Bab 2

Fantasy Series 388

“KENAPA MONYOK pepagi ni? Macam tikus mondok pulak aku tengok. Hey sis happy laa sikit. Bukannya selalu cikgu nak buat hari sukan khas untuk pelajar darjah 6 kot. Time macam ni lah kita nak release tension. Lagi pon minggu depan UPSR dah nak mula,” tegur Farah.

Hana memandang kasut sekolahnya.

“Baju sukan elok dah hang pakai. Ni pasai pa kasut sukan tak pakai pulak?” Farah perhati kawannya atas bawah.

Aku lupa nak sumbat dia dalam rak kasut semalam. Habis kena hujan malam tadi."
“Tulah lain kali sediakan rak kasut sebelum hujan. Tak berkasutlah kau lari kat padang tu kejap lagi,” usik Farah sambil tayang sengih jahat.

Farah dijeling tajam sebelum dia melepaskan keluhan berat. “Careless lagi.” Lambat-lambat Hana menuju ke arah padang.

__________________________________________________

“NAH,” sepasang kasut biru menghalang pandangan Hana yang sedang menunggu giliran di tepi trek.Terangkat keningnya.

“Apa ni?”

“Kasut,” sarkastik Danish menjawab.

“Saya bagi awak pinjam kasut saya ni. Takkanlah awak nak lari berkaki ayam pulak. Trek padang ni awak nampak je berumput tapi banyak kot duri. Kalau awak terpijak siapa yang susah, saya jugak. Lagi pun minggu depankan UPSR dah nak start. Macam mana nak jawab periksa kalau kaki awak tu sakit?” terang Danish kepada Hana yang masih tak menyambut hulurannya.

“Aku jawab exam dengan tangan bukannya kaki,” omel Hana perlahan.

“Apa? Saya tak dengarlah.”

Muka Danish dia pandang. “Sorry aku tak pinjam barang dari orang yang aku tak kenal.”

“Saya Danish. Ingat tak awal tahun hari tu? Kita tertukar kasut. So sekarang dah kenalkan,” Danish memperkenalkan diri sebelum berlalu pergi.

Sebaik sahaja teringat kejadian itu muka Hana terus merah. Malu. Memang dia yang tersalah ambil kasut Danish. Lepas peristiwa tu rasanya dia tak pernah terserempak dengan Danish.

Kejap. Danish? Cerita Farah kembali menerjah ingatannya. Cikgu M. Ciri-ciri pasangan idaman. Macam Hana kelas sebelah. Lambat otaknya memproses ingatan yang hampir sahaja dia lupakan itu. Dia ke yang suka aku tu?

Kepalanya tertoleh-toleh mencari susuk tubuh Danish tapi lelaki itu sudah melangkah jauh menyertai kawan-kawan dia untuk bermain bola. Kemudian, matanya terus terarah kepada kasut yang sengaja ditinggalkan oleh Danish untuk dia pakai. Hana rasa mukanya macam baru kena simbah dengan cat merah. Merah semacam.

Dari jauh Farah hanya memerhati sebelum melemparkan senyuman yang bermakna kepada Danish. Ibu jari ditayang.

_____________________________________________________

FARAH BERLARI mendapatkan Hana sambil bertepuk tangan. “Laju giler engko lari. Kalah olahragawati sekolah kita tu,” puji Farah sambil menghulurkan sebotol air mineral.

“Tengok kasutlah,” balas Hana tersenyum bangga. Flip rambut.

“Eh, kasut siapa pulak yang kau pakai ni?”

Tersedak Hana dibuatnya.Baru dia teringat kasut ni kepunyaan Danish. Nak buat macam mana kasut Danish memang sebijik sama dengan dia punya. Waktu lari tadi rasa macam dia punya kasut pula. Nasib minah sebelah ni ingatkan.

“Weh, nak minta tolong boleh?” Hana tayang muka comel.

“Apa?”

“Tolong pulangkan kasut ni kat Danish.”

“What! Ni kasut Danish? Macam mana boleh terpinjam pulak?” Farah mula tersengih gaya paparazzi jumpa gossip terbaru, sengaja bertanya. Semangat je dia tengok si Hana ni berlari tadi.

“No comment. So boleh tolong tak?” jawab Hana acuh tak acuh.

“Tak naklah aku. Kau yang pinjam aku pula yang kena pulangkan.”

“Alaa tolonglah. Korangkan satu kelas. Nah kasut. Cakap terima kasih kat dia,” selepas kasut itu bertukar tangan, cepat-cepat Hana melarikan diri. Kalau tak buat macam tu alamatnya memang dia sendirilah yang kena pulangkan.

________________________________________________________

“FUH PENATNYA!” Kerusi ditarik. Hana duduk di tempatnya untuk lepaskan lelah. Air yang masih berbaki diteguk perlahan. Kemudian rambutnya yang tidak terurus diikat kuda.

Suasana kelas diperhati. Lengang. Hanya ada dua tiga orang sahaja duduk bertapa di dalam kelas. Kebanyakkan kawannya yang lain masih di padang agaknya. Bahu dijungkit. Malas nak ambil tahu.

Kelihatan seorang pelajar lelaki, entah siapa namanya, khusyuk study di bahagian hadapan kelas. Skema. Hana tersengih. “Cubalah beriadah sikit. Bagi badan tu cerdas. Enjoy our moment while we're young. Tak penat ke asyik study je. UPSR lima subjek je pon. Gelabah,” komen Hana dalam hati.

Tadi dia berlari pusing padang lima kali. Lepaskan gian. Malas nak berlama kat padang dia terus bersihkan diri di bilik mandi. Gila tak mandi. Berlengas.

Badan disandarkan ke belakang kerusi. Bawah meja diraba mencari buku. Komik, bolehlah. Tiba-tiba sehelai kertas jatuh ke atas ribanya. Kening terangkat. Surat? Dia terus menilik surat itu mana tahu ada nama si pengirim surat tersebut.

From Danish.

__________________________________________________________

“MACAM MANA exam tadi?” Farah terus mengajukan soalan sebaik sahaja keluar dari dewan. Kertas akhir untuk peperiksaan UPSR.
Bahu dijungkit.Tersengih. “Kau?”

“Boleh la. Tak susah mana,” balas Farah.

“So?”

Sengihan penuh makna dilemparkan kepada Hana. “Merdeka!” jerit Farah lalu disahut oleh rakan-rakan mereka yang lain.

Hana hanya menggeleng memerhati keletah mereka. Siapa tak bahagia. Baru lepas habis exam kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience