2 - INGATAN YANG HILANG

Romance Series 57212

"Ni gaji part time awak untuk 5 hari" kata tuan kedai itu sambil menghulurkan duit gaji secara tunai di tangan Ziya. Ziya menyambutnya dengan penuh senyuman yang lebar.

Sebab itulah dia suka kerja, kerana dia cintakan duit. Segalanya memerlukan duit walaupun kata orang duit itu tidak mampu memberi kebahagian. Kata siapa? Bagi Ziya duit adalah kebahagian dalam hidupnya.

"Terima kasih boss. Ada part time jangan lupa panggil saya" kata Ziya yang begitu ramah pada orang berduit. Terutamanya boss. Biar senang dapat lebih.

"Saya biasa panggil awak ma. Jangan ingatkan saya pun saya tetap akan panggil awak" balas bossnya yang berbangsa cina namun mahir berbicara dalam bahasa melayu. Ziya tersenyum lebar, sukanya dia dengar. Kerana suara-suara itu adalah pengeluar duit untuknya.

"Baik boss. Saya balik dulu" balas Ziya sebelum dia pergi meninggalkan tempat kerjanya itu. Keluar saja dari kedai itu, Ziya cuba periksa wang di sampul surat berwarna putih itu. Senyumannya melebar, seperti biasa bossnya beri bonus lebih pada dia.

Ziya keluarkan telefon kemudian dia buat panggilan ke adiknya Yadim. Moodnya sedang baik sekarang jadi dia akan transfer sedikit gajinya kepada adiknya walaupun minggu lepas dia sudah memberinya duit belanja.

'Hello kak kenapa call?'

"Kejap lagi aku tf duit"

'Eh duit minggu lepas ada lagilah kak. Duit Dim ada lagi ni. Takyah dulu'

"Ala tu duit belanja sekolah kau. Ni untuk belanja kau jalan-jalan. Takkanlah kau terperuk kat bilik je. Jalan-jalan dengan kawan kau. Kejap lagi aku tf duit"

'Tak susahkan kau ke kak? Dim takut akak takde duit makan nanti' balas Yadim yang serba salah menerima duit dari Ziya. Dia tahu Ziya selalu ikat perut demi memberikan duit belanja. Bila ada kerja part time barulah Ziya rasa senang sikit.

"Ish banyak ni. Lagipun nak hujung bulan dah. Kejap lagi gaji bulan pula masuk"

'Ohh yela Dim ikut akak je. Kalau akak bagi lebih boleh Dim keluar jalan nanti hihi' balasnya sambil ketawa malu di telefon.

"Okay kakak letak fon dulu. Nak masukkan duit" kata Ziya untuk menamatkan panggilan mereka.

Ziya tersenyum senang, dia bersyukur kerana masih mampu memberikan adiknya wang. Walaupun mereka sudah kehilangan ibu bapa mereka namun Ziya tidak mahu Yadim merasa dia sudah hilang tempat bergantung. Dia mahu terus menafkahi Yadim hingga dia selesai belajar.

Lagipula dia bahagia jika Yadim dapat keluar bersenang-senang. Kerana dia tahu Yadim juga sudah berusaha keras untuk berjimat demi tidak menyusahkan Ziya.

Padahal Ziya tidak pernah memintanya berbuat demikian. Selagi dia mampu bekerja dia tidak akan biarkan Yadim ikut ikat perut. Wang itu boleh dicari. Kerana itulah dia tidak mahu Yadim terlalu risaukan soal bagaimana Ziya mencari wang.

"Dah dapat?" Soal Zen pada Riko yang baru saja pulang dari mencari bekas teman wanita Zen dan cinta pertamanya di luar. Riko memasang muka hampa lalu dia mengeleng kepala.

"Bekas teman wanita Tuan iaitu Julia sudah berkahwin 2 tahun yang lalu dan cinta pertama Tuan juga sudah bertunang" jelas Riko kemudian Zen mengeluh keras. Ini sudah hari ke tiga. Dia tidak tahu harus cari siapa lagi.

"Tapi aku dah susun jadual date Tuan Zen dengan beberapa gadis. Ini antara mereka" kata Riko kemudian dia hulurkan 4 gambar gadis yang berbeza.

Riko telah meminta izin dan membayar upah muka pada mereka untuk melakukan pertemuan dengan Zen nanti. Mana tahu di antara mereka ada yang berkenan untuk kawin mengejut.

"Good laju kau buat kerja. Macam tulah" puji Zen hingga Riko tersenyum sampai telinga. Siapa saja yang tidak suka dipuji oleh majikan mereka. Riko paling bahagia jika dipuji oleh Zen kerana Zen jarang nak puji orang kecuali moodnya sedang baik.

"Malik ada cakap apa-apa lagi?"

"Tiada apa-apa lagi buat masa ni, tapi dia dah jumpa Rita semalam. Tak tau apa yang dorang borakkan yang pasti Rita tak tau tentang plan Datuk Malik untuk kawinkan Tuan dengan Rita" balas Riko kerana Datuk Malik sendiri yang meminta Riko mengikuti dia untuk bertemu dengan Rita petang semalam.

Zen mengangguk kepala tanda dia mengerti.

Dompet dibuka. Dia menyentuh permukaan gambar yang lama itu. Gambar keluarga berempat bersama ibu, ayah, dia dan abangnya itu masih menjadi tatapan Zen hingga ke hari ini. Semuanya berlaku dengan pantas. Hingga dia tidak sedar mereka telah meninggalkan Zen sendiri di sini.

Ibu ayahnya telah meninggal dunia sementara jasad abangnya masih tidak dijumpai setelah kejadian menyakitkan itu. Dia tidak tahu sama ada abangnya masih hidup atau tidak. Jika masih hidup, Zen benar-benar bersyukur walaupun abangnya sudah tidak ingat pada dia lagi.

Sekurangnya masih ada ahli keluarganya yang hidup jika abangnya ditemukan dalam keadaan bernafas. Namun khabarnya masih tidak diketahui. Kes itu mula senyap. Datuk Malik pula sudah lelah untuk mencari jawapan hingga akhirnya dia redha dan ikhlas dengan semua yang berlaku.

"Tuan nak jenguk ke kubur petang ni?" Soal Riko yang sangat mengerti akan perasaan Zen yang sudah terlalu rindukan keluarganya itu. Zen memandang Riko kemudian dia melihat ke luar jendela.

Salah ke kalau dia tidak ikhlas? Berdosa ke dia jika dia tidak redha? Rasa rindu dalam diri Zen tidak pernah berkurang walaupun dia sudah meningkat dewasa. Walaupun begitu Zen tidak lagi menangis bila dia rindu pada keluarganya. Dia sudah terbiasa dengan keadaan sendiri.

Sejak berumur 20 tahun Zen telah dijauhkan dari ibu ayahnya oleh atuknya sendiri alasannya adalah kerana ingin membiasakan Zen dan abangnya hidup sendiri dan berdikari seorang diri.

Tapi jika ibu ayah tidak menjemput abang Zen iaitu Khai dari lapangan terbang waktu itu mungkin abangnya masih ada harapan untuk hidup. Namun siapa dia untuk menidakkan takdir. Yang akan terjadi akan tetap terjadi jua. Walaupun bukan hari itu mungkin akan berlaku hari ini.

Riko berlari mendapatkan telefon Zen yang berdering itu. Sepertinya ada panggilan yang baru masuk. Walhal seumur hidup Zen tak pernah ada orang lain yang menelefon dia sejak dia menukar nombor telefon 4 tahun yang lalu kecuali Rico dan beberapa teman percayanya saja.

Mata Riko membesar saat melihat nombor terpapar di skrin telefon itu. Walaupun tidak bernama namun dia sangat kenal nombor telefon itu. Riko bergegas menghulurkan telefon ke tangan Zen.

"Siapa ni?"

"Nombor telefon Datuk Malik tuan.." balas Riko yang penuh gelisah. Wajah Zen berubah kesal. Bagaimana atuknya boleh tahu nombor telefon dia? Mustahil Riko yang beri. Dia tahu Riko tidak akan berbuat demikian.

"Siallah.."

"Kenapa sekarang.."

"Macam mana orang tua tu tau nombor aku" rungut Zen tidak henti-henti kemudian dia terdiam sesaat saat dia menerima panggilan itu. Telefon diletakkan di tepi telinga, Zen menunggu datuknya suara terlebih dahulu.

'Aku dah sediakan perjumpaan kau dengan Rita'

'Jumpa dia mana tau kau boleh terima dia kali ni'

"Sejak bila aku minta kau atur temu janji aku dengan Rita? Kau paling tau aku macam mana Malik. Tak boleh ke sekali je berhenti taksub dengan perempuan tu. Aku dah jumpa calon isteri aku"

'Aku kenallah cucu aku macam mana. Kau tak jumpa lagi aku tau. Aku letak harapan besar pada Rita. Ada sebab dan yang pastinya untuk kebaikan kau sendiri kenapa aku pilih dia sebagai calon menantu' balas Malik hingga Zen tidak mampu berkata-kata.

Mata terpejam rapat, mulutnya tidak henti mengeluh kesal. Entah bagaimana lagi cara dia harus jelaskan betapa bencinya dia pada Rita itu. Tapi gadis itu juga yang menjadi pilihan datuknya. Dia benar-benar tidak mengerti apa yang difikirkan oleh Malik saat ini.

'Ini salah kau alpa dengan peraturan keluarga kita. Aku sebagai tertua layak tentukan bila kau dah tiada pilihan'

'Kecuali kau betul-betul ada calon baru aku tarik balik perkataan aku'

"Okay, Aku pergi. Kalau aku tolak pun kau masih akan heret aku untuk jumpa Rita. Daripada jumpa dia dekat ruang tertutup, baik jumpa di luar" balas Zen sambil mengeleng kepala kerana terpaksa akur dengan kehendak datuknya.

'Nanti Riko hantarkan. Sedia esok malam jam 730' pesan Malik kemudian dia meletak telefon tanpa menunggu balasan daripada Zen sama sekali.

Telefon dihulurkan kepada Riko semula kemudian Zen menurunkan dahinya menyentuh permukaan meja. Mata dipejam rapat. Dia penat, letih nak berfikir lagi. Dia hanya boleh mengalah dan terus mengalah demi puaskan hati atuknya.

Muka Zen terlihat tegang dan dingin sepanjang bertemu dengan Rita. Beribu patah perkataan Rita bercakap dengan dia, Zen hanya membalas dengan singkat saja. Dia cuma nak habis cepat. Dia tidak fikir apa-apa hal lagi.

"Awak macam tak happy je jumpa saya"

"Saya cakap dari tadi awak senyap. Balas pun sepatah-patah" kata Rita dengan nada yang kecewa. Baru kali ini dia menegur perbuatan Zen itu walaupun sudah lama dia terguris hati dengan sikap acuh tak acuh dia itu.

"Dah habis makan kan? Rasanya dah boleh bersurai" balas Zen dengan dingin. Raut wajah Rita berubah kesal, tatkala matanya sudah berkaca-kaca dengan ayat kasar Zen itu.

"Takboleh ke awak berlembut?"

"Daripada dulu susah sangat nak tarik perhatian awak"

"Kenapa saya ni teruk sangat ke?" Kata Rita sambil menahan diri agar tidak menangis di hadapan Zen. Dia hati tisu, tak boleh dibentak atau tinggi suara sikit pasti dia akan menangis.

"Cara kau kejar aku tu aku tak suka. Cara murahan macam ni sikit pun tak tarik minat aku dekat kau" gertak Zen dengan kasar dan riak wajah yang marah. Rita tersentak mendengar perkataan 'murahan' yang keluar daripada mulut Zen tadi.

"Kau fikir senang aku lupakan apa kau buat? Kau fikir dengan cara kau suka aku, aku boleh lupakan segalanya ke?!"

"Kau salah besar Rita! Apa kau buat sekarang ni hanya menambahkan kebencian aku dengan kau. Kau fikir aku ni jenaka untuk kau ke?!Sebab kau ibu ayah aku hampir bercerai. Sebab kaulah sial! Kau fikir dengan cara kau suka aku. Aku akan berubah fikiran ke untuk maafkan kau!"

"Saya tak tau dia ayah awak Zen..kalau saya tau saya takkan dekat dengan dia"

"Eh!"

"Walaupun kau tak tau dia suami orang. Tak layak orang muda macam kau dekat dengan lelaki yang kau tak kenal dengan mudah sepenuhnya! Murah sangat ke kau ni?! Sampai suami orang pun kau nak dekat. Kau fikir aku terima alasan kau tak tahu dia tu ayah aku!"

"Saya betul-betul tak tau Zen. Saya suka awak tiada kaitan dengan ayah awak sama sekali. Tapi saya betul-betul dah cintakan awak.."

Meja dihentak dengan kuat. Zen semakin hilang sabar apabila Rita masih berani membela diri di depan dia tadi. Zen menuding jari ke wajah Rita sebagai satu penghinaan yang telah dia pendam selama ini.

"Alasan murahan kau tu tak boleh pakailah! Dah basi untuk aku dengar faham?!" Jeritnya hingga wajahnya berubah merah padam menahan amarah. Zen menurunkan jari telunjuknya ke bawah.

"Jadi selama ni, saya ni cuma gadis murahan di mata awak. Itu ke cara awak pandang saya Zen?" Soal Rita kemudian Zen mengetap bibir dengan rapat. Masih saja dia nak tanya soalan bodoh seperti itu.

"Kau masih tak malu nak tanya kan? Kau fikir aku tak tau ke? 4 tahun yang lalu. Kau letak ubat peransang nafsu di minuman aku. Kau berfikir untuk guna cara kotor untuk dapatkan balasan cinta aku. Sampai aku tak sengaja terbu-" belum sempat Zen menghabiskan ayatnya tiba-tiba Zen teringat kejadian di hotel 4 tahun yang lalu.

Zen hampir saja tercerita apa yang telah berlaku malam itu di hotel yang dia pergi kepada Rita. Tapi kenapa tiba-tiba saja dia baru terfikir untuk berbicara soal itu sedangkan selama ini dia tidak ingat apa-apa.

Perempuan tu? Kenapa dia tidak terfikir selama ini. Zen berhenti berbicara kemudian dia terlihat gugup saat mengingati kejadian itu semula. Jantungnya berdebar kencang. Dia tidak tahu ada apa dalam dirinya saat itu.

"Sudahlah" kata Zen sebelum dia tinggalkan Rita begitu saja, dia kemudian bangun dari kerusi makan itu lalu berjalan keluar daripada kedai tanpa mempedulikan panggilan Rita lagi.

Fikirannya kosong. Dia seperti orang hilang ingatan. Tapi bila dia ungkit semula apa yang pernah Rita lakukan pada dia 4 tahun lalu barulah Zen teringat dia pernah menyentuh seorang gadis yang dia tidak kenali sebelum ini.

Riko bergegas membuka pintu kereta untuknya. Dia binggung melihat perubahan Zen sebaik saja dia selesai berjumpa dengan Rita tadi.

"4 tahun lalu. Masa aku minta kau hantar dekat hotel selepas Rita masukkan ubat dalam air aku. Kau ingatkan dekat mana hotel tu?" Soal Zen tanpa perasaan. Riak wajahnya tampak binggung sendiri entah kenapa dia jadi begitu.

"Ye ingat"

"Bawa aku ke situ sekarang" kata Zen kemudian Riko memandang dia dengan tempoh yang lama. Zen ingat sesuatu ke? Kenapa tiba-tiba dia mahu ke sana?

Riko memandang Zen yang termenung ke luar tingkap kereta itu. Dia sangka Zen akan melupakan hal itu sepenuhnya rupanya tidak. Dia teringat semula walaupun sudah 4 tahun yang berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience