Setiap hari aku sibuk dengan perkahwinan abah. Aku tempahkan baju kahwin
satu set untuk kami satu keluarga. Bila aku tanya abah pasal bakal
pengantin. Abah aku hanya tersenyum-senyum. Dia dan along sama sahaja.
Dua-dua hanya senyum kambing. Along ni pandai betul simpan rahsia. Tapi
aku bersyukur sangat kerana along telah terima hakikat tentang kematian
Kak Sue. Dia akan terus tinggal di sini semula. Along kata dia
sebenarnya dalam proses pindah ke cawangan di Malaysia.
Bercakap pasal along membuatkan aku teringkatkan Afnan . Seminggu dua
menghabiskan masanya di rumah kami dia akhirnya pulang ke rumah
keluarganya. Aku dan dia semakin rapat ketika dia masih tinggal di rumah
ni dulu.
Setiap hari dia akan buat permintaan untuk sediakan kek untuknya. Kek
Tiramisu kegemaran Afnan . Dia dan along menyuruh aku untuk mengelarkan
Afnan sebagai Abang Harry . Tapi seumur hidupku sekali pun aku tak
pernah panggil orang abang. Abang aku pun aku panggil along inikan pula dia.
Waktu mula-mula panggil Abang Harry tu. Seram sejuk aku rasa satu
badanku. Geli semacam pun ada. Aku rasa macam seribu ekor ulat bulu
sedang merayap-rayap di badanku. Euww!! Geli semacam panggil orang
lain ‘abang’.
“Nurul Liyana Meor !” jerit along di telingaku.
Aku apa lagi. Memang terkejut beruk.
“Liyana ni apasal? Mengelamun je along tengok sehari dua ni? Cerita
sikit dekat along kau ni.”
“Tiada apa-apalah Long.”
“Takda apa-apa tu yang ada sebenarnya. Ni mesti rindukan si dia.” ujar
Along perlahan.
“Mana ada! Adik tak rindukan Abang Harry la…” marahku.
Along ketawa kuat. “Ada along cakap yang adik rindukan Abang Harry ?”
“Dah…dah… pergilah! Malas nak cakap dekat along. Adik tengah sibuk ni.”
Aku sedang menyediakan hantaran untuk bakal pengantin. Semuanya serba
hijau. Warna kegemaran aku. Sebenarnya aku tanya dekat abah nak tema
warna apa tapi abah kata ikut suka hati aku je nak warna apa.
Sebenarnya aku pelik juga ni. Hantaran untuk perempuan tapi barang
lelaki. Bakal mak pun tak jumpa-jumpa lagi. Abah kata tunang terus nikah.
Aku pun tidaklah bantah-bantah sebab bukan aku juga yang nak kahwin. Nak
mereka kata aku ni Over la pulak.
“Adik rindukan Harry kan… jauhnya dia termenung!”
“Ya Allah! Belum berambus lagi abang aku seorang ni? Pergilah. Kacau
aje. Kita tak rindukan Abang Harry la.”
“Abang aku seorang ni?” ajuk Along.
“Berapa banyak abang Liyana ni? Ops! Terlupa pulak. Liyana kan ada Abang
Harry .” usiknya lagi.
“Along nak pelempang ke atau diam?” marahku. Tak habis-habis betul abang
aku seorang ni.
“Erm… Abang Harry pun rindukan Liyana juga tau.” Sakatnya lagi.
“Yiee! Sakit hati betullah dengan along ni. Pergilah.” Aku melempar span
tepat mengena kepala along. Padan muka. Puas mengusik akhirnya cabut
juga along aku dari sini. Hendak membantu orang menyediakan khemah katanya.
Kalau kami berdua sahaja di sini tidak mengapalah tapi dengan Mak Su dan
Mak ngah pun ada sekali. Jiran-jiran pun ada juga yang datang membantu.
Aku hanya membalas senyuman mereka sambil membantu menyiapkan hantaran
kahwin ni. Aku tolong buat aje sebenarnya walaupun aku tidak tahu
langsung berapa banyak yang perlu disediakan.
“Assalamualaikum Liyana .” bisik seseorang ditelingaku.
“Abang Harry !” Kemunculan lelaki tersebut di sini setelah beberapa minggu
tak datang betul-betul mengejutkan aku. Aku menerkup mulut apabila
tersedar dengan ketinggian nada suaraku.
“Waalaikumsalam. Abang Harry buat apa dekat sini?”
“Saja nak bantu abah Liyana . Manalah tau ada yang hendak disiapkan lagi.
Liyana sihat? Lama tak jumpa dengan Liyana .” Abang Harry aku ni pun sudah
terjangkit dengan perangai Along memanggil namaku.
“Sihat. Ingatkan Abang Harry tak ingatkan kami kat sini.”
“Abang tiap-tiap hari ingatkan Liyana .” pujuknya.
“Ingatlah sangat! Jangan-jangan kalau bukan sebab abah nak kahwin belum
tentu Abang Harry nak datang sini.”
Tersengih-sengih Harry memandangku. Aku hanya teruskan kerjaku. Dia yang
kata nak datang membantu akhirnya menemani aku bercerita di sini. Semua
mak cik yang turut bersama pun dilayannya sahaja.
Share this novel