Bab 3

Family Series 31301

Sampai saja kerumah, Huda di tunggu oleh Babah dan Ibu tirinya serta Haura di ruang tamu rumah mereka.

Melangkah saja kakinya kedalam rumah, Ibu tirinya langsung bertanya padanya.

"Kau pergi mana hah Haura?" Tanya Puan Hidayah.

"Mesti dia pergi naik hotel Bu. Semalam pun Haura tengok dia berjalan dengan beberapa orang lelaki ke hotel bajet yang tak jauh dengan 7e kat pusat bandar tu." Kata Haura.

"Oooo, dah pandai keluar masuk hotel. Tengoklah anak abang ni? Tak sedar dah bertunang, masih nak cari jantan lain kat luar. Apa nak jadi kau ni Huda." Kata Puan Hidayah.

"Kau jangan fitnah aku Haura. Kau yang perangkap aku semalam." Jawab Huda.

"Perangkap kau? Bila masa hah? Kau ada bukti?" Tanya Haura.

Haji Adnan bangun dari duduknya lalu menghampiri Huda apabila dia melihat sesuatu dileher anaknya itu.

"Apa kat leher kamu tu Huda?" Tanya Haji Adnan sambil menunjuk kearah leher anaknya.

"Leher? Ada apa Babah?" Tanya Huda tidak tahu.

"Ni, Apa ni merah sana merah sini ni? Kau buat apa ni Huda? Apa semua ni? Kau nak conteng arang kat muka aku ke hah? Mana aku nak letak muka aku ni bila tunang kau tahu yang kau ni dah ditebuk?" Tanya Haji Adnan berang.

"Babah kena dengar dulu, semua ni Haura yang jebak Huda. Babah kena percaya kat Huda." Kata Huda merayu sambil memegang lengan Haji Adnan.

"Assalamualaikum." Sapa suara lelaki dari arah luar rumahnya.

"Takpe Bah, biar Haura tengok siapa." Kata Haura tersenyum simpul apabila dia tahu siapa yang datang pagi itu.

Kerana dia yang menghantar pesanan pada Farid memberitahu bahawa Huda curang dibelakangnya dan melakukan persetubuhan dengan lelaki lain tanpa ikatan yang sah.

Huda yang kenal dengan suara tu menoleh melihat Farid diluar rumah.

"Babah, Farid datang." Ucap Haura.

Puan Hidayah sudah tersenyum puas hati. Dan dia juga boleh mengagak apa akan berlaku selepas ini.

"Apa yang berlaku ni?" Tanya Farid apabila melihat Huda sedang berdiri dihadapan Haji Adnan.

Leher Huda dilihat, ada beberapa bekas gigitan yang terlihat disana..

"Huda. Apa yang Huda buat ni?" Tanya Farid dengan suara rendah. Dia tidak menyangka Huda akan berlaku curang dibelakangnya.

"Aku tak buat semua tu Farid. Tapi aku dijebak. Haura jebak aku." Kata Huda.

"Sudah Huda. Cukup. Jangan nak tuding jari oada orang lain." Marah Haji Adnan.

"Babah pun tak nak percaya pada Huda lagi?" Tanya Huda.

"Macam mana aku nak percaya kan kau Huda. Kau conteng arang dimuka aku. Mana aku nak simpan air muka aku ni. Hanya tinggal seminggu majlis kamu berdua." Kata Haji Adnan.

"Tak. Farid takkan berkahwin dengan Huda. Farid taknak barang bekas." Kata Farid.

"Habis, Takkan kita nak batalkan semua ni?" Tanya Haji Adnan.

"Tak.Tapi Farid akan berkahwin dengan Haura. Farid taknak malukan keluarga Babah dan Ibu. Apalagi nak malukan keluarga saya." Kata Farid.

"Tapi, Farid harap sangat, Farid taknak dia ada dalam keluarga ni lagi. Farid taknak keluarga Farid terpalit dengan apa yang telah Huda buat." Kata Farid.

"Farid nak Babah buat apa?" Tanya Haji Adnan.

"Farid taknak dia ada dalam family ni lagi." Kata Farid.

"Apa?" Ucap Huda terkejut.

"Kau tak faham ke atau kau buat-buat tak faham?" Tanya Haura.

"Babah tak mampu nak halau Huda, Farid. Farid mintaklah yang lain, babah akan tunaikan. Tapi untuk halau dia dari sini, babah tak nak." Jawab Haji Adnan.

"Okay, kalau macam tu kita batalkan semuanya." Kata Farid dan melangkah untuk pergi dari sana.

Haji Adnan sudah tak senang berdiri. Begitu juga dengan Puan Hidayah. Dia taknak majlis itu batal kerana itulah agendanya dengan Haura melakukan semua untuk merebut Farid dari Huda.

"Takpe, Aku akan pergi dari sini. Kau tak perlu nak batalkan semua ni." Kata Huda mengalah.

"Huda." Ucap Haji Adnan.

"Babah maafkan Huda. Huda dah buat Babah menanggung malu atas apa yang Huda buat. Demi Allah, Huda tak buat semua ni dengan rela hati melainkan Huda diperangkap." Kata Huda.

"Beri aku masa untuk kemas pakaian aku." Kata Huda melihat Farid yang berada di sisi Haura.

"Tak perlu susah-susah, aku dah kemas pakaian kau. Bu, ambil luggage kat tepi pintu bilik dia." Arah Haura.

Puan Hidayah melangkah laju menuju kebilik Huda dan mengambil luggage yang dikatakan oleh anaknya itu.

Beg itu dicampak keluar pintu rumah. Huda hanya mampu ketawa kelat dan melangkah keluar dari sana.

"Sebelum Huda pergi, Babah maafkan Huda ye. Halalkan makan dan minum Huda selama ni." Kata Huda menyalami tangan Babahnya lama.

"Huda nak tinggal mana?" Tanya Haji Adnan.

"Biarlah Huda pergi. Huda dah banyak malukan Babah." Kata Huda.

Huda melangkah ke keretanya bersama luggage yang dicampakkan oleh ibu tirinya tadi.

Selang beberapa minit, dia pergi dari sana tanpa rasa sakit hati mahupun dendam pada mereka.

Farid pula merasa bersalah kerana menghalau perempuan yang dicintainya selama beberapa tahun itu. Dan kini dia akan bergelar suami kepada kakak Huda.

Di hotel, Thariq membuka perlahan matanya dan melihat kesisi. Terbuntang matanya melihat tempat itu kosong tanpa seseorang.

"Mana dia?" Tanya Thariq lalu bangun dari pembaringan dan melihat sekeliling ruangan itu.

"Mana dia pergi?" Tanyanya lagi.

Towel diambil lalu dililitkan dipinggangnya. Keluhan dilepaskan.

Dia ingin melangkah masuk ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Tapi langkahnya terhenti apabila melihat sesuatu dibawah selimut tempat gadis itu tidur semalam.

Dia perlahan-lahan menyelak selimut itu dan terlihat setompok darah disana.

Terduduk dia di birai katil apabila mendapat tahu ini adalah kali pertama dia dan gadis semalam itu melakukan hubungan intim.

"Ya Allah, apa aku dah buat ni. Aku dah rosakkan hidup dia." Kata Thariq frustasi.

Dia terlihat rantai emas yang ada dibawah bantal dan dia terus menariknya.

Terlihat buah rantai yang tertulis Adlina di sana.

Bergegar seluruh tubuhnya apabila melihat buah rantai itu.

"Aa..Ad? Adlina? Astaghfirullah alazim. Adlina, kau yang aku cari selama ni?" Tanya Thariq.

Thariq terus menghubungi PA nya agar menemuinya dengan kadar yang segera. Dia taknak kehilangan jejak Adlina lagi.

"Kali ni aku takkan pernah tinggalkan kau lagi Ad. Itu janji aku. Dan aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku dah lakukan pada kau semalam." Ungkap Thariq.

"Kali ni aku dah tak kisah lagi. Kalau semua tak merestui hubungan aku dan kau, aku rela bawa kau kahwin dekat sempadan Thailand.

"Kalau aku tahu itu adalah kau Ada, aku takkan biarkan pergi tinggalkan aku. Puas aku mencari kau. Bila aku jumpa kau menghilang semula." Kata Thariq.

Menanti PA nya tiba, dia membersihkan dirinya dikamar mandi. Dia juga taknak PA nya nampak tompokan darah yang ada dibawah selimut itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience