BAB 3

Romance Series 42894

Had Hazrel menyerusup masuk di antara orang ramai yang memenuhi ruang pusat hiburan terkemuka di ibu kota itu. Wajah ketat dan kelat. Bukan tidak suka, dia juga selalu menghabiskan masa di tempat hiburan golongan marhaen kerana tidak mampu. Hanya sekali dua dia pijak Foux, itu pun kerana diajak oleh Farish. Bila ikut Farish, dia tak perlu keluar sesen pun. Farish anak orang kaya dan tak lokek. Manakala dia cuma budak flat kos rendah. Dari kecil sudah bantu ibu berjualan nasi berlauk di depan flat. Ayah kerja kerani swasta. Dengan gaji yang diperolehi, hampir tak cukup menanggung mereka lima beranak. Sebab itu ibu berniaga bila anak-anak semakin besar dan banyak demand.

Kelebihan Had Hazrel ialah punya rupa paras menawan dan body seperti model antarabangsa. Sejak kecil sehingga remaja dia selalu jadi perhatian. Ramai yang datang jadi kawan. Had mulai terjebak dengan dunia orang kaya ketika dia melanjutkan pelajaran di universiti. Dia mulai pilih kawan kerana dia tahu, dia tak perlu keluar duit kalau bijak memanipulasi orang-orang kaya. Dan dia bertemu Farish Hylmi. Ke hulu ke hilir bersama Farish, dia bertemu Hanis Suraya dan jatuh cinta pandang pertama.

Bagi Had, cintanya kepada Hanis adalah cinta sejati, cinta mati! Dia sungguh-sungguh mahu hubungan mereka diakhiri dengan ikatan suci. Sebab itu dia lakukan apa saja demi penuhi permintaan Hanis. Dia berhutang sana sini dan berkerja keras untuk bayar hutang tersebut dengan buat kerja sampingan termasuklah buat Grab dan Food Panda. Hanis tidak tahu apa yang berlaku. Di mata Hanis, dia adalah Pembantu Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Farish.

“Sayang! Here!” Di kejauhan, kelihatan Hanis melambai ke arah Had. Langkah dilajukan, mahu segera dapatkan wanita kesayangannya itu.

“Wah, untunglah tuan punya badan hari ni. Buah hati kacak dan berpangkat tinggi dia dah datang.” Gurau salah seorang teman Hanis. Tersipu-sipu Hanis dengar.

“Yela tu, saya faham niat korang. Pesan je kalau nak!” Hanis terus pelawa dengan bangganya tanpa bertanya kepada Had. Buntang mata Had memandang. Mampus! Dia cuma ada beberapa not sepuluh ringgit dalam dompet. Kadnya dah disekat kerana melebihi had maksimum.

“Hanis! Saya datang nak bincang sesuatu dengan kau. Maaf korang, saya terpaksa bawa Hanis pergi, urgent matter!”

“Alaaa, tak seronoklah macam ni.” Keluh teman Hanis namun Had buat pekak dan terus tarik Hanis pergi dari situ.

“Kenapa dengan kau ni hah?! Saya kan bersama kawan-kawan saya. Mengapa buat macam ni, Had? Malu saya! Mesti dorang tengah mengata tentang saya sekarang.”

“Saya serabut sekarang ni, Hanis! Kau kena tolong saya. Nyawa saya mungkin dalam bahaya, tau tak? Saya kena sembunyi buat sementara waktu.”

Hanis rentap kasar tangannya dari genggaman Had. Mata mencerlung, marak dengan api kemarahan.

“Kau je ke yang ada masalah? Saya pun tengah serabut, Had! Banyak yang kena saya buat sebelum bertolak ke Indonesia. Saya kena fikir tentang duit perbelanjaan saya di sana nanti. Takkan saya kena ikat perut?”

Berubah wajah Had dengar jawapan yang diberi. Apa Hanis tak beri perhatian ke pada kata-kata dia tadi? Nyawanya sedang terancam kerana keluarga si cacat tu! Dia tengah ketakutan. Siapa tahu lelaki-lelaki itu tiba-tiba muncul dan tembak dia kerana melarikan diri.

“Saya akan cuba minta Farish awalkan gaji saya. Tentang duit belanja kau tu, saya akan usahakan. Masalahnya sekarang, saya tak boleh balik ke rumah buat sementara waktu, Hanis. Saya tumpang rumah kau boleh tak?”

“Tak boleh!” Hanis bentak kasar. Melihat air muka Had berubah, Hanis cuba maniskan wajah lalu dia paut manja lengan Had.

“Maaf Had, memang tak boleh. Saya bukan menyewa seorang je, ada penyewa lain. Semuanya perempuan. Kau tak boleh ke situ. Kau minta je Farish tolong. Dahlah, saya nak masuk ke dalam. Saya tak nak kawan-kawan saya terasa hati kalau saya pergi macam tu je. I love you, sayang!”

“Hanis!” Had cuba menahan tetapi berdesup Hanis pergi.

“Hanis!” Panggilan Had tidak dipedulikan. Sekelip mata, Hanis menghilang di celah-celah orang ramai. Dengan wajah tegang, Had berlalu.

Sebuah teksi ditahan. Agak lama Had diam berfikir ketika pemandu teksi bertanya ke mana arah tujuannya. Tak mungkin dia berani balik ke rumah sewanya ketika itu. Farish! Dia harus cari lelaki itu. Sejak Farish larikan diri, lelaki itu tidak dapat dihubungi langsung.

Akhirnya, Had arahkan pemandu teksi untuk menghantarnya ke syarikat Farish. Dia nekad mahu tunggu Farish di situ. Kalau dia ke kondo mewah Farish, kemungkinan untuk berjumpa lelaki itu ialah zero percent. Dia yakin Farish sedang mengelak untuk jumpa dengan dia.

Dengan kad aksesnya, Had masuk ke bangunan milik Farish dan masuk terus ke dalam bilik pejabatnya. Sengaja dia tidak hidupkan lampu kerana risau ada mata-mata yang sedang mengintip kawasan tersebut. Dia kena berjaga-jaga. Tidak mustahil semua maklumat tentang dia sudah berada di tangan keluarga si cacat itu.

Had tunggu hingga pagi. Tersengguk-sengguk sampai tertidur. Had terjaga bila dengar bunyi bising di luar bilik kerjanya. Bingkas dia bangun dan bergegas keluar. Laju kaki diorak menuju ke pejabat Farish.

“Had Hazrel!”

Had membantutkan langkah bila dengar namanya dijerit seseorang.

“Kau tak nampak notis ke?” Seorang lelaki berpakaian kemas menghampiri. Senyuman sinis terpamer di wajah. Belakang bahu Had ditepuk selamba.

“Saya takde masa untuk itu, Rafar! Saya nak jumpa Farish. Dia dah masuk pejabat ke belum?” Kata Had dingin. Hubungan dia dengan lelaki bernama Rafar itu tidak pernah mesra. Dia tahu Rafar mahu jatuhkan dia kerana cemburu dengan keakraban dia dan Farish.

“Ah, so kau tak tahu lagilah ni… let me tell you, Had. You are fired! Saya bakal gantikan tempat kau.”

“WHAT?!!!” Had terjerit keras. Rafar ketawa sinis. Senang hati dia lihat riak wajah Had saat itu.

“I suggest you pergi ke bahagian akauntan, ambil duit ganti rugi dan blah!”

“This is not right! Saya nak jumpa Farish!”

Tawa Rafar semakin galak selepas dengar jawapan Had.

“Farish ke luar negara, Had! Keputusan lembaga pengarah adalah muktamad. Dah keluar notis dah pun! Kau tak boleh buat apa-apa selain blah dan jangan jejakkan kaki di sini lagi kalau kau masih punya rasa malu!”

Had mundar mandir di depan Rafar sambil cengkam kepala. Ini semua tak masuk akal! Sampai hati Farish buat dia macam ni. Dia sudah korbankan masa depannya untuk ganti tempat Farish jadi pengantin terjun. Sekarang Farish abaikan dia macam tu je?

“Aku nak kau kemaskan sampah sarap kau dalam bilik tu. Dua jam kemudian, aku akan pindah masuk ke bilik tu!” Perintah Rafar sebelum berlalu pergi bersama tawa panjang.

Had terduduk, seluruh urat saraf seakan berhenti berfungsi. Saat itu, hanya rasa mahu mati bermain di minda. Dengan fikiran kosong, Had melangkah keluar. Terus berjalan tanpa arah tujuan. Dia hanya ikut gerak hati sehinggalah dia tiba di sebuah jambatan panjang. Had memandang ke bawah. Lautan sedikit bergelora namun dada Had terasa begitu lapang ketika dia renung permukaan bergelora itu.

“Sayang…” Had bersuara lemah sebaik sahaja panggilan yang dibuat bersambut.

“Kenapa call pagi-pagi ni? Saya tengah kerjalah! Dahlah busy sangat hari ni, hish! Dah, kalau takde hal penting jangan call!”

“Hanis! Jangan matikan dulu, please…” Had merayu dengan suara sebak.

“Apa lagi, Had? Saya tak nak bos bisinglah…”

“Hanis… I love you so much…”

Had kesat air mata lalu mematikan panggilan. Tanpa fikir panjang, Had panjat naik penghadang jambatan.

“So long… world!”

SPLASH!!!

Saat tubuh tenggelam menuju ke dasar laut, Had buka mata seluasnya walau pun pedih. Dia mahu lihat sekeliling buat kali yang terakhir.

Bidadari!

Betulkah apa yang dia lihat? Had mengerdipkan mata beberapa kali. Pedih gila!

Bidadarikah yang sedang berenang menghampirinya itu atau malaikat maut yang datang mahu cabut nyawa dia? Sepasang mata seindah bulan purnama kembang penuh memanah matanya, menusuk hingga ke dasar jiwa. Rambut panjang yang terikat tinggi atas kepala terliuk-liuk dibawah tekanan air. Bentuk tubuh tertayang sempurna menampakkan setiap lengkuk dan bonjolan daging yang begitu menggiurkan. Had teguk berdas-das air ludah.

Disajikan dengan permandangan seindah itu sebelum nyawa dicabut dari jasad… apa lagi lebih sempurna berbanding itu? Had tersenyum. Namun senyuman mati serta merta bila tangannya direntap kasar. Eh! Apa ini? Had meronta kerana terperanjat. BUK! Belakang tengkuk dihentak keras.

Oh sh*t…

Permandangan serta merta bertukar gelap gelita.

“Aaah… aaa…”

Laju Had buka mata bila dengar suara persis hantu Ju-On yang terasa begitu dekat dengannya.

“Aaa… aaa…” Hampir tergolek jatuh Had ke bawah katil bila lensa mata menayangkan sekujur tubuh memakai kerundung menutup wajah di sebelah katil di mana tubuhnya terbaring.

Dia bermimpi ke apa ni? Mana bidadari air itu? Mengapa si cacat tu ada di situ?

“Aaa… aaa…” Segelas air susu yang masih berwap tipis Ayori hulur kepada Had.

Bersama dengusan kasar, Had tepis gelas tersebut lalu tumpah di riba Ayori.

“Kenapa kau ada di sini sial?! Keluar! Saya benci kau. Kerana kau, saya hilang semuanya! Dahlah hodoh, cacat pula tu! Tak payah nak tunjuk baiklah, saya tak heran!”

Ayori tunduk sambil mengibas-ngibas gaun putihnya yang sudah basah. Had pandang dengan rasa meluat. Pakai serba putih, kain kerundung juga dari rona sama… sebijik macam hantu kuntilanak! Dapat dia duga wajah hodoh yang terselindung di sebalik kain kerundung itu.

“Kenapa? Kau tu lumpuh, mana ada rasa sakit even saya simbah seteko air menggelegak atas kaki kau tu sekali pun! Tak payah nak minta kasihanlah! Saya tahu taktik perempuan licik macam kau. Dah tak laku, kau guna kuasa bapa kau tu untuk perangkap saya kan? Sekarang kau mahu pancing simpati saya kan? Kau ingat saya akan jatuh hati dengan kau ke hah? Cermin sikit muka tu!” Sembur Had tanpa belas. Hatinya sudah dikuasai rasa benci menebal buat Ayori. Dia salahkan Ayori atas semua bala yang menimpa dirinya.

“Aaa… aaa…” Ayori cuba beritahu sesuatu sambil buat beberapa isyarat guna tangan. Semakin menyampah Had pandang. Ayori tarik buku nota, menulis sesuatu lalu dia tayang depan Had.

“Maafkan saya. Jujur saya juga tidak tahu tentang perkahwinan tu.” Tulis Ayori. Had juih bibir. Meluat dia baca alasan tak masuk akal itu.

“Kau ingat saya bodoh ke? Kau ugut saya, syaitan! Saya hampir mati ditembak!” Tengking Had. Dia rentap kasar kerundung yang menutup wajah Ayori hingga kepala Ayori hampir menghentak bucu katil. Sikit lagi jatuh bergolek biji mata Had. Mahu saja dia muntah keluar semua isi perut apabila seraut wajah Ayori terpampang dengan jelas.

“Sial!!!” Dengan rasa marah membuak-buak, Had tendang kerusi roda Ayori. Kerusi roda meluncur laju membawa Ayori bersama hingga terlanggar dinding. Ayori pegang pemegang kerusi. Dada naik turun dengan laju. Peluh dingin ketakutan merecik keluar dari liang peluh.

“Sial! Sial! Argh!!!” Had jerit, melepaskan amarah yang membakar dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience