Bab 2

Family Series 31301

Thariq sedang berjalan-jalan mencari makan malam itu. Dan saat itulah dia melihat sekumpulan lelaki mengganggu seorang perempuan di bangunan sebelah jalan.

"Padan muka. Tulah, mabuk lagi. Esok lusa bawa perut. Then dah bersalin anak dibuang merata-rata." Kata Thariq.

Thariq melanjutkan perjalanannya menuju kearah kedai 7e yang tak jauh dari tempatnya melihat gadis yang diganggu itu.

Masuk pula sepasang kekasih kedalam 7e dan berbual mesra.

"Kesian perempuan tu kan You." Kata si gadis.

"Ye. Apalah punya kakak sanggup buat adik dia macam tu." Kata si lelaki pula.

"I kalau ada kakak, i taknak jenis yang makan darah daging sendiri ni." Kata si gadis.

"I dengar tadi, kakak dia nak lelaki-lelaki tadi tu hilangkan jejak adik dia. Memang Innalillahi lah adik dia tu." Kata Si lelaki.

"Biarlah. Yang penting, kita takde kena mengena dengan mereka semua.." Kata si gadis pula.

Thariq yang mendengar perbualan itu, terus keluar dan melihat kearah seberang jalan.

"Kosong???" Tanya Thariq.

"Mana mereka?" Tanya Thariq melilaukan matanya mencari keberadaan kumpulan lelaki tadi.

Terlihat seorang lelaki separuh tua melintasinya. Dengan cepat Thariq menemui lelaki tadi dan bertanyakan pada lelaki itu.

"Pak Cik ada nampak tak kumpulan lelaki tadi kat depan tu?" Tanya Thariq.

"Oooo, mereka ramai-ramai angkut budak perempuan tu ke hotel kat situ." Tunjuk lelaki itu.

"Terima kasih Pak Cik." Ucap Thariq lalu berlari melintasi jalan raya dan menuju kearah hotel bajet yang ditunjuk oleh lelaki tua tadi.

Terdengar ditelinganya kekecohan diluar hotel bajet.

"Lepaskan aku lah sial!!!" Jerit Huda.

"Jangan garang sangat sayang, cantik. Abang akan puaskan awak malam ni. Haura dah jual awak dekat kami. Jadi ikut suka kamilah nak buat apa kat awak sayang. Tak begitu?" Tanya lelaki yang berkulit Sawo matang.

Thariq yang melihat kejadian itu menghubungi kawannya yang bertugas sebagai polis bahagian jenayah.

"Hello Bro.. Apa Khabaq? Awat hang call aku malam malam ni?" Tanya Hakim.

"Datang sini, tolong aku." Kata Thariq.

"Hang jangan loqlaq Thariq. Aku dan Hang jauh." Jawab Hakim geram.

"Aku ada kat tempat kau. Kau datang dekat hotel bajet kat belakang clubbing Ninety nine ni." Kata Thariq.

"Awat? Hang buat pa kat sana?" Tanya Hakim.

"Hang jangan kata kat aku, Hang melanggan minah kat sana tu." Kata Hakim.

"Kau datang atau kau akan kerja esok atas urusan seorang perempuan mati dibunuh." Kata Thariq mengugut Hakim.

"Hahh?? Okey okey, aku pi sana. Tapi aku suruh kawan aku dulu pi sana. Mereka tengah buat rondaan kat sana." Kata Hakim.

"Ikut kau jelah." Kata Thariq.

Selesai bertelefon dengan Hakim, Thariq menghampiri kumpulan lelaki itu atas dasar nak menyelamatkan gadis yang sudah tidak bermaya untuk melawan.

"Lepaskan dia." Kata Thariq mendekat.

Semua mata tertuju padanya. Huda juga memandang tepat kearah dirinya.

'Pandangan ni.' Kata hatinya seperti mengenali gadis itu.

'Tak. Bukan Ad. Dia bukan Ad.' Ucap Thariq dalam hati.

"Kau nak apa bro?" Tanya lelaki berkumis itu.

"Aku tunang dia. Korang nak buat apa

kat dia?" Tanya Thariq.

"Tunang kau ni? Aku nak bagitahu kau, tunang kau ni, dah dijual pada kami. Kau nak kata apa? Melainkan kau bayar duit kami semula." Kata lelaki berkumis itu.

"Berapa? Aku sanggup bayar 2 kali ganda." Kata Thariq.

"2 kali ganda? Kau nak tipu kami ke?" Tanya lelaki itu.

"Bagitahu aku jumlahnya, aku akan bayar sekarang." Ucap Thariq lagi.

"Baiklah. Kami dah beli dia dengan harga 30 ribu." Kata lelaki kulit sawo matang.

"Baik, aku transfer dekat kau 60 ribu. Bagi aku nombor akaun kau sekarang dan serahkan dulu dia pada aku." Kata Thariq.

"Okay." Balas lelaki berkumis.

Mereka menyerahkan Huda pada Thariq. Nasib Thariq cepat menyambut tubuh longlai Huda dari jatuh ketanah.

"Transfer kat sini." Kata lelaki itu lagi.

Thariq menekan nekan handphonenya. Lepas 3 minit dia menunjukkan screen telefonnya yang terpapar resit pembayaran kearah akaun lelaki itu.

"Mantap.. Terima kasih kerana berurusan dengan kami." Balas lelaki itu.

"Jom blah dari sini." Kata Lelaki tadi.

Mereka semua pun pergi dari sana meninggalkan Thariq dan Huda.

"Awak okey tak?" Tanya Thariq pada gadis itu.

"Tolong Encik. Tolong saya kepanasan." Kata Huda.

"Panas? Awak minum apa tadi?" Tanya Thariq.

"Kakak, kakak saya masukkan ubat dalam minuman saya." Kata Huda.

"Ikut saya. Saya akan cuba bantu awak." Kata Thariq membawa Huda kembali ke hotelnya.

Namun lain pula kejadiannya apabila mereka sampai dihotel tempat Thariq menginap.

Kerana tak tahan dengan godaan Syaitan, tambahan gadis itu merengek meminta padanya, akhirnya Thariq melakukan sesuatu diluar jangkaan nya.

Dalam terpaksa, Huda hilang maruahnya. Mengalir airmatanya atas apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Dan dia juga kecewa dengan Haura yang menjebak dirinya hingga dia melakukan dosa berzina.

"Aku janji akan bertanggungjawab keatas diri kau." Kata Thariq lepas mereka melalui malam yang panjang bersama.

Panggilan daripada Hakim dibiarkan tanpa dijawab sama sekali.

Thariq seperti terbayangkan wajah Adlina pada gadis yang sedang berada di bawahnya sekarang.

"Ad..." Panggilnya sepatah. Huda jelas mendengar panggilan itu, namun dia yang tidak bermaya hanya mampu mendengar tanpa menjawab.

Pagi itu, Huda tersedar dan terkejut apabila ada lelaki sedang memeluk pinggangnya erat.

Kejadian semalam akhirnya bermain-main didalam fikirannya membuatkan airmatanya mengalir tanpa henti.

'Ya Allah, apa dosa aku.' Tangisnya dalam hati.

Perlahan-lahan tangan itu dialihkan dari pinggangnya. Huda perlahan bangun dari pembaringannya.

Dia merasakan perit dibawah celah kangkangnya membuatkan dia sukar untuk melangkah.

Namun dia gagahkan diri agar melangkah cepat dan meninggalkan bilik itu sebelum lelaki itu terbangun dari lenanya.

Pakaian yang berselerak diatas lantai, dikutip lalu dipakai semula. Dia mengemaskan rambutnya dan mencapai handbagnya lalu keluar dari sana.

Namun dia terlupa rantai leher nya yang terputus semalam saat mereka sedang bersama diatas katil.

Rantai leher yang diberikan oleh Babahnya saat ulang tahunnya yang ke 20.

Huda yang sampai kekeretanya menangis semahunya. Dia tak sangka Haura sanggup memerangkapnya hingga sanggup menjual dirinya pada sekumpulan lelaki.

"Aku tak ganggu kau Haura. Tapi kenapa kau ganggu kehidupan aku." Kata Huda dalam esak.

Akhirnya dia memandu balik ke rumah keluarganya selepas dia menghubungi majikannya meminta cuti sakit untuk hari ini dan esok.

Menanti lampu isyarat, Huda terkenangkan kejadian dimana dia ingin membawa Haura balik. Namun sebabkan taknak berlama-lama di sana, dia menerima tawaran agar dia meminum air kencing syaitan itu tanpa rasa curiga sekali.

Itulah kesalahannya, selalu dibuli oleh kakak tirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience