Ketika mata terbuka, Had Hazrel terus pandang sekeliling. Begitu asing tempat itu dia rasakan. Terlalu mewah, tidak pernah dia tidur di dalam bilik semewah itu. Beberapa saat dia termangu, cuba mengingat kembali apa yang berlaku sehingga dia boleh terbaring di atas katil mewah itu.
Tiba-tiba Had bingkas menegakkan separuh badan. Argh! Ini semua pasti mimpi! Had meraup wajah beberapa kali. Tak mungkin terjadi. Dia masih single kan? Dia bukan suami orang kan? Had cuba tenangkan diri. Lensa mata terusan mengamati sekeliling. Tiada penampakan manusia lain selain dari dia di bilik mewah itu. Telefon bimbit dalam kocek seluar yang sedari awal dia tersedar bergetar tak henti akhirnya Had tarik keluar dari kocek.
Fikirannya masih bercelaru, terlalu runsing memikirkan masa depan yang tiba-tiba dia rasakan gelap gelita. Saat menarik telefon bimbit ke kuping telinga, dia benar-benar berharap yang berada di hujung talian itu rakan baiknya, Farish Hylmi.
“Sayang… where are you? I tried berkali-kali call kau tak jawab. Naik risau saya dibuatnya!”
Bergetar dada Had dengar suara lunak manja di hujung talian. Rasa bersalah menguasai diri. Argh! Semua yang berlaku bukan kemahuan dia! Siapa yang sudi mahu kahwin dengan perempuan cacat itu?! Dia akan keluar dari alam perkahwinan ekspresnya itu tak kira apa pun yang terjadi! Itu tekad Had.
“Hanis… kau di mana? Tunggu saya, sayang. Saya nak jumpa kau sekarang. I miss you so much, baby!”
“Sayang, saya pun nak jumpa ni. Urgent sangat tau. Macam ni sayang. Saya kena ikut Nina ke Surabaya, arahan boss. Tapi duit saya tak cukup. Saya kan kena berjimat untuk perkahwinan kita nanti. Awak… boleh bagi saya duit belanja tak?”
Had mengeluh dalam hati. Kalau saja buah hatinya itu tahu apa yang dia dah lalui kerana mahu tunaikan kemahuan gadis kesayangannya itu…
“Hanis… saya tak punya banyak masa ni. Tell me where are you. Kita bincang hal tu nanti.”
“Saya dekat Foux.”
“What?! Kau buat apa dekat kelab malam kayangan tu, Hanis?” Meninggi suara Had kerana terkejut sekaligus rasa geram. Dahlah dia tengah dilanda masalah besar!
“Saya dan rakan sekerja saja keluar lepak, nak release tension jap. Don’t worrylah sayang. Saya lepak dengan kawan perempuan je. Cepatlah datang, boleh belanja kitorang! Bawa duit cash banyak sikit tau. Tak pun guna kad kau tu. Sayang… jangan guna kad yang kena tendang hari tu tau. Malulah saya depan kawan-kawan nanti.”
“Tunggu saya datang!”
Had mematikan panggilan seusai berkata. Sekali lagi dia pandang sekeliling. Ntah ke mana perempuan cacat tu! Dia sungguh bersyukur kalau perempuan tu tak muncul depan mata. Buat semak permandangan je!
Had bingkas keluar dari katil. Dengan masih berpakaian suit lengkap, Had melangkah laju menuju ke pintu. Buat beberapa saat dia mengintai keluar. Risau kalau lelaki-lelaki bertubuh besar itu sedang berjaga di luar bilik. Had meluru keluar bila lihat ruang koridor luar bilik sepi.
“Hahaha!” Sejurus selepas pemergian Had, satu tawa mengejek bergema di ruang bilik mewah itu.
“See, Ayori… told you! Tak mungkin ada lelaki yang sudi mahu jadi suami kau. Dahlah hodoh, cacat lagi!”
Di satu sudut gelap di mana lampu sengaja dimatikan, sebuah kerusi roda ditolak perlahan-lahan oleh seorang gadis yang berdiri di belakang kerusi tersebut menuju ke ruang tengah bilik. Tawa mengejek masih bersisa. Puas hati sungguh bila lihat lelaki itu terkocoh-kocoh melarikan diri selepas sedar dari pengsan.
Sejurus selepas mereka berada di ruang agak terang, gadis yang duduk di kerusi roda memakai kerundung di kepala menutup hampir separuh wajah itu menghulur buku nota kepada gadis di belakangnya. Buku nota itu dirampas kasar.
“Hahaha! Kau jangan nak buat lawak dengan saya, Yori! Kau akan buat lelaki itu jatuh cinta dengan kau? Not even in your dream! Lebih baik kau terima je usul saya. Lepaskan semuanya dan pergi jauh. Saya akan pujuk papa untuk beri kau belanja setiap bulan. Kau tak perlu buat apa-apa pun. Just enjoy your life. Tindakan papa tak masuk akal! Selepas kau kahwin dia nak serahkan syarikat tu pada kau? Seriously? Apa je perempuan cacat macam kau ni mampu buat? Nak harap laki kau? Do you think he will stand by your side? No Yori, no one wants to be with you!”
Alethea Ayori tunduk, menulis sesuatu di buku notanya lalu dia serahkan sekali lagi kepada gadis yang kini berdiri di sebelah, berpeluk tubuh sambil tayang wajah mengejek ketawakan dia.
“Hahaha... adoi! Kau betul-betul buat lawak bodohlah, Ayori! Baik, saya nak tengok sejauh mana kau mampu tawan lelaki itu dengan kebodohan kau.” Gadis itu ketawa besar lalu berlalu pergi.
“Yori… Mak Jum risau… bagaimana kalau semuanya gagal?” Seorang wanita pertengahan abad muncul sambil bersuara lembut. Ayori menggeleng. Menulis sesuatu lalu dia serahkan kepada penjaga yang setia menemaninya, yakni selepas kemalangan setahun lepas.
“Jangan risau Mak Jum, kalau gagal… kita tukar plan.” Tulis Ayori.
BEBERAPA jam sebelum majlis perkahwinan itu dimulakan, dalam sebuah bilik di salah satu banglo terbesar dan termewah di antara rumah elit di kawasan tersebut, seorang gadis sedang duduk di hadapan cermin solek. Hanya Mak Jum dan seorang jurusolek yang dipilih olehnya berada di dalam bilik tersebut.
“Parut di pipi kanan Yori nampak menonjol sangat.” Omel Mak Jum sambil membawa sehelai veil bukan lutsinar lalu dia pasang di atas kepala Alethea Ayori.
“Dah memang parut namanya, macam tula rupa dia.” Sampuk jurusolek Ayori dengan bibir muncung sedepa.
Ayori menulis sesuatu di buku nota lalu dia serahkan kepada Mak Jum.
“Yori nak pakai topeng masa sanding nanti?”
Ayori angguk tenang. Dia akan pakai topeng yang sudah dia tempah khas untuk menutup parut hodoh seperti terbakar dan menggerutu di pipi sebelah kanannya. Topeng yang menutup separuh wajah, diperbuat dari silikon premium mengikut warna kulitnya.
“Yori dah bersedia? Macam-macam boleh berlaku di majlis tu nanti. Lelaki tu bukan pengantin sebenar, cuma pengganti kerana pengantin sebenar dah lari.”
Ayori merenung jurumekap merangkap kawan baiknya, Fazleen. Dia tahu semuanya… Suzanne, adik tirinya dah maklumkan. Siap ketawa mengejek dia.
“Tell me, Yori… kau dah sedia ke gadai masa depan kau untuk lelaki asing yang kau tak kenal langsung hati budinya?” Fazleen merapatkan wajah. Dia tenung Ayori sedalamnya.
“I have to risk everything or I’ll get killed and lost everything.” Fazleen geleng bila baca apa yang ditulis oleh Ayori.
“Bagaimana kalau lelaki itu juga sama? Hanya pergunakan kau?”
“Then, I’ll go on my own. Don’t worry, I am strong enough to take care of myself. Just support me, okay?” Tulis Ayori.
“It’s time! Owh… look at you Alethea Ayori!”
Suzanne menolak daun pintu tanpa salam, langsung meluru masuk lalu pandang Ayori dengan wajah mengejek.
“Macam mana kau mekap sekali pun… you are still the ugliest, sista! I wonder berapa lama lelaki itu akan bertahan bila tengok muka kau nanti. Sejam… ke seminit pun tak sanggup, hahaha!”
Ayori memandang tajam Suzanne, yang hanya muda setahun darinya. Suzanne ialah anak sedia Zahara, sebelum wanita itu sah menjadi isteri papa setahun lalu.
“Papa suruh saya bawa kakak cacatku ni keluar sekarang. Jom, Yori! Si cacat bakal kahwin hari ni, congratulation!”
Mak Jum dan Fazleen berbalas pandangan. Hampir serentak mereka berdua pandang Ayori yang hanya tunduk buat-buat pekak. Macam mana Ayori boleh tahan dengan penghinaan gadis tak cukup diajar itu? Mahu saja Fazleen tampar mulut busuk Suzanne dengan stiletto yang membungkus kakinya. Kalau bukan sebab rancangan Ayori, empat kaki Suzanne keluar bilik dia kerjakan.
“Untung ler jadi anak kandung Tuan Arwais. Dahlah dapat suami percuma, dapat lagi sebijik banglo mewah lengkap serba serbi. Hanya cuci kaki masuk rumah. Kau ni, cacat-cacat pun bertuah eh!” Suzanne kembali menyerang ketika mereka hanya berduaan di dalam lift. Ayori diam. Tidak beri sebarang respon.
“Tapi ingat Yori… tak selamanya tuah tu memihak pada kau.”
“Aaa… aaa… aaah…”
“Kau cakap apa ni, bodoh?! Ah… ah… ah… hanya tu je yang kau tahu bunyi kan? Eih, menyampah aku! Mengapa kau tak mampus je masa kemalangan tu? Hidup pun kalau jadi cacat menyusahkan orang apa guna!” Mulut Suzanne mendadak terkunci sebaik saja pintu lift terbuka. Di depan lift, Tuan Arwais sudah sedia menunggu bersama Puan Zahara.
“Papa! Cantik kan kakak kesayangan Anne hari ni? Berseri-seri. Anne yakin bakal suami dia pasti terlongo lihat kecantikan kak Yori.” Langsung berubah intonasi suara Suzanne ketika bercakap dengan Tuan Arwais.
“Takpe papa, biar Anne tolak kak Yori. Anne sedih tau bila tahu lepas kahwin, kak Yori akan pindah keluar. Lepas ni takde dah teman berbual Anne.” Laju saja Suzanne tolak guna suara lembut apabila Tuan Arwais tawarkan diri mahu pegang kerusi roda Ayori.
“Thank you, Anne. Papa gembira lihat kau sayangkan Yori. Kau baik, pandai mama didik kau.” Suzanne tersenyum. Kembang kempis hati dia dengan pujian Tuan Arwais.
“Kau dengar tak si cacat? Lepas kau kahwin, kau bukan tanggungjawab papa lagi. Prioriti papa hanya pada saya dan mama. Kau boleh pergi mampus bersama laki malang kau tu!” Suzanne bisik di telinga Ayori sambil berusaha tayang wajah terpaling mesra alam.
Awalnya dia sangat sukacita bila dapat tahu yang papa mahu kahwinkan Ayori. Bagi Suzanne, itu mungkin cara Tuan Arwais usir anak cacat itu. Malangnya, bicara Tuan Arwais ketika mereka dalam perjalanan ke dewan acara buat sorakan kemenangan dalam batin hancur berkecai.
“Yori, papa bercadang nak serahkan syarikat papa kepada kau lepas kau kahwin. Papa yakin kau boleh bimbing bakal suami kau nanti.”
Begitu sekali kepercayaan Tuan Arwais pada anak kandungnya! Suzanne menyumpah dalam batin. Ya, harus dia akui. Alethea Ayori cacat fizikal, kaki lumpuh dan tidak boleh bercakap selepas kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa setahun lalu. Tapi kecacatan itu sedikit pun tidak menjejaskan keupayaan otak Ayori. Gadis itu asalnya seorang yang pintar, cuma tidak suka keluar rumah. Sebab itu Ayori kurang dikenali.
Ah, tak boleh jadi macam ni! Dia harus bercakap dengan mama dan merancang sesuatu untuk pastikan Ayori disingkirkan buat selamanya.
Share this novel