Bab 3

Fantasy Series 388

“SAMPAI HATI kau nak tinggalkan aku,” rajuk Hana.

“Alaa pindah sekolah je pon. Nanti aku cuti kita jumpalah. Lagipun phonekan ada,” balas Farah. Pindah ke sekolah SBP memang angan-angan Farah dari dulu lagi. Lepas dapat keputusan UPSR dulu, dia ada mohon tapi tak dapat. Tak ada rezeki. Bila result PMR keluar, Farah terus seret Hana sekali untuk isi borang masuk SBP.

Bagi Hana pula dia memang tidak gemar duduk di asrama. Rimas. Banyak sangat peraturan. Dia ada juga dapat tawaran masuk ke SBP macam Farah. Satu sekolah lagi. Tapi nak buat macam mana, dia memang tak minat. Bila Farah dapat dapat tahu Hana tolak tawaran tu, seminggu jugaklah dia merajuk. Lagipun belajar kat mana-mana sama je kan?

“Nanti aku nak kawan dengan siapa?”

“Haih tulah kau, hari tu dapat tawaran hang pi tolak. Kau ni pon janganlah asyik menyendiri je. Cubalah buat kawan sikit dengan orang lain,” ungkit Farah geram.

“Kau tak takut ke nanti masuk asrama kena buli?” sengaja Farah bertanya untuk takutkan Hana.

“Buat apa nak takut. Aku masuk sana nanti terus jadi senior kot. Budak bawah nak buli form 4 macam aku ni, cermin dirilah dulu. Tengok-tengok nanti aku yang buli diorang,” Farah gelak jahat.

“Amboi. Kau jangan lupa form 5 pon ada kat sekolah tu,” Hana masih lagi tak berputus asa nak menakutkan Farah.

“Apa kisah. Diorang nak buli aku yang ayu, cantik lagi menawan ni. Cikgu ada. Report je lah kat depa,” balas Farah acuh tak acuh.

“Eh, budak ni! Tadi bukan main nak buli junior. Alih-alih bila dia yang nak kena buli pandai pulak nak report kat cikgu,” Hana mencebik kemudian keluhan dilepaskan.

“Jaga diri kat sana wehh.”

______________________________________________

“AYAH BOLEH tak Ana nak pindah sekolah?”

“Sekolah mana?”

“Satu sekolah dengan Is.”

______________________________________________

SUASANA BARU itu dia perhati dengan pandangan kosong. Langkah diatur ke pejabat sekolah.

“Ye adik? Boleh saya bantu?” tegur seorang kerani sebaik sahaja Hana berdiri di hadapan kaunter pengurusan. Terangkat kening Hana. Dia ni lelaki ke perempuan? Gaya pakaian macam lelaki tapi bila bercakap terlentok-lentok macam Sally dalam cerita Upin Ipin tu. Kepala cepat-cepat digeleng. Buat apa kau nak sibuk Hana?

“Pelajar baru,” jawab Hana dengan sedikit senyuman.

“Follow me.”

Sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik guru, Hana dibawa ke meja cikgu yang bernama Ali.

“Ok this is your guru kelas.Anything just ask him,” Hana hanya mengangguk.

“Hana right?”

Angguk lagi.

“Saya Sir Ali. Awak akan ditempatkan di kelas 4B.”

“Aik macam nama gred pensel pulak,” getus hatinya. Hana perhatikan muka guru kelasnya itu. Macam Alvin Chong. Tapi nama Ali. Chinese muslim kali.

“Faris, sini kejap,” Sir Ali memanggil seseorang yang kebetulan lalu.

“Yes sir?”

“This is Hana. Our new student. Dia sekelas dengan awak so tolong tunjukkan kelas ye.”

“Alright sir.”

“Hana, welcome to our school. Aku Faris ketua kelas 4B. Jom ikut aku,” Faris perkenalkan diri.

Hana hanya membontoti Faris sambil matanya leka memerhatikan suasana sekeliling.

“4B stand for apa?”

“Gred pensel.”

_______________________________________

4 BRILLIANT. Papan kecil yang tergantung di luar pintu kelas diperhati. Kening terangkat. Laju dia memalingkan muka ke arah Faris. Faris hanya tersengih sambil jugkit bahu. Terkena.

“First joke on my first day of school huh,” ujar Hana lalu terus melangkah masuk ke dalam kelas. Terlepas tawa Faris.

“Ok guys. Calm down. Kita ada kawan baru hari ni,” Faris terpaksa menenangkan suasana kelas yang bingit itu memandangkan cikgu tiada.

“So Hana introduce yourself,” pinta Faris sebaik sahaja mereka beri perhatian.

“Nama aku Hana. Ex-sekolah Menengah Kebangsaan Genting. Nice to meet you.”

“Tu je?” Kedengaran satu suara sumbang mencelah dari belakang kelas.

Hana jungkit bahu.

“Kalau nak tau lebih lagi bolehlah tanya Hana secara personal ye. Hana you may take your seat,” beritahu Faris sambil menunjukkan tempat duduk Hana.

“Anis,” sapa seorang pelajar perempuan yang akan duduk di sebelah mejanya.

“Hey deskmate,” balas Hana.

Sebaik sahaja Hana melabuhkan punggung dia terpandang meja di depannya. Buku bertimbun diikat kemas. Macam nak pindah sekolah. Teringat sebentar dia semasa bantu Farah mengemas barang-barangnya.

“Orang depan ni nak pindah sekolah ke?” terpacul soalan keluar dari mulut Hana.

“Aah, hari ni last day dia kat sini,” balas Anis mengiyakan.

“Oh.”

Earphone disumbat ke telinga bila tak tahu nak buat apa. Nampak gaya cikgu macam tak masuk. Beg diseluk lalu komik dicapai. Selena mula melalak di telinga.

________________________________________________

KEPALA DIANGKAT memandang Anis yang mencuitnya tiba-tiba. Kening sengaja diangkat. “Kenapa?” Tangan automatik mencabut earphone dari telinga.

“Ni budak yang nak pindah tu,” ujar Anis lalu memuncungkan mulut.

Kelihatan seorang pelajar lelaki membelakanginya.

“Pindah mana?”

“SBP.”

“Ooh,” terus dia teringat Farah.

“Weh pindah sana nanti jangan lupakan aku,” kedengaran Faris yang duduk di sebelah kiri pelajar lelaki itu berkata.

“Ayat sama yang keluar dari mulut aku waktu Farah pindah dulu,” getus hati Hana. Hana tersenyum menghilangkan sebak tiba-tiba.

“Ni ada kawan baru. Tak dapatlah kau berkenalan lama dengan dia. Rugilah kau,” ujar Faris.

Hana yang sedang cuba untuk fokus kembali pada komiknya tak menunjukkan sebarang riaksi. Mata masih melekat membaca komik.

“Bro, aku tak rasa rugi tapi rasa terkilan mungkin ada,” ayat yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan Hana tersentak. Dah kenapa dia cakap macam tu.

Wajah diangkat dari komik lalu matanya mencari gerangan yang bersuara tadi. Mata Hana bertembung dengan mata pelajar lelaki tersebut.

Tiba-tiba rasa sedih yang dia rasa waktu Farah pindah kembali menghenyak perasaan.

“Danish?”

Danish menghadiahkan senyuman. Sayu. “Hi.”

_____________________________________________

LOCENG TAMAT sekolah sudah lama berbunyi. Hana tak menunjukkan tanda-tanda untuk balik lagi. Keluhan dilepaskan. Menyesal? Danish terkenang akan ibunya. Dia ambil keputusan untuk berpindah ke sekolah SBP kerana permintaan ibunya. Pada mulanya dia ikutkan sahaja dengan rela hati. Tapi selepas dapat tahu Hana berpindah ke sekolah yang bakal ditinggalkannya itu membuatkan dia berasa kesal. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Berat.

Kedengaran kerusi bergeser tanda orang bangun. Anis kelihatan menuju ke hadapan kelas. Memadam papan putih.

“Hana,” tegur Danish.

“Pardon?” Dengar suara dari belakangya menyahut.Tak bernada.

“Kenapa awak pindah sini?" Danish bertanya sambil matanya memerhatikan Anis memadam papan hitam. Sengaja dia tak menghadap Hana.

“Nak rasa apa yang Farah rasa.Suasana baru. Maybe.”

“Farah tahu awak pindah?”

“Belum lagi.”

“Kenapa?”

“Tunggu dia balik cuti.”

“Oh,” patutlah Farah tak bagitahu dia apa-apa. Sebenarnya Danish dan Farah masih lagi berhubung sampai sekarang. Motifnya untuk tahu khabar tentang Hana. Banyak yang dia tahu tentang Hana termasuk kesedihan Hana bila Farah berpindah sekolah. Agak-agak Hana sedih tak bila dapat tahu dia akan berpindah sekolah. Lagi pula hari ini merupakan hari last dia. Kenapa mesti sekarang Hana pindah ke sekolah ni. Tapi rasanya Hana tak tahu dia bersekolah di sini.

“Sorry.”

“For?”

“Leave u,” Alone. Tak sanggup dia nak sambung satu perkataan itu.

Perlahan-lahan dia berdiri lalu menghadap Hana. Sehelai surat diselitkan pada buku di atas meja Hana. Kemudian wajahnya diangkat memandang wajah Hana yang tak berperasaan. Mereka berbalas pandang. Macam biasa muka Hana tidak beriak tapi matanya.. berkaca?

“Mungkin awak terbuang surat ni dulu?”

___________________________________________

SURAT YANG pernah diberi oleh Danish kepadanya empat tahun yang lepas ditatap kosong.

Always smile and make friends.

Hanya sebaris ayat itu sahaja yang tercoret. Baginya surat itu merupakan satu usikan kepadanya yang sememangnya anti sosial.
Terus dia buang ke dalam tong sampah luar kelas. Terasa.

Tapi itu dulu. Sebuah senyuman terbit di bibirnya. Setitik air mata menitis membasahi kertas putih itu.

“Kalaulah kau tahu aku pindah sini sebab kau,” tempat duduk di hadapannya yang sudah tidak berpenghuni itu dipandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience