.

Mata Elara membuntang sempurna. "Seriously?"

"Yes. Kenapa you nampak terkejut?"

"Because most people who say they've played it mean they opened it, walked around for ten minutes and quit."

Hanze tersenyum. Tidak begitu mengambil hati dengan bicara sinis Elara.

"The combat system took me a while to get used to. The first few encounters were easy, but once I got to the Hollow Marsh, the enemies started forcing you to change your approach."

"The Hollow Marsh isn't supposed to be difficult," ujar Elara. Tumpuannya kini sepenuhnya kepada Hanze.

"It isn't."

"Then?"

Untuk beberapa minit, perbualan di meja itu didominasi oleh Hanze dan Elara. Semua yang berada di meja itu terkebil-kebil. Dua orang itu tidak pernah berkomunikasi sebanyak itu sebelum ini. Selalunya hanya saling menyapa sebelum membawa hala masing-masing.

"The movement slows down, visibility drops, and if yoy rely too much on ranged attacks, you're basically wasting your stamina. I thought it was annoying at first." Lancar Hanze bercerita seolah-olah dia sudah lama bermain permainan itu. Sedangkan baru beberapa jam tadi dia memaksa Adraz bermain permainan itu dan menghantar laporan kepadanya. Tentu berbakul-bakul makian yang dia terima secara senyap daripada PAnya itu.

"And?" Elara nampak semakin teruja.

"Then I realised that was the point."

"You figured it out?" Senyum Elara melebar.

"Yes."

"How?"

"Ehem!"

Dehaman keras TS Arden membuat perbualan mereka terhenti. Sontak Elara menunduk. Baru sedar yang dia sudah melewati batas kesopanan yang selalu ditekankan oleh keluarganya.

Dan tingkah spontan itu membuat Hanze tersenyum. Ternyata dia tidak salah menilai Elara. Gadis itu memang mudah dikawal dan penurut.

"I think we've had enough small talk," ujar TS Arden.

"Agreed," balas TS Harraz.

Hanze dan Marsya berbalas pandang. Tahu yang perbualan selanjutnya adalah tentang mereka. Marsya memberi isyarat supaya Hanze berbicara terlebih dahulu.

"Actually, Marsya and I talked this afternoon."

"Good." PS Marissa tersenyum lebar. Begitu suaminya dan ibu bapa Marsya.

"We agreed that the marriage arrangement isn't going to work."

Meja makan itu mendadak sunyi. Masing-masing bagai terlupa bagaimana untuk merespons.

"But...." TS Harraz bersuara selepas beberapa saat. “I don't think that's a decision you can make on your own.”

"We already discussed it,” balas Hanze.

“You discussed it,” pintas TS Harraz. “You didn't decide it.”

Marsya menarik nafas perlahan.

“I agree with Hanze. There's no point forcing something neither of us wants.” Marsya akhirnya bersuara.

"Why?" soal PS Lydia.

"There's no issue between us," balas Marsya. "We simply don't think we're suitable."

“I understand that. But this isn't just about what the two of you want,” ujar TS Arden.

"The marriage doesn't have to be cancelled."

Sontak, setiap pasang mata di meja itu tertumpu ke arah Hanze.

"What do you mean? Tadi you kata tak nak kahwin. Sekarang tiba-tiba kata tak payah cancel. Kenapa cakap belit-belit?" ujar PS Marissa.

"I tak kata I tak nak kahwin."

"Then?"

"I want to marry Elara."

Mata Elara membuntang luas. Sementara yang lain terkebil-kebil tidak tahu bagaimana harus memberi reaksi.

ELARA merenung skrin di depannya dengan wajah dan kepala berserabut.

Tidurnya tidak lena malam tadi. Sementara Marsya, menyapanya dengan ceria sewaktu sarapan.

"Thanks. Now my problem is yours. Good luck."

Mengingat kata-kata Marsya itu, Elara diserbu geram tidak semena-mena.

Cawan kopi di tangannya dihentak kuat ke atas meja.

“F**k.”

Haura yang sedang duduk di meja bertentangan mengangkat muka.

“You okay?”

“Yeah.”

“Are you sure? Kau dah tenung skrin tu lebih dari 20 minit.”

Elara mengerling skrin komputer di hadapannya yang masih memaparkan satu fail design yang sama. Tidak ada satu pun perubahan.

“I'm thinking,” ujarnya dengan nada malas.

“You've been thinking about the same button for ten minutes?”

Elara mendengus. “It's an important button.”

Haura tertawa. “Whatever you say.”

Elara kembali memandang skrin. Cuba membuat otaknya fokus kepada kerja. Namun setiap kali fikirannya mula kembali kepada design, wajah Hanze pula muncul.

"I want to marry Elara."

Elara mendengus. Geram dengan otaknya yang derhaka kepada tuan.

Dia capai cawan kopi.

Kosong.

“Great.”

Ketika dia bangun untuk ke mesin kopi, loceng pintu studio tiba-tiba berbunyi.

Irsyad menekan butang kawalan. Pintu terbuka.

Elara tidak mengendahkannya. Fikirnya mungkin courier menghantar bungkusan.

Mesin kopi dia tuju. Setelah cawannnya penuh, dia memusingkan tubuhnya.

Terhenti langkahnya melihat sosok yang berdiri beberapa meter di depannya.

Hanze!

Keluhan lolos tanpa sedar. Baru sekejap tadi lelaki itu muncul dalam fikirannya, sekarang lelaki itu sudah berada di depan mata.

Ah, kalaulah modal membangunkan projek baru seperti itu, bukankah bagus? Muncul di kepala lalu terus jatuh di depan mata.

Elara menggeleng. Menyingkirkan angan tidak munasabah itu dari fikirannya.

"What are you doing here?" tanyanya.

Hanze tidak menjawab. Matanya melilau ke seluruh ruang. Memerhati meja-meja kerja yang dipenuhi monitor, beberapa kotak peralatan yang masih belum disusun, whiteboard yang penuh dengan lakaran dan nota,
cawan kopi yang entah sudah berapa lama berada di atas meja serta beberapa orang pekerja yang memandangnya dengan wajah tertanya-tanya.

"I came to see you," jawabnya setelah puas melilau. Tatapannya kini tertumpu ke wajah Elara.

“Untuk?”

Hanze tidak menjawab. Sebaliknya melangkah perlahan mengelilingi ruang studio.

Elara memerhati dengan ekor mata. Malah, dapat dia lihat pekerja-pekerjanya memerhatikan Hanze dengan wajah curiga.

"Mr Hanze..." Elara menyeru nama lelaki itu dengan penuh penekanan.

Hanze masih tidak menjawab. Matanya terpasak pada sebuah skrin besar yang tergantung di dinding. Paparan permainan terbaru Elaris Interactive memenuhi skrin itu, lengkap dengan artwork dan beberapa karakter yang masih dalam proses pembangunan.

"This is the new project?" tanyanya.

“Yes.”

“Still in development?”

“Yes.”

Hanze mengangguk-angguk. Matanya beralih ke arah beberapa meja kosong.

“Small team.”

Elara mengerutkan dahi.

“Twenty-three people," ujarnya, cuba menahan geram.

"I see." Mata Hanze terus melilau. Sejak semalam dia tertanya-tanya, mengapa Elara memerlukan pelabur luar sedangkan ayahnya lebih dari mampu untuk memberinya modal.

“It's smaller than I expected,” ujarnya. Nadanya neutral.
Namun entah kenapa, Elara terus terasa seperti sedang diperlekehkan.

"Sorry?"

Hanze tersenyum. Dan itu benar-benar membuat dada Elara terbakar.

“It's a small studio. Not everyone wants to build a twenty-storey headquarters just to make games,” ujarnya.

Nada Elara yang sudah kedengaran lain itu membuat Hanze memandangnya.

“I wasn't criticising it,” katanya.

“Sounded like it.”

“I was making an observation.”

“Then observe quietly.”

Hanze tersenyum.“You're angry.”

“I'm not.”

Hanze diam sejenak sebelum kembali bersuara. “I came here because I want to make you an offer.”

“What kind of offer?” tanya Elara.

“I'll fund your new project.”

Elara terkedu.“What?”

“I'll provide the capital you need to complete it.”

Elara tidak segera menjawab. Lelaki di depannya dipandang lama sebelum matanya mengecil sedikit.

“How much do you know about my company?" soalnya curiga. “You didn't just walk in here this morning and suddenly decide to fund my game.”

“No.”

“So you did your homework.”

“I needed to understand what I was offering.”

Elara tertawa perlahan. “Offering?”

Hanze mengangguk. “Yeah. There's a condition.”

Elara sudah boleh menjangka.
“What is it?”

Hanze mendekat beberapa langkah sebelum menunduk sedikit ke arah Elara.
“You marry me," ujarnya dengan nada separuh berbisik.

Elara memandang Hanze dengan wajah tidak percaya, sebelum tawa sinis lolos dari bibirnya.

“So that's it? You give me money, I marry you," balas Elara dengan nada sama.

“It's not that simple.”

“It sounds pretty simple to me.”

“I'll invest in your company under terms we agree on. You retain control of the studio.”

Elara terdiam. Itu bukan apa yang dia jangkakan.

“You're not asking for equity?” soalnya.

“Not necessarily.”

“Then what do you get?”

“You.”

Share this novel

ms_rough
2026-09-03 21:27:46 

u n I.... Just have a dream.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience