Bab 7

Romance Completed 59727

Aidan menyeru semangat wira Badang. Dia dapat merasakan kuasa yang mengalir disetiap urat sarafnya. Lengannya terasa diisi dengan kekuatan luar biasa yang bakal dilepaskan dalam setiap pukulannya. Dia mara kearah susuk misteri itu dan terus melepaskan serangan tanpa henti.

Susuk misteri yang tidak menduga kehadiran Aidan tidak dapat menahan pukulan demi pukulan yang dilepaskan oleh Aidan.

Selepas menerima pukulan terakhir Aidan dikepala, tubuh badannya melayang dan terhempas ke dinding. Susuk tersebut memuntahkan darah dengan banyak akibat terkena pukulan itu.

"Tak guna kau!" susuk itu memandang Aidan dengan penuh kebencian. Matanya merah menyala. "Macam mana kau boleh sampai disini?" suaranya serak dan garau disertai deruan nafas yang berat akibat kecederaan.

Aidan tidak menghiraukan soalan itu. Wajahnya kelihatan tenang tapi seperti menyimpan perasaan marah yang membara. "Itu bukan urusan kau." dia membuka langkah kekudanya dengan penuh berwaspada dan bersedia untuk serangan seterusnya.

Tiba-tiba, susuk itu hilang lagi dalam sekelip mata. "Hati-hati Aidan!" jerit Jenny. "Dia akan menyerang dari arah yang kau tidak jangkakan!"

Aidan menoleh ke arah Jenny. Bibirnya mengukirkan senyuman. "Terima kasih Jenny."

Dia menyeru semangat wira Nakhoda Ragam dari Seru Laksamana. Sejurus itu, keupayaan deria penglihatannya meningkat secara mendadak untuk mengesan setiap gerak geri musuhnya yang sedang bersembunyi.

Aidan meneliti keadaan sekeliling dan tersenyum. "Kau dah tak dapat lari dari aku. Aku tahu kau dimana."

Lalu, Aidan memejamkan matanya dan menggenggam erat Seru Laksamana. "Seru senjatamu Nakhoda Ragam!" Bentuk azimat itu berubah menjadi sebilah keris sundang selepas diseru. Cahaya misteri menyelubungi bilah senjata tersebut.

Dengan pantas, dia menyerbu ke arah sudut kanan dan menusukkan senjata itu ke dinding rumah. Dinding itu bergetar, lalu memancutkan darah yang pekat.

Jeritan kuat bergema disaat susuk misteri itu muncul kembali. Dia tergolek ke lantai, wajahnya diselebungi kesakitan yang amat menyeksakan.

“Aku dah kata, kau tak boleh lari,” kata Aidan dengan suara yang penuh dengan amaran. Mata hitamnya bersinar garang memandang kepada susuk misteri itu.

Susuk itu merangkak lemah, nafasnya tersekat-sekat. Darah hitam mengalir dari luka-luka yang menghancurkan tubuhnya.

Namun, dalam sisa tenaganya, susuk misteri itu masih boleh tersenyum. "Kau fikir ini sudah berakhir Penjejak Mimpi?" ujarnya dengan suara tersekat-sekat memberi amaran. "Pertarungan ini hanya permulaan. Kau akan tahu erti penderitaan sebenar tak lama lagi."

Belum sempat Aidan menjawab, keseluruhan rumah tiba-tiba bergoyang. Aura hitam yang menyelubungi susuk misteri itu semakin pekat, seperti kabut yang menelan cahaya.

Tiba-tiba, tubuh susuk itu hilang sepenuhnya, berserta dengan kegelapan yang mengelilinginya.

Suasana rumah Jenny kembali sunyi. Semua perabot, dinding dan cermin yang rosak ketika pertarungan berlangsung kembali seperti asal seolah-olah tiada apa-apa berlaku didalam rumah itu.

“Aidan, mana… mana makhluk tu pergi?” Jenny bertanya, suaranya masih bergetar akibat menahan kesakitan yang masih tersisa.

Aidan memandang sekeliling rumah, wajahnya penuh dengan kerisauan. “Dia dah lari, tapi aku rasa semua ni belum lagi berakhir, Jenny. Kita kena bersedia dengan apa yang bakal datang nanti.”

Jenny yang masih berusaha untuk bangun. Dia memegang luka dibahunya yang masih terasa pedih.

Dia mendongak dan memandang Aidan. "Kita akan kalahkan dia Aidan. Aku takkan biarkan dia lepas dengan apa yang dia dah buat pada aku." kata Jenny dengan bersemangat.

Aidan tersenyum melihat semangat Jenny. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu Jenny berdiri. “Ya, aku yakin kita boleh tewaskan dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience