Bab 14

Romance Completed 59725

Selepas mendengar cerita dari Aidan, Rendra terdiam dan berfikir sejenak. "Dari apa yang kau ceritakan, aku dapat menjangkakan perkara ini akan menjadi buruk. Namun, aku tidak begitu pasti tentang Berlian Sebutir. Apa yang terdapat didalam buku hikayat tidak begitu mendalam tentangnya. Kemungkinan kita boleh rujuk kepada Pendeta Adika jika kita mahu tahu lebih tentang Berlian Sebutir." kata Rendra sambil meletakkan tangannya di dagu.

"Esok pagi, kita akan bertolak ke Indra Utama untuk berjumpa dengan Pendeta Adika. Bawa segala kelengkapan yang mencukupi kerana perjalanan mengambil masa dua purnama." sambungnya lagi.

"Rendra, aku rasa tak perlu kot semua tu." kata Jenny sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Kenapa? Perkara yang sedang berlaku ini sangat penting. Malah, mungkin akan mencetuskan peperangan besar antara Inderapati dan Berlian Sebutir." tegas Rendra.

"Bukan itu la yang aku maksudkan. Aku bercakap pasal nak berjumpa dengan Pendeta Adika. Kau dah lupa ke kami boleh guna pintu portal untuk pergi kemana sahaja yang kami mahu?" balas Jenny sambil ketawa kecil.

Rendra yang merasa terpukul dengan kata-kata Jenny terus menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aku lupalah. Biasalah orang tua, lagi pun banyak perkara yang aku sedang fikir." kata Rendra sambil mencapai kain lalu pergi ke belakang pondok untuk mandi.

"Dia nak cover malu la tu." bisik Jenny ke telinga Aidan lalu ketawa.

"Aku ingat tok guru aku ni jenis serius. Boleh melawak juga ye." sambung Aidan sambil menutup mulutnya menahan diri dari ketawa besar.

"Kalian jangan ingat aku tidak dengar ya kau mengumpat aku. Tunggu, lepas aku habis mandi siaplah kalian." jerit Rendra sayup kedengaran dari belakang pondok.

Perut mereka terus kecut apabila mendengar Rendra berkata sedemikian. "Alamak Jenny, dia dengar la pulak kita mengumpat dia." bisik Aidan dengan nada menyesal.

"Itu la Aidan. Habis la kita." sambung Jenny setuju dengan apa yang dikatakan oleh Aidan.

Petang itu, Rendra memberi latihan yang keras kepada mereka berdua untuk mengembalikan kecergasan dan kekuatan fizikal mereka. "Ini denda untuk kalian mentertawakan aku tadi. Padan muka kalian." kata Rendra sambil ketawa.

Jenny dan Aidan hanya mampu menurut sahaja sambil didalam hati mereka penuh dengan penyesalan. Mereka rasa sedikit geram apabila Rendra mentertawakan mereka sambil mengunyah kacang seolah-olah sedang menonton filem di televisyen.

"Dia ingat kita ni tengah buat pertunjukan sarkas ke?" getus Jenny sambil tercungap-cungap.

Aidan yang sudah pun terbaring diatas tanah bersetuju dengan kata Jenny. "Itulah. Boleh pulak dia tengok kita kena teruk sambil gelak-gelak."

Petang itu, menjadi petang yang mengerikan bagi Aidan dan Jenny. Mereka berjanji pada diri mereka tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience