Series
14358
SELESAI makan tengah hari dengan delegasi Port Authority, Hanze meminta pemandu menghantarnya ke Arden Capital.
Dia sudah meminta Adraz menghubungi Marsya dan mengatur janji temu.
Sesampai di bangunan Arden Capital, Hanze terus menuju ke meja penyambut tetamu.
"Mr Hanze." Penyambut tetamu menyapa. Sudah cukup mengenali Hanze kerana ini bukan kali pertama lelaki itu datang ke pejabat Arden Capital.
Hanze mengangguk sekali.
“I'm here to see Cik Marsya.”
"Saya call Cik Marsya dulu." Penyambut tetamu itu menekan interkom dan memberitahu kedatangan Hanze.
"She's expecting you. Please have a seat. Her assistant will come down and get you," ujarnya setelah mendapat jawapan daripada pembantu Marsya.
"Thank you."
Hanze menunggu di ruang yang terletak di sudut lobi.
Beberapa minit kemudian, pembantu Marsya muncul dan mengirinya sehingga ke tingkat 28.
"Cik Marsya tengah tunggu kat dalam. Jemput masuk," ujar wanita itu lalu membuka pintu bilik Marsya.
"Thanks."
Hanze melangkah masuk.
Marsya segera berdiri apabila melihatnya.
"Hai..."
"I harap I tak mengganggu," ujar Hanze.
"Tak."
Mereka berjabat tangan.
"Have a seat." Marsya menunjuk ke arah sofa di sudut biliknya.
Hanze mengambil tempat duduk setentang dengan Marsya.
"I tak rasa you datang untuk bincang tentang North Bay," ujar Marsya.
Hanze tersenyum nipis. "You're right."
Marsya menyandarkan tubuhnya. Entah harus berasa lega atau sebaliknya.
"So? Apa yang you nak bincang dengan I?" soalnya, terus kepada tujuan kedatangan Hanze.
"About the marriage..." Jeda. "...I tak berminat," ujar Hanze tanpa cuba berkias.
Marsya tidak merespons. Wajahnya juga tidak menyiratkan apa-apa. Tidak terkejut, apatah lagi kecewa.
"I mean...I'm not interested in you."
Marsya masih tidak bereaksi walaupun tidak menjangka Hanze begitu terus dan terang membuat pengakuan. Egonya sedikit tercalar walaupun dia juga tidak berminat dengan Hanze.
"Okay," ujarnya.
Kening Hanze terjongket sedikit.
"Sebenarnya, I pun tak berminat," sambung Marsya.
Hanze terus terdiam. Bukan kecewa, tetapi lebih kepada terkejut.
Dia datang dengan niat untuk memberitahu Marsya bahawa dia tidak berminat, dan entah kenapa dia menjangkakan wanita itu sekurang-kurangnya akan bertanya sebabnya.
Sebaliknya, Marsya hanya membalas dengan tenang bahawa dia juga tidak berminat.
Seolah-olah keputusan itu tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.
Namun dia lega kerana Marsya tidak menyulitkan urusannya.
“You're not?” Dia akhirnya bersuara.
Marsya menggeleng.
“No.”
“Why?”
Marsya memandang Hanze beberapa saat sebelum menjawab.
“Because I don't think we're compatible.”
Hanze menyandarkan tubuhnya. “Based on what?”
“Based on what I know about you.”
Hanze menjongket kening. Tidak sangka Marsya juga ada tanggapan terhadapnya. Perancangan keluarga untuk menjodohkan mereka bukan baru. Mungkin sejak itu, Marsya selalu memerhatikannya. Ya, sama seperti dia yang menilai Marsya berdasarkan apa yang dia lihat.
“You're used to making decisions on your own. So am I," tambah Marsya.
“That's not necessarily a bad thing," balas Hanze.
“I didn't say it was.”
“Then?”
“I have a career I care about. I have responsibilities here. I'm not going to put all that aside just because our families think we'd make a good combination.”
Hanze terdiam sejenak sebelum mengangguk-angguk. Jawapan Marsya itu tepat seperti apa yang dia bayangkan tentang wanita itu. Tegas, dominan, dan tahu apa yang dia mahukan. Ya, dia dan Marsya terlalu serupa dan itu yang akan menyukarkan kehidupan mereka kelak jika perkahwinan itu terjadi.
“Fair enough.”
Marsya mengangguk.“So we're clear?”
“Very.”
“Good.”
Suasana senyap seketika sebelum Hanze bangun dari sofa.
“I'll tell my family tonight," ujarnya.
Marsya turut bangun.“I'll do the same.”
Hanze menghulurkan tangan.
“Then I guess that's it.”
Marsya menyambutnya. “For the marriage, yes.”
Hanze melepaskan tangannya.
“See you at the North Bay meeting.”
“See you.”
Hanze melangkah keluar. Pembantu Marsya mengirinya ke bilik mesyuarat sementara menunggu mesyuarat tentang projek North Bay beberapa minit lagi.
Hanze memeriksa telefonnya. Ada beberapa mesej yang belum dibaca.
Salah satunya daripada ibunya.
-Dinner tonight. Don't forget.-
Jemarinya langsung menaip balasan.
-Okay.-
Telefon diletakkan ke tepi.
Dia sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku malam nanti.
Keluarganya mungkin akan mempersoalkan keputusannya menolak Marsya. Mereka akan bercakap tentang North Bay, hubungan antara dua keluarga, kestabilan dan masa depan.
Namun dia sudah membuat keputusan.
Perkahwinan antara Veyr dan Arden tetap akan terjadi.
Cuma Marsya bukan pengantinnya.
HANZE memberhentikan keretanya di depan bangunan rumah kedai tempat studio Elara beroperasi.
Dia tidak masuk. Hanya duduk di dalam kereta memerhatikan tingkat atas yang menempatkan studio Elara.
Melalui cermin hadapan, dia nampak beberapa orang pekerja keluar masuk membawa kotak peralatan.
Tidak ada pengawal, tidak ada lobi mewah, tidak ada nama Arden terpampang besar di bangunan itu.
Hanze tersenyum.
Ini lebih dekat dengan apa yang dia bayangkan.
Sederhana, tenang, dan tidak rumit.
Dia capai telefon di bawah dashboard dan menghantar satu mesej kepada Adraz.
Adraz.
-I need you to find out something about Elara Arden.-
Tiga titik muncul.
-What exactly?-
Hanze memandang bangunan di hadapannya sebelum menaip balasa .
-Her company. Financial position. Current projects. Nothing personal.-
Jawapan datang hampir serta-merta.
-Understood.-
Hanze meletakkan kembali telefonnya. Dia tidak mahu menyiasat kehidupan peribadi Elara. Dia cuma mahu memastikan pilihannya masuk akal. Sekurang-kurangnya dari sudut yang dia faham.
Ketika dia baru hendak memandu keluar dari kawasan itu, pintu bangunan tiba-tiba terbuka. Elara keluar bersama seorang lelaki dan seorang wanita.
Gadis itu hanya memakai jeans, kasut sukan dan T-shirt hitam yang sedikit longgar. Rambutnya diikat tinggi.
Tiada blazer, tiada beg tangan berjenama, dan tiada apa-apa yang mengingatkan bahawa dia anak perempuan keluarga Arden.
Elara berdiri di kaki lima sambil mendengar sesuatu daripada lelaki di sebelahnya sebelum tiba-tiba dia tertawa.
Hanze memerhatikannya dari jauh.
Itulah Elara yang dia kenal. Tidak banyak kerenah, tidak suka menjadi perhatian, dan nampak seperti seseorang yang tidak akan menjadikan hidupnya lebih rumit daripada yang sepatutnya.
MENJELANG petang, Hanze kembali ke pejabat. Adraz segera mengekorinya bersama tablet di tangan.
“I've got the preliminary report,” ujarnya sambil menyerahkan tablet kepada Hanze sebaik sahaja bosnya itu melabuhkan punggung di kerusi.
“I couldn't get everything this quickly, but this should give you a general picture of the company.”
Hanze menyambut tablet itu
“What's the company called?”
“Elaris Interactive.”
Hanze menurunkan pandangan ke skrin, membaca sekilas laporan yang terpapar.
Sebuah syarikat pembangunan permainan video yang ditubuhkan beberapa tahun lalu. Kecil jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat di bawah Veyr Maritime atau Arden Capital, tetapi masih beroperasi secara aktif.
“She's the founder?” tanyanya.
“Yes."
Hanze menatal ke bawah.
“Revenue?”
“Revenue has been growing, but it's still a small company. They're not operating at the scale where they can comfortably finance a major project entirely from internal cash.”
“Debt?”
“Nothing significant from what we've found so far. No major bank facilities or outstanding liabilities that raise a red flag.”
Hanze mengangguk-angguk.
“Then why does she need funding?”
“Her latest project. Swipe ke kanan."
Hanze menurut.
“It's their biggest project so far. More people, longer development cycle, higher production costs. They've already put a considerable amount of their own money into it.”
“What's the problem?”
“Cash flow.”
Hanze mengangkat pandangan, mahu mendengar lebih lanjut.
“The company can continue development with its current resources, but they'll have to slow down hiring and production. According to the information we've gathered, they're looking for additional capital to keep the project on schedule.”
“External investor?”
“That's what it looks like.”
“Any potential investors?”
“A few. But nothing confirmed.”
Hanze kembali melihat skrin.
“How much?”
Adraz menyebut satu angka.
Hanze terdiam seketika. Bagi Veyr Maritime, jumlah itu tidak besar. Tetapi bagi sebuah studio kecil seperti Elaris Interactive, jumlah tersebut cukup untuk menentukan sama ada projek itu dapat bergerak mengikut perancangan atau sebaliknya.
“Is she actively looking for funding?”
“From what we can tell, yes. But she's not desperate.”
Hanze menjongket kening. “Why?”
“She still has options. She can reduce the scope of the project, delay some development milestones or look for another investor.”
Adraz jeda sejenak sebelum menambah, “But none of those options are ideal if she wants to launch the game within the original timeline.”
Hanze menyandarkan tubuhnya. “Who handles the financial side?”
“She does.”
“Elara?”
“Yes. She's not just the founder. She's still heavily involved in the company. Game design, product decisions, hiring and some of the financial planning.”
Hanze melihat semula profil syarikat itu. Menelitinya sejenak sebelum kembali mengangkat muka memandang Adraz.
"Anything else?"
Adraz menggeleng. “This is only preliminary. If you want a proper financial assessment, I can ask Finance to run a more detailed review. But that will take longer, especially if we need information that isn't publicly available.”
“No.”Hanze meletakkan tablet di atas meja. “This is enough.”
“There's one more thing.”
“What?”
“Her company is looking for capital, but there's no indication that Elara is willing to give up control.”
Hanze terdiam. “Meaning?”
“She seems quite protective of the company. If she takes an investor, she'd probably want to retain decision-making control.”
Hanze tersenyum nipis. “Good.”
Adraz memandangnya beberapa saat. Dia sudah mengenali Hanze cukup lama untuk tahu bahawa senyuman seperti itu biasanya bermaksud bosnya baru sahaja nampak sesuatu yang orang lain belum nampak. Namun dia malas bertanya.
“Ada apa-apa lagi bos?" tanya Adraz.
“No. You can go.”
Adraz mengambil semula tablet lalu melangkah keluar.
Hanze memusingkan kerusinya menghadap floor-to-ceiling window di belakang.
Pemandangan pelabuhan mengisi pandangan.
Dia kembali memikirkan laporan tadi. Elara tidak kekurangan pilihan. Tetapi dia juga tidak mempunyai terlalu banyak ruang untuk bergerak jika dia mahu memastikan projek terbarunya berjalan seperti yang dirancang.
Satu sudut bibir Hanze terangkat.
Menolak Marsya tidak akan membuat keluarganya berhenti mendesak. Jalan keluarnya ialah memenuhi permintaan keluarga yang mahu dia berkahwin dengan anak pertemuan Arden.
Dan sekarang, dia nampak dengan jelas bagaimana perkara itu boleh dilakukan.
Dia tidak perlu memujuk Elara.
Dia tidak perlu merayu.
Dia hanya perlu menawarkan sesuatu yang Elara mahukan.
Sesuatu yang bernilai dan sesuatu yang boleh membuatkan Elara mempertimbangkan satu perkahwinan yang pada asalnya mungkin tidak pernah dia inginkan.
Modal untuk projeknya. Dan sebagai balasan, perkahwinan.
Kali ini, Hanze yakin dia sudah menemui jalan yang paling mudah.
Share this novel
Bab 2 xde ke teacher?