Bab 9

Romance Completed 59727

Aidan menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Jenny. Dia kemudiannya mengajarkan Jenny bagaimana cara-cara untuk membuka portal ke dunia mimpi seperti yang diajarkan oleh Nakhoda Ragam.

"Untuk membuka pintu portal ke dunia mimpi, kau perlu tumpukan perhatian, perasaan dan semua deria kau kepada Inderapati. Selepas itu, hantarkan semua itu kepada loket yang kau miliki." terang Aidan. "Tapi ingat, kau kena tumpukan betul-betul. Kalau tak portal tu akan terbuka ke dimensi lain dan yang lebih buruk kau akan terperangkap dalam tu. Jadi hati-hati Jenny." sambungnya lagi dengan wajah yang serius.

"Macam mana kalau aku gagal?" tanya Jenny sambil menelan air liurnya. Tangannya yang memegang loket nampak menggeletar.

Aidan memandang Jenny sambil melemparkan senyuman. "Aku yakin kau boleh lakukannya Jenny." katanya dengan suara yang lembut. "Kalau ada apa-apa yang berlaku aku akan tolong kau. Aku kan putera idaman kau." sambungnya sambil ketawa kecil.

Jenny yang sakit hati dengan gurauan itu dengan sengaja memijak kaki Aidan dengan kuat. "Aduh! Sakit la. Apa main pijak-pijak ni?" jerit Aidan sambil melompat-lompat menahan kesakitan.

"Padan dengan muka kau. Main-main lagi. Putera idaman aku? Muka macam katak ada hati nak jadi putera idaman aku. Eee... geli aku." sindir Jenny.

"Sampai hati kau kata muka aku macam katak Jenny. Tak baik tau kata macam tu. Kata la muka aku macam Zul Ariffin ke? Sedap la juga aku dengar." usik Aidan lagi sambil mengurut kakinya yang sakit akibat dipijak oleh Jenny.

"Puih! Zul Ariffin konon. Dah... dah... aku tak nak dengar kau punya loyar buruk lagi. Sekarang aku nak cuba fokus untuk buka portal. Inderapati perlukan kita segera. Jangan main-main lagi." sambungnya sambil memandang tajam kepada Aidan.

"Okay... okay.... sekarang aku nak kau tumpukan dulu macam apa yang aku cakap awal-awal tadi." Aidan memberi arahan kepada Jenny. suasana kembali fokus kepada tujuan asal mereka.

Jenny memejamkan mata sambil menarik nafas dan memusatkan segala tumpuannya kepada Inderapati. Segala ingatannya kepada Pendeta Adika, Melur, dan Rendra berputar didalam fikiran. Panorama indah Inderapati menerjah kedalam ingatan Jenny lalu menerbitkan satu perasaan yang tenang dan tenteram dalam jiwa Jenny.

Tenyata dirinya terlalu merindui Inderapati walaupun dia ingin menafikan dan ingin melupakan segalanya tentang dunia mimpi itu. Air matanya yang hangat mengalir dipipi apabila segala kenangan di Inderapati bermain-main difikirannya. Senyuman terukir apabila teringat kenangan-kenangan manisnya disana.

Tiba-tiba, satu portal terbuka dihadapan Jenny. "Buka mata kau Jenny." kata Aidan sambil berdiri disebelah Jenny. "Lihat tu kau dah berjaya." sambungnya lagi sambil tersenyum.

Mereka berdua saling berpandangan tanpa berkata apa-apa. "Mari kita pergi." kata Jenny memecahkan suasana.

Mereka melangkah masuk ke dalam portal tersebut. Sebaik sahaja kaki mereka menjejak ke dalam portal itu, satu cahaya yang menyilaukan menyelubungi mereka.

Namun, semua itu tidak menjadi halangan buat Aidan dan Jenny. Mereka meneruskan langkah dengan yakin demi menyelamatkan dunia mimpi yang mereka cintai iaitu, Inderapati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience