“Kain! Kain! Satu kati 30 perak!”, laung seorang pedagang di sebuah bazar dagang yang diberi nama Bazar Lutasangka yang berhampiran dengan tali air pusat kapal berlabuh.
Tujuh laki-laki yang baru saja menjejak kaki di papan titi Pelabuhan Lutasangka sambil mengibas-ngibas bahu pakaian yang mereka samun dari nelayan malang terserempak mereka.
“Cis! Undang-undang baru konon. Bagaimana hendak kita ingin sambung rezeki?”
" Seperti biasa. Bagaimana kita di laut, begitu juga di daratan dan jikalau kau lihat, di daratan lebih mudah berbanding di laut. Laluan-laluan yang kerap digunakan oleh pedagang, di situ kita merompak.”
“Benar tapi aku ingin kembali ke laut.”
“Lautan itu terlalu luas untuk kita kuasai kerana sekelilingnya tiada penghabisan. Tetapi, pulau daratan ini kecil bagaikan kapal lama kita.
“Kau harus rasa takut akan hukuman mati yang mereka lakukan terhadap awak-awak kapal yang lari dari medan itu.”
“Kalian jangan risau, aku ada ‘penawar’ cara untuk buang rasa takut. Bancuh dan minum.” Sambil menunjuk sebuah oncang yang berisi tujuh jenis batu permata yang satu per satu terpancar sinaran mengikut warna pelangi malap.
“Cis, antara punca ilmu hitam ini aku kehilangan kapal aku! Kenapa kau tidak gunakan saja tadi?”
“Guna sebentar dan ditangkap selamanya? Nahkoda jenis apa kau ni? Kau ingin menjadi orang yang berkuasa semula bukan? Kalau sesiapa tahu pasal diri kau yang sebenar, nahasnya juga akan kembali kepada kau akan kembali menjadi hamba.”
Sambil menjeling, tangannya perlahan-lahan mencapai batu permata dan berkata, “Tiada siapa akan tahu kita yang sebenar.”
Satu per satu dari mereka mengambil batu permata dan menghisapnya hingga warna-warna tersebut pudar sedikit makin sedikit, masuk ke anggota mereka. Tujuh lanun itu mengerang kesakitan seperti setiap lubang udara dikulit tubuh mereka mengeluarkan jarum sehalus bulu. Teriakan jeritan berubah kepada pelbagai emosi dengan gelak dari gelakan sinis, mengilai dan terbahak-bahak diikuti dengan debu yang menghurungi Bazar Lutasangka.
Disebalik keganasan yang berlaku di Bazar Lutasangka, Kno yang sedang mengikat tangan mangsanya untuk mendapatkan maklumat ditampar hingga topengnya tercabut..
"Kau… perisik diraja! Berapa kau mahu? Aku bagi!" Lelaki tiada emosi dan riak wajah tidak peduli atas apa yang yang lelaki satu lagi kata.
"Apa yang kau mahu? "
"Cuma selesaikan misi." Dia mengambil topeng dan menyimpannya..
Pintu di selak dan penampakkan saksi lain membuatkan lelaki itu sembunyi di belakang almari.
Mari, beritahu dimana kau letakkan cop mohor sultan.
Lelaki itu pun menunjuk dengan mata, Cop mohor palsu.
Setiap kali dia menghabisi misinya, Kno akan berjalan di mana-mana perkampungan dan berehat buat sementara. Kno mengerut dahinya dalam perasaan pelik. Kanak-kanak sedang menjerit keriangan. Perniaga semua dalam keadaan bahagia. Pertama kali dalam hidupnya melihat sebuah keamanan. Bagaimana mereka mendapat suasana seperti ini? Sesuatu yang berbeza dari masa kecilnya.
Kno kemudian mencari sesuatu untuk melindungi topengnya agar tidak terputus lagi. Di sebuah kedai kain, dia bukan sahaja menjumpai kain untuk mengikat topengnya, tapi seorang wanita yang akan mengubah hidupnya kearah lebih baik. Selama dia membesar dengan gurunya, dia hanya dididik untuk menjadi alat membunuh dan merisik. Semua perasaan dan emosinya di kawal. Walaupun tugasan itu diberi oleh raja, Kno hanya melakukannya atas kesetiaan kepada mentornya, Jeklee.
Kehadiran Mas yang bagaikan memotong tali pada perangkap binatang buas lalu menjinakkannya mengubah haluan hidup Kno. Kehandalan Mas menggunakan teknik kain yang menjatuhkan Kno juga membuatkan Kno jatuh cinta. Sifat Mas yang baik dengan Kno, menunjukkan perbezaaan yang ketara. Jeklee mengajar erti keganasan. Manakala Mas memberitahu erti kedamaian. Sehinggalah Kno ingin keluar dari perkerjaannya pembunuh upahan.
Share this novel