1.0: Permulaan Untuk Pengakhiran

Adventure Series 820

“Aku mahu berhenti.” Kata Kno dengan nada yang tegang dan suaranya yang dalam sambil mengacu sai kepada Jeklee.

Jeklee memandang tajam dan melihat besi bercabang tiga yang dihunus oleh anak muridnya.

“Mungkin aku sudah jumpa jalan yang sebenar.”

Jeklee merampas sai dan mengacu pada Kno.

“Perempuan?”

Kno menurunkan senjatanya.

Jeklee mengangguk faham apa yang cuba disampaikan. 

Kno melangkah kakinya ke belakang dan menghulurkan sai sebagai tanda tidak mahu kembali.

Kerja yang kita lakukan ini tidak akan pernah berehat dan kau sudah tahu tugas kita sedang membuat musuh. 

Kno keluar dari daerahnya untuk memulakan hidup baru dengan isterinya, Mas. Gadis yang dia jumpa ketika mencari kain. Mereka mendirikan sebuah kedai kain. Bermimpi untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang aman tenang untuk anak yang bakal ditimangnya. Sehinggalah dia 

Seorang wanita berjalan dalam keadaan gelisah dengan muka yang cemas. Di dalam gelap, dia yang beranggapan sedang berseorangan cuba berusaha untuk ke tempat yang lebih selamat.

"Hah. Hah."

Tercungap-cungap dia menghirup udara untuk mengumpul semula nyawanya setelah berlari dalam malam sunyi yang ditemani dengan gelap gelita. Ditambah pula, sumber cahaya malam hanya diharapkan daripada sumber cahaya bulan. Namun, bulan berasa malu untuk keluar. Ketika dalam perjalanan untuk pulang, pelita yang dibawanya terjatuh apabila dia terserempak dengan lembaga besar kehitaman. Sebaik sahaja kakinya memijak kaki lima di kawasan perumahannya, dia menghembuskan nafas lega kerana beranggapan dia sudah selamat daripada terserempak dengan susuk badan manusia yang dia beranggapan apa yang dilihatnya merupakan lembaga. Setiap langkah yang diambilnya, dia akan melihat belakangnya supaya tidak diekori oleh sesiapa. Ditolehnya kepalanya ke kiri.

"...."

Kawasan kaki lima yang tiada bunyi kerana sudah larut malam. Terdapat satu lorong yang merupakan tapak perniagaan yang sering dikunjungi oleh pedagang untuk berniaga. Jikalau diwaktu siang, sudah pasti suasananya meriah dek kedatangan pembeli yang membeli barangan disitu. Dia menoleh kepalanya ke arah kanan untuk melihat rumah kedai yang dibina secara rapat dan diperbuat daripada kayu serta campuran batu. Hentakkan kakinya makin perlahan. Kepalanya tidak berhenti melihat kiri, kanan dan belakang.

"Selamat jugak akhirnya aku-"

Dia berhenti dan melihat dihadapannya dengan pandangan yang curiga. Lembaga yang terserempaknya tadi berada didepannya. Dari bawah, matanya perlahan-lahan naik ke atas. Tujuh pasang kaki dilihatnya. Sampai dibahagian badan ada yang bertubuh kurus, berisi, tinggi dan sederhana. Tenungan wanita tajam tadi hilang apabila mata dia berkelip ketika salah seorang dari mereka menghayunkan pelita milik wanita tersebut kearah kakinya. Tujuh susuk badan yang diingatkan lembaga oleh wanita tersebut ternyata adalah manusia. Mereka tersengih dan berterima kasih pada wanita tersebut dengan nada sindiran. Ternyata dia dipergunakan untuk mereka dapat masuk ke kawasan tersebut. Wanita itu mengangkat pelita agar dapat melihat dengan lebih jelas wajah mereka.

"AAAAHHH!!"Jeritan teriak apabila tujuh orang itu menjelirkan lidah apabila cahaya diterangi di wajah mereka.

Muka mereka ada yang bermata satu, mata yang terbeliak, hidung yang panjang, telinga yang tajam, jambang dan janggut yang kusut. Tapi apa yang akan tinggal dalam mimpi ngeri semua orang adalah wajah mereka yang bengis dan gaya rambut yang ganas. Seorang dari mereka yang mempunyai pedang berwarna hitam, bertompok merah seperti mata dan berbilah seperti gigi gergaji, menghayunkan pedangnya ke tubuh wanita tersebut sebaik sahaja ingin teriakkan jeritan yang kedua.

"Mulakan sekarang!", kata seorang dari mereka yang mempunyai mata satu.

Sepasang kekasih yang sedang asyik untuk melabuhkan mata mereka di atas katil diganggu dengar jeritan yang sementara.

"Abang, bangunlah abang! Sayang dengar orang menjerit dekat luar...". Si isteri cuba mengoyang-goyangkan tubuh si suami agar dia bangun untuk melihat apa yang terjadi.

Si suami dengan cuaknya pergi dekat pintu dan apabila dia ingin pulang ke katilnya, hentakkan pada pintu menyebabkan ia terbuka. Seorang penyamun masuk dengan riak wajah tersengih dan pergi ke arah mereka. Si suami cuba menghalang penyamun tersebut dari rapat dengan dia dan isterinya.

"Ja- jangan dekat!" jerit si suami dengan tergagap sambil menghunuskan keris.

Si penyamun hanya tergelak dan menempis si suami hingga jatuh tersembam. Tangan si isteri dipegang oleh si penyamun. Dia yang tertiarap di atas lantai mendongak kepalanya ke si isteri. Matanya berubah kemerahan apabila dia melihat isterinya diperkosa di depannya. Tangannya yang bergetar mencapai keris dan kecuaiannya untuk cuba menikam penyamun dari belakang menyebabkan dia tertikam isterinya. Si suami yang lunyai ditendang mengesot pergi ke almari simpanannya seakan-akan itu sahaja yang dia ada. Si penyamun yang tersengih itu tidak menghiraukan jeritan si suami yang sedang sedaya upaya menolak si penyamun dari mendekatinya mengeluarkan kerisnya dan menikam si suami.

Dengan riak wajah yang bangga si penyamun itu menjerit "Satu!", sebaik sahaja si suami tidak bernyawa.

Ketika si penyamun yang kedua pecah masuk ke salah satu rumah kedai yang ada, dia terserempak dengan tuan kedai barangan dapur yang mengesyak dia akan dirompak.

"Dua!" jeritnya diikuti dengan ketawa jahat sebaik sahaja hayunan keris ke leher penjual.

Jatuh rebah ke lantai mengejutkan anaknya dan dia turun kebawah untuk melihat ayahnya. Perutnya ditembus pisau apabila matanya menenung ayahnya yang terlentang dan berlumuran darah. Suara seraknya memanggil ayahnya kedengaran si penyamun, menyebabkan kepalanya dicantas agar sunyi menjelma.

"Tiga! Hahahaha, diam pun engkau!", jerit penyamun ketiga.

Penyamun keempat menyerlum senjatanya, buku lima berwarna gangsa dan pergi ke ladang ternakan. Sebaik sahaja dia ternampak susuk badan seseorang, dia menghayunkan tumbukkan ke arah muka dan diikuti dengan jeritanya, "Empat!", sambil melihat petani itu terserembam ke dalam lopak.

Seorang lelaki tua terlentang didalam kedai yang dipenuhi dengan barangan kemas. "Lima!" sambil mata penyamun kelima lihat kearah rantai emas dan berlian dan penyamun keenam yang sedar akan kehadiran seseorang bersembunyi.

"Weh! Pencuri!, pencu-" mulutnya ditutup dan jatuh ditikam sambil dibisik oleh penyamun keenam.

"Enam.. Shuhh", penyamun itu membisik di telinga.

Penduduk yang mengetahui bahawa mereka tidak selamat mula berlari untuk keluar dari pekan yang asyik dengan jeritan dan teriak meminta tolong. Apapun yang mereka cuba untuk selamatkan diri tidak berjaya. Kebanyakkan mereka telah dikepung dari keluar dari kawasan perumahan kerana taktik penyamun yang menggunakan kaedah mengepung. Seorang lelaki yang kepalanya ditutup dengan kain melambai-lambai ke arah penduduk supaya datang ke kawasan dia.

"Eh, situ ada kawasan yang tidak dikepung! Mari kita ke situ," kata salah seorang penduduk yang kelam kabut menyelamatkan diri.

"Huh, jalan mati jugak...."

Mereka yang lari kearah lorong itu dibunuh oleh penyamun ketujuh yang mempunyai pedang hitam.

"15!", jerit penyamun ketujuh setelah habis mecangkung dari menusuk mangsanya.

Mata penyamun yang lain terbeliak dan melihat satu sama lain. Mereka ketawa terbahak-bahak umpama segalanya milik mereka.Tujuh penyamun, atau tujuh penyangak nampak sahaja seperti manusia tetapi berkelakuan seperti binatang. Segala harta yang mereka rompak dibawa untuk disimpan di tempat persembunyian mereka. Sebuah kubu istana usang yang ditenggelamkan ke tanah agar tiada siapa dapat menjejaki mereka.

Si mata satu melaungkan agar semua penyangak berkumpul.

"Kita tujuh orang sudah melakukan rompakkan, pemerkosaan, dan pembunuhan selama kita habis tempoh menjadi lanun!  Sudah banyak benda yang kita telah dapat dan aku rasa lebih baik kita berhenti.”

Aku setuju! Iya! Mari kita bahagi semua harta dengan sama rata. Hahaha bagus kalian. Penyamun yang mempunyai pedang hitam berkata "Nanti dulu! Apa kata kita lakukan satu lagi rompakan?

"..."

Semua senyum tanda setuju kerana setiap seorang dari mereka mempunyai sifat tamak yang tidak akan pernah penuh untuk diisi.

Disebuah rumah yang berbentuk kedai. Terdapat seorang lelaki yang baru sahaja membaca sebuah surat yang dihantar oleh burung.

"Aduh!", mengeluh Kno sambil melihat ke arah langit yang makin senja.

"Kenapa ni kanda? " tanya Mas, isteri kepada Kno yang terdengar keluhan Kno.

"Lambat betul kerja penghantaran. Barang Kanda belum sampai lagi lah Dinda. Sepatutnya semalam sudah sampai kedai kita", Kno mengeluh apa yang ada difikirannya pada Mas.

"Alahai Kanda. Minggu ini kan ada Festival Malam Bercahaya. Barang kali mereka mengambil banyak barang untuk menghantar ke semua tempat. Barang pindahan kita pun boleh tahan banyak juga", Mas cuba menenangkan suaminya dengan memeluknya dari belakang agar dia bersabar.

"Kain lebihan semuanya sudah hampir habis dijual."

"Baguslah itu Kanda. Jadi Kanda bolehlah bawa Dinda pergi ke kota untuk melihat Festival Malam Bercahaya itu. Hihi." Mais meletakkan dagunya di atas bahu Kno.

"Pelanggan pula sudah ramai bertanya." Kno menoleh ke arah bahu kanannya.

"Amboi Kanda, Dinda ingatkan apa tadi," Mas tersenyum hingga menutup mulut dengan jarinya agar giginya tidak kelihatan suaminya namun mata sepetnya menarik perhatian Kno.

"Wah Dinda, boleh lagi ya Dinda senyum diwaktu begini… Hati Kanda ini cemas."

"Dinda suka lihat kanda sekarang ni." 

"Eee lihat apa ni... malulah janganlah tengok Kanda macam tu. Tu anak dalam kandungan tengah tengok tu."

"Hey, bukanlah! Gatal! Saya suka tengok Kanda berubah ke arah lebih baik sekarang"

"Hehehe, manusia mana boleh berubah melainkan untuk orang yang dia sayang."

Sebaik sahaja Kno mengambil peluang kedua untuk memulakan hidup baru sebagai saudagar  kain dan tukang jahit, dia melupakan segala kisah lalunya sebagai pembunuhan upahan. Segala harta yang dia perolehi dari melakukan misi gelap, semuanya dibakar agar ia lenyap dari digunanya. Apa yang ditinggalkan hanyalah tekpi, dua bilah besi bercabang tiga. Bagi Kno, keselamatan dan kebahagian isterinya sudah cukup bagi dia. Apa yang dia buat semuanya untuk melihat senyuman keluarganya dan dapat harta dari hasil yang baik. Kno berasa dia berhutang dengan Mas kerana Mas telah memberi Kno satu hidup yang baru untuk menjadi manusia. Siapa sangka, sepanjang dia dibesarkan untuk menjadi binatang buruan untuk ketua kumpulannya, akhirnya dia bebas. 

"Kanda sudah bersedia untuk berangkat?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience