Pendeta Adika segera bangun dari tempat duduknya dan menghampiri Aidan. Tangannya memegang bahu Aidan. "Surat perjanjian ini... kemungkinan ada rahsia ataupun petunjuk yang boleh menyelesaikan persoalan kita pada ketika ini." suaranya perlahan sambil menatap surat ditangan Aidan.
Mereka berkumpul mengelilingi Aidan untuk mengetahui apa yang tertulis didalam surat tersebut. Aidan membaca isinya dengan jelas:
"Inilah surat perjanjian damai yang akan menamatkan segala pertelingkahan yang berlaku antara Inderapati dan Berlian Sebutir. Aku, Sultan Jaya Bangsa yakni pemerintah agung kerajaan Berlian Sebutir menyerah kalah dan bersumpah akan memegang janji tidak akan menyerang kerajaan Inderapati selama-lamanya. Sebagai tanda persahabatan, kedua-dua kerajaan ini akan berjanji untuk tidak menyerang antara satu sama lain. Kedua-dua kerajaan perlu bersatu hati untuk melindungi dunia mimpi dan juga dunia nyata. Sekiranya syarat-syarat perjanjian ini dilanggar, dunia mimpi dan dunia nyata akan menghadapi bencana besar yang memusnahkan segala-galanya."
"Bencana besar?" Jenny bersuara cemas tanda risau. "Apa yang akan terjadi jika semua ini berlaku?"
Pendeta Adika mengambil surat itu dan menatapnya dengan teliti. "Mungkin inilah yang dimahukan oleh Jahar."
Aidan merenung surat itu sekali lagi. "Aku rasa kita kena pergi ke Berlian Sebutir juga untuk mencari petunjuk seterusnya."
Pendeta Adika mengangguk perlahan. "Benar kata kau. Kita perlu bertindak dengan segera. Masa sudah semakin suntuk."
Jenny menarik nafas panjang, kali ini bahasa tubuhnya lebih optimis. "Baiklah, kita dah tak ada pilihan lain. Lagipun kalau kita tak buat sesuatu benda ni akan menganggu jugak dunia kita. Aku risaukan keselamatan keluarga aku di dunia nyata. Kau pun mesti fikir perkara sama. Betul tak Aidan?"
Aidan memandang wajah Jenny dan menganggukkan kepalanya.
Rendra sudahpun menggenggam pedangnya. Dia nampak sudah bersedia untuk memulakan misi mereka. "Kalau begitu jangan berlengah lagi. Mari kita bergerak sekarang."
Pendeta Adika memasukkan surat perjanjian itu kedalam begnya dengan cermat. "Mari kita bersiap. Aku yakin perjalanan kali ini bukan mudah untuk dihadapi. Tapi sebelum itu, kita perlu merancang perjalanan kita dahulu supaya tidak dikesan oleh pihak musuh." katanya sambil mengeluarkan satu alat peranti yang berada dipoketnya.
"Apa tu ayah?" tanya Melur dengan perasaan ingin tahu. Inilah kali pertama dia melihat alat itu.
"Ini adalah radar yang membolehkan kita melihat peta di dunia ini. Alat ini akan membantu dalam misi kita." katanya sambil tersenyum.
Aidan, Rendra, dan Jenny memandang alat itu dengan rasa ingin tahu. Ketika Pendeta Adika menekan butan sisi peranti itu, satu peta hologram terpapar dihadapan mereka.
Share this novel