Bab 13

Romance Completed 59725

Aidan melangkah keluar dari portal sambil dipapah oleh Jenny. Permandangan indah terbentang luas dihadapan mereka. Terdapat pondok kecil yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Tanpa membuang masa, Aidan dan Jenny terus melangkah ke arah pondok itu.

Gelanggang serta peralatan latihan menggamit memori Aidan ketika berlatih disitu sebelum menjadi seorang Penjejak Mimpi. Dia tersenyum seketika mengingatkan semua itu.

Rendra yang sedang asyik memancing disebuah kolam kecil yang terletak berdekatan dengan pondok itu, langsung tidak menyedari kehadiran mereka berdua.

Melihat susuk gurunya berada di depan mata, Aidan tidak dapat menahan lagi air mata lalu memanggil nama gurunya dengan suara yang tersekat-sekat. "Rendra..."

Rendra yang mendengar panggilan Aidan menoleh kearah Aidan dan Jenny. Apabila melihat susuk mereka berdua, Rendra terus bangun dengan mata yang besar seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Joran buluh yang dipegangnya terlepas dari tangan. "Mus... mustahil..."

"Aku dah kembali Rendra." kata Aidan sambil tersenyum.

Rendra terus pergi kearah Aidan lalu memeluknya dengan erat. "Tapi... bagaimana Aidan? Bagaimana kalian boleh sampai ke dunia ini?" soal Rendra sambil mengalihkan pandangannya kepada Jenny.

Jenny hanya membalas dengan senyuman ketika disoal oleh Rendra. Matanya nampak berkaca melihat pertemuan semula antara murid dan guru tersebut.

"Nanti aku ceritakan pada kau. Banyak perkara yang aku ingin tanya sebenarnya termasuklah tentang Berlian Sebutir." kata Aidan dengan wajah yang kembali serius.

Mendengar kata-kata Aidan, wajah Rendra mula berkerut. Dia memerhati seluruh tubuh Aidan dan terkejut. "Kau cedera? Siapa yang melakukan ini padamu Aidan?" soalnya bertubi-tubi.

Aidan tersenyum. "Ya, itulah yang aku akan ceritakan nanti Rendra. Perkara ini ada kaitannya dengan Berlian Sebutir."

Rendra hanya mengangguk. Dia menjemput mereka berdua untuk naik ke pondok kecil itu. Dia menyuruh Aidan dan Jenny untuk membersihkan diri dan berehat.

Pada malam itu, Rendra merawat kecederaan yang dialami oleh Aidan. "Kecederaan ini tidak nampak kesannya diluar, tetapi kesannya didalam amat parah. Kalau tidak dirawat dengan segera, kesan cedera ini akan merebak ke seluruh tubuh kau, Aidan." jelasnya sambil membalut bahagian dada Aidan yang cedera.

Aidan cuma menanggukkan kepala kerana sedang menahan kesakitan ketika balutan yang kejap itu menekan bahagian yang cedera.

"Baiklah... sekarang ini, giliran kau untuk menceritakan padaku. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Bagaimana kalian boleh sampai ke Inderapati? Dan bagaimana kau boleh mendapat kecederaan seperti ini?" Rendra bersila sambil menatap wajah Aidan. Tidak sabar rasanya untuk mendengar cerita dari mulut Aidan.

Aidan menceritakan segala-galanya dari mula. Kejadian yang berkaitan dengan susuk misteri yang digelar Pembunuh Mimpi, tentang mimpi yang dialami oleh Jenny, kuasa alat istimewa yang mampu membuka portal ke dunia mimpi, dan pertarungannya dengan Jahar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience