Prolog

Romance Series 621171

PRANG!

Bunyi gelas kaca terhempas ke lantai kedengaran. Cebisannya pecah berselerakan.

“I nak cerai. CERAIKAN I!!!” Izelda menjerit untuk kesekian kalinya.

Bergegar unit pangsapuri yang dihuni mereka berdua. Entah jiran sebelah-menyebelah dengar atau tidak.

Di arah bertentangan, Syed Farees sedang berdiri menahan sabar sambil mengepal buku lima. Kalau tidak fikirkan status perempuan di hadapannya ini adalah isterinya sendiri, pasti sudah lama makan penumbuk!

“You nak sangat cerai? Okay, fine. You jangan MENYESAL!!”

“I takkan menyesal! I dah muak hidup dengan lelaki pemalas macam you. Hidup you cuma tahu makan, tidur, main games. I ni pergi kolej. Lepas tu kerja part-time lagi untuk bantu sara family kita. You’re totally useless! I menyesal kahwin dengan you!!!”

“Hei! I pun kerja jugalah! I sanggup jatuhkan maruah I pergi kerja part-time kat 7E tu!” Syed Farees membalas semula. Tidak mahu kalah.

“Yes. Itu dulu. Tapi, selepas you kena terminate, then apa you buat? You duduk saja lepak di rumah jadi raja je kan?!” Izelda masih menyerang. Melepaskan emosi yang tidak terkawal lagi.

“You jangan nak ungkit. I tak pernah buat kerja gaji murah macam tu. Lepas kahwin dengan you I terpaksa. Sebab my parents dah cut my allowance. The one yang menyesal dengan perkahwinan ni adalah I! I lebih menyesal kahwin dengan you, Izelda!!”

Kata-kata Syed Farees membuatkan darah Izelda naik hingga ke kemuncak.

“Kalau macam tu you tunggu apa lagi? Hah, lafazkan cerai sekarang! I NAK CERAIII!!!”

“You nak sangat cerai kan? Okey. I akan failkan perceraian. Kita jumpa di mahkamah next week!!”

Setelah itu Syed Farees melangkah keluar dari unit pangsapuri tersebut bersama perasaan amarah yang masih membara.

Dum! Bunyi pintu dihempas kuat kedengaran.

“I HATE YOU, FAREES!!!” Izelda menjerit lantang sambil melontarkan apa sahaja yang dapat dicapai ke arah pintu rumah. Melepaskan segala emosi yang selama ini terpendam.

*****

PEKARANGAN Mahkamah Syariah, Izelda hadir ke sini dengan ditemani kedua ibu bapanya. Begitu juga Syed Farees. Mereka baru sahaja selesai menjalani proses perceraian. Secara sahnya lafaz talak satu telah berlaku atas keizinan Hakim.

Tiada riak sedih atau kecewa terpamer di wajah keduanya. Sebaliknya jelas terlihat masing-masing yang ego serta tidak mahu mengalah. Lebih tepat lagi kedua-duanya belum cukup matang dengan keputusan yang diambil.

Ketika di kamar perbicaraan tadi, sempat tuan hakim menitipkan nasihat kepada mereka berdua agar mengambil serius hal berkaitan nikah-cerai pada masa akan datang.

Di arah bertentangan Syed Farees dan Izelda saling berdiri serta berbalas pandangan. Jujur Syed Farees amat mencintai Izelda. Mereka berdua baru sahaja bernikah beberapa bulan yang lalu. Belum pun genap setahun. Malah, dia sanggup berkorban diketepikan kaum keluarga sebelum ini semata-mata mahu memperisterikan seorang gadis biasa seperti Izelda.

Tapi, saban hari sepanjang perkahwinan mereka Izelda asyik merungut. Dia dikatakan sebagai suami pemalas. Tidak mahu bekerja. Tidak menyumbang apa-apa di dalam rumah tangga. Argh! Siapa yang tidak tercabar kalau isteri kerja membebel aje. Penat dan bosan!

Sewaktu ingin melafazkan talak tadi, berat mulutnya pada permulaan. Namun, melihat Izelda yang bersungguh-sungguh mahukan perpisahan ini, maka dia tidak berfikir panjang lagi. Hadiah perceraian secara rasmi itu diberikan ‘istimewa’ kepada Izelda. Nak sangat kan!

“Aku dah agak dari dulu kau memang tak sesuai untuk anak aku!” Datin Norish melepaskan kemarahan di depan muka Izelda. Tak peduli pada orang ramai yang saling pandang-memandang ke arah mereka.

“Eh, akak. Apa marah-marah anak saya ni? Zelda tak salah apa-apa pun.” Puan Zaidah yang juga ibu Izelda mempertahankan anaknya.

“Hah, tak salah ye? Disebabkan anak kaulah Farees terpaksa hidup susah merempat selama ni. Tengok ni muka dia dah cengkung sejak kahwin dengan Izelda. Makan tak cukup, duit tak pernah ada, pelajaran terganggu. Terpaksa pulak kerja part-time jadi kuli. Hei, dalam keluarga kami tak pernah ada yang buat kerja-kerja ‘low class’ macam tu tau!”

Datuk Syed Faizudin yang berdiri tidak jauh dari isterinya menggelengkan kepala. Malu melihat gelagat isterinya sedang terjerit-jerit di ruang lobi mahkamah.

“Norish! Dahlah tu.” Datuk Syed Faizudin segera menarik lengan isterinya agar menjauhi Izelda. Bimbang si isteri bertindak di luar kawalan pula nanti.

Izelda sekadar menyepikan diri. Tidak ingin berbicara apa-apa. Perlahan ditarik tangan Datin Norish sebelum disalam. Ketika dia tunduk mahu mengucup tangan wanita itu, Datin Norish terlebih dahulu menepis dengan kasar sehingga menyebabkan muka Izelda terteleng.

“Mulai hari ni kita tak ada apa-apa kaitan lagi! Kau boleh lenyap dari hidup Farees sampai bila-bila!” ucap Datin Norish dalam mimik muka yang berapi di depan Izelda.

Syed Farees yang berdiri tidak jauh dari mereka pula hanya menyepi sambil memandang kosong adegan itu. Tak rasa nak halang pun tindakan mamanya. Entahlah, mungkin kerana hatinya masih sakit dan marah.

“Dahlah, Zelda. Jom kita balik. Semuanya dah selesai. Dari dulu lagi mak dah cakap yang kamu memang tak sekufu dengan mereka,” ujar Puan Zaidah sambil memaut bahu anaknya seakan memujuk.

Sementara Encik Azmi bapa Izelda hanya mendiamkan diri di tepi. Dulu sewaktu anak perempuannya merayu-rayu nak kahwin, dia turutkan kehendak si anak semata-mata tidak mahu mereka hidup bergelumang dosa. Walaupun ketika itu Izelda masih belajar di kolej.

Hari ini Encik Azmi dapat saksikan sendiri yang perkahwinan tergesa-gesa itu akhirnya kecundang di tengah jalan. Sebagai bapa sudah tentulah dia turut kecewa. Namun, apa lagi yang mahu dikata? Sudah itu pilihan
anaknya.

“Azmi, kami minta maaflah atas apa yang terjadi ya,” ucap Datuk Syed Faizudin ketika bersalaman dengan bekas besannya. Dia jauh lebih merendah diri berbanding isterinya.

“Sama-samalah. Pihak kami pun ada salahnya juga,” balas Encik Azmi sambil memaut erat tangan Datuk Syed Faizudin.

Datin Norish yang melihat perlakuan suaminya itu tidak berpuas hati. “Eh, abang. Kenapa pula abang kena minta maaf? Keluarga kita tak salah apa-apa. Yang salah diorang ni!”

Datuk Syed Faizudin menggeleng kepala dengan telatah isterinya. “Ha, sudahlah tu. Dah selesai pun semuanya. Jom kita balik,” ujarnya tidak mahu memanjangkan isu.

Datin Norish mengomel sendiri. Spontan ditarik tangan anak lelakinya untuk meninggalkan tempat tersebut. “Dah, Rees. Jom kita balik. Menyemak je tengok muka orang kampung ni kat sini.”

Syed Farees menurut sahaja kata-kata ibunya. Jika dulu dia berdegil sangat nak kahwin sehingga sanggup membelakangkan keluarga. Tapi, kali ini dia tidak berani membantah lagi.

Di arah bertentangan, Izelda sekadar memerhati kelibat Syed Farees bersama kedua ibu bapa lelaki itu masuk ke dalam sebuah kenderaan mewah yang sudah menanti di lobi mahkamah.

Tiada kata-kata terakhir diberikan Syed Farees kepada Izelda. Hanya renungan kosong tanpa kata. Sebelum pandangan itu beransur-ansur pergi saat kenderaan yang membawa Syed Farees sekeluarga menghilang dari kawasan mahkamah. Di hujungnya Izelda meluahkan keluhan.

Dua tahun mereka berdua membina cinta. Berjanji untuk sehidup semati sehingga ke akhir hayat. Malangnya baru beberapa bulan hidup bersama, semua itu musnah dan ranap sekelip mata hanya kerana sikap masing-masing yang ego dan tidak matang.

******

TEST pack di tangan diperhati dengan perasaan bercampur-baur. Izelda meraup mukanya penuh gusar.

Ya Allah!

Garis dua itu dipandang sekali lagi. Tidak percaya. Argh! Kenapalah mesti sekarang? Kenapa harus dia hamil pada waktu ini? Izelda tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Takut. Gementar. Risau. Apa yang harus dia lakukan? Dia tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu. Apatah lagi dalam keadaan dia dan Farees yang sudah berpisah.

Ah, tak boleh jadi. Dia tidak sepatutnya menanggung hal ini sendirian. Farees harus bertanggungjawab!

Izelda lantas melangkah keluar dari rumah menuju ke satu tempat. Dia tiba tidak lama kemudian di hadapan sebuah rumah banglo kediaman keluarga bekas suaminya dengan menaiki teksi.

Namun, apa yang mengejutkan Izelda apabila dia dimaklumlkan bahawa penghuni di kediaman tersebut tiada.

“Tuan Farees dah terbang ke Amerika Syarikat petang semalam.” Pembantu rumah itu memberitahu Izelda.

“Amerika? Bila dia akan balik?”

“Err sebenarnya Tuan Farees tak akan balik ke sini lagi. Mereka sekeluarga dah berpindah ke sana-“

Izelda melopong. Juga terpempan. Terasa lututnya seakan longgar ingin jatuh ke tanah. Tanpa membalas sebarang kata-kata, Izelda berpusing dan berjalan meninggalkan tempat itu.

Dikeluarkan test-pack yang dibawa tadi. Harapannya mahu menunjukkan kepada Farees yang dia hamilkan zuriat mereka tanpa dirancang. Juga mahu mendapatkan jawapan apa yang perlu dia lakukan?

Namun, Izelda sedar bahawa dia kini ditinggalkan keseorangan. Farees tak akan ambil peduli lagi walau apa pun yang berlaku terhadap dirinya. Mereka berdua sudah tiada sebarang kaitan.

Izelda memerhati ke arah test-pack yang berada di tangan dengan perasaan penuh kecewa. Spontan dicampak alat itu ke longkang di tepi jalan. Seakan ‘membuang’ segala yang berkaitan antara dirinya dengan Syed Farees.

Share this novel

Zairah md nayi
2024-09-29 15:42:50 

da complete ke novel ni

jruuoy
2024-08-06 17:20:27 

ddwztc

jruuoy
2024-06-25 17:44:26 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience