“Along. Kenapa along balik sini tiba-tiba?” soalku ketika kami lepak di
taman rekreasi. Sebenarnya along dan Afnan nak bersenam tapi mereka
heret jugak aku ikut. Entah bateri apa yang mereka berdua guna ni? Baru
sahaja balik semalam petang ni dah nak bersenam. Sudah biasa bersukan
setiap petang konon.
Aku pun ada juga soal along pasal kawan dia si Afnan ni. Rupa-rupanya
lelaki itu Pan asia. Mak dia orang Australia manakala bapa dia orang
Malaysia. Maka jadilah mat saleh celup. Yang aku peliknya kenapa dia
tidak balik rumah sendiri tapi melekat dekat rumah aku ni. Nak tanya
along pula takut. Bukan takut apa! Mulut along aku tu lancang sikit. Tak
pasal-pasal dia cakap aku gatal nak berkahwin.
“Along balik sebab abah kata nak kahwi…”
“Apa? abah nak kahwin?? Biar betul? Amin… sekurang-kurangnya besarlah
juga keluarga kita. Adik bosan sangat dekat rumah. Kena lagi time jadi
penganggur ni 24 jam duduk rumah sendiri. Abah pula yang tiap-tiap hari
keluar main golf la, jumpa kawanlah…”
“Adik ni..” keluh along.
“Apasal? Wah! Kepala otak adik dah macam-macam dah ni tau! Nak buat tema
apa ya? Bakal mak kita nanti…. Budak ke atau mak budak? Kalau mak budak
okey juga… dapat adik ekspress…” Jauh imaginasiku melayang. Tak sabar
nak buat keramaian lagi dekat rumah yang sudah sunyi sejak bertahun lamanya.
Along dan Afnan hanya memandangku pelik. Mereka saling berpandangan
kemudian pandang aku sekali lagi. Tiba-tiba terhambur ketawa along.
Telefon bimbitnya berbunyi memaksa membuatkan dia untuk menjawab. Along
berlalu ke tempat lain untuk mendapatkan privacy sikit.
Alamak! Along ni tinggalkan aku dekat mamat Pan Asia ni. Huhu… gugup
satu badan duduk di rumput ni dengan dia. Aku suka duduk atas rumput
hijau ni berbanding atas meja kalau lepak di tempat reakreasi ni.
Share this novel