"Kita putus" Ziya tergamam mendengar kata-kata Iqbal setelah sekian lama mereka LDR. Ini ke balasan untuk Ziya setelah lama setia menunggu kepulangan Iqbal?
Inikah balasan yang Iqbal beri pada dia? Bila mereka berjumpa semula tiba-tiba Iqbal ingin memutuskan hubungan. Padahal Ziya sudah bersangka bahawa Iqbal akan datang untuk melamar dan menghalalkan dia.
"Awak bergurau ke ni?" Ziya tersenyum kelat kerana dia yakin Iqbal hanya bergurau pada dia. Iqbal mengeleng kepala dengan riak wajah yang serius.
"Annoying" kata Iqbal perlahan kemudian dia tersenyum hampa saat menunduk kepala ke bawah. Kata-kata Iqbal buat Ziya terguris hati. Dia salah dengar ke? Iqbal sebut dia annoying? Apa benar dia begitu?
"Saya annoying?"
"Kena info setiap masa. Tak makan kena suruh makan. Jalan dengan kawan perempuan pun disalah anggap macam saya curang. Saya rasa awak terlalu kebudak budakkan. Annoying. Semua benda saya tak boleh buat. Saya tak bebas" air mata Ziya bertakung penuh. Itu ke pandangan Iqbal terhadap dia selama ini?
"Awak curang dengan kawan baik saya sendiri pun saya maafkan awak Iqbal. Saya cakap awak curang bila awak berkawan dengan perempuan sebab saya tau perempuan cepat jatuh cinta. Saya suruh awak info ke mana awak pergi sebab saya risau kalau awak excident macam dulu lagi. Saya suruh awak makan sebab saya tau awak tak boleh berlapar. Apa saya masih annoying?"
"Putus jela. Tak payah banyak cakap lagi" balas Iqbal yang sudah bersikap acuh tak acuh pada dia. Ziya mengangguk kepala tanda dia mengerti. Air mata yang jatuh tanpa sengaja diseka dengan cepat.
"Saya pun tak suka lelaki banyak complain macam awak" balas Ziya yang tidak mahu kalah pada dia. Tatapan Iqbal berubah dingin apabila Ziya berkata seperti itu pada dia.
"Saya atau awak yang banyak complain selama ni" balas Iqbal yang merasa dia tidak sama seperti yang Ziya katakan tadi.
"Perempuan gila macam saya je yang percayakan orang curang boleh berubah"
"Perempuan gila macam saya je yang masih stay walaupun ditinggal berbulan-bulan"
"Perempuan gila macam saya je yang gila bertahan dengan lelaki macam awak. Padahal saya tau awak dah bosan sejak ldr dulu. Saya sengaja tak cakap supaya awak sendiri yang minta putus dulu"
"Saya takkan rasa bersalah atau rasa menyesal sebab bukan saya yang minta putus dulu"
"Suka hati kaulah. Aku tak kisah" balas Iqbal sambil mengosok telinganya dengan riak wajah yang rimas mendengar bebelan Ziya. Iqbal kemudian bangun dari kerusi itu. Duit air yang dia pesan tadi diletakkan di atas meja makan sebelum dia keluar daripada kedai makan itu.
Ziya ditinggalkan begitu saja tanpa menoleh belakang sama sekali. Ziya menghembus nafas panjang, lalu air mata mengalir dengan serentak. Terasa seperti jantungnya ditikam berkali-kali oleh kelakuan Iqbal itu.
Apa salah dia sampai dia ditinggalkan seperti itu? Salah ke jika dia prihatin kerana sayang? Salah ke dia buat semua itu? Kenapa dia malah disia-siakan bukannya dihargai.
Hubungan 2 tahun mereka hancur begitu saja. Penantian dia selama berbulan-bulan juga sia-sia. Mungkin dia yang terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada Iqbal. Yang buat dia kesal adalah dia pernah menemukan Iqbal dengan keluarganya.
•
"Kau buat apa?"
"Kau letak apa Yani!" Mata Ziya makin kuyu saat berbicara. Dia mengengam tangan Yani dengan erat sebelum tubuhnya mendarat di atas katil entah siapa empunyanya.
Wajah Yani tampak ketakutan saat Ziya bertanya kepada dia. Dia malah menaikkan kaki Ziya di atas katil itu sambil mengatakan minta maaf berulang kali.
"Aku minta maaf"
"Aku terpaksa Zii" kata Yani dengan ketakutan. Tangannya sampai sejuk dan mengigil saat membaringkan Ziya di atas katil.
Yani kawan baik dia sendiri melakukan itu semua. Entah apa yang dia letak di minuman Yani sewaktu bertemu di cafe tadi. Ia membuatkan Ziya pening dan lemah sampai ingin menutup mata.
Walaupun Ziya sudah melawan sekuat tenaga untuk tidak menutup mata namun dos yang telah masuk ke badannya lebih kuat. Perlahan-lahan mata Ziya tertutup. Kudratnya sudah tidak kuat, dia semakin tidak sedarkan diri.
Mata tertutup rapat, Yani bergegas keluar daripada bilik itu dengan cemas lalu dia segera meninggalkan kawasan itu dengan keretanya sendiri. Ini kali pertama dia melakukan hal seperti itu demi seseorang.
•
Zen melihat ke nombor pintu bilik hotel itu. Kunci bilik di tangannya adalah nombor 9 sama seperti yang terpapar di pintu bilik itu. Pintu dibuka tanpa berfikir panjang kemudian dia menekan butang kunci dari dalam.
Tie di leher dilonggarkan sedikit. Seluruh tubuhnya mula kedinginan. Entah apa yang diletak oleh Rita di minumannya saat di kelab tadi sampai membuatkan dia mula berahi dan mula menginginkan gadis.
Jika dia tidak lari tadi mungkin dia sudah terlanjur dengan Rita, gadis yang selalu mengejar dia namun dia sama sekali tidak cintakan gadis itu. Dia sanggup memandu hingga sampai ke sini semata-mata untuk menjauh dari Rita.
Gadis itu benar-benar keji, sanggup dia melakukan apa saja demi mendapatkan dia. Namun Zen pula tidak semudah itu akan terjatuh di tangan dia.
Zen melangkah ke tengah bilik dalam keadaan yang semakin tidak dapat menahan diri. Dia melepaskan tie leher dari kolar baju kemudian dia lepaskan butang bajunya sampai baris ke tiga.
Zen memandang ke depan saat dia menyedari ada sesuatu yang pelik di katil itu. Jantung Zen berdebar kencang saat melihat sosok tubuh gadis sedang berbaring di atas katil itu.
Zen jalan terhuyung-hayang demi melihat wajah gadis itu. Tanpa disedari dia mula mendekati gadis itu dengan niat yang berbeza. Keinginannya terhadap gadis itu semakin tinggi setelah ternampak tubuh gadis itu yang menonjol.
Tanpa berfikir panjang. Zen langsung melepaskan pakaiannya ke bawah. Perlahan-lahan dia menyentuh dan meraba paha gadis itu dengan lembut.
Bulu roma Zen naik saat menyentuh kulit lembut gadis itu, nafsunya kian bergelora. Bisikan kecil di telinganya membuat dirinya semakin inginkan gadis itu. Zen naik ke katil kemudian dia merangkak ke arah gadis itu.
Pakaian ditubuh gadis itu dilepaskan olehnya. Cermin mata yang dipakai oleh Zen diletak ke tepi. Matanya kabur saat melihat wajah gadis itu secara dekat.
Di fikirannya hanya ingin merasa tubuh gadis itu saja. Dia sama sekali tidak terfikir apa yang dia lakukan sekarang adalah perangkap terbesar dalam hidupnya.
Bibir Zen mendarat di leher putih gadis itu. Seketika dia terdengar suara perlahan gadis itu mendesah namun gadis itu sama sekali tidak sedarkan diri hanya suaranya perlahan berbunyi di telinga Zen. Dia seperti tidak menolak mahupun memberontak saat di sentuh oleh Zen.
Hal itu buat Zen berfikir bahawa gadis itu juga menginginkan dia. Kedua tangan gadis itu dibawa kemudian ditahan ke atas oleh tangan kanan Zen. Manakala satu tangan Zen mula meliar ke bahagian tubuh gadis itu yang lain.
Malam itu adalah malam terpanjang bagi Zen. Namun malam terburuk bagi gadis itu. Zen menikmati malamnya dalam keadaan tidak waras dan sudah terkesan dengan ubat yang diletakkan oleh Rita di minumannya sebelum tiba di sini.
Tahap keinginannya kepada perempuan membuatkan dia tidak tahu siapa gadis yang dia sentuh saat itu. Semuanya berlaku tanpa kedua pihak itu sedar diri.
•
Ziya pulang ke rumah dalam keadaan yang hancur. Tiba saja di rumah, dia langsung tidak bersuara mahupun bertegur sapa dengan adiknya yang baru saja hendak berbicara dengan dia.
Yadim terkedu melihat wajah Ziya pucat dan badannya terlihat lemah saat berjalan masuk ke dalam biliknya sendiri. Ada apa dengan kakaknya itu? Kenapa dia membisu dan terlihat pucat? Apa dia sakit?
Yadim hanya mengeleng kepala. Dia takut nak tanya kerana Ziya pasti akan semakin tiada mood. Lebih baik dia biarkan Ziya sampai Ziya membaik sendiri. Dia lebih kenal Ziya itu seperti mana jadi dia tidak perlu risau. Mungkin Ziya stress dengan assignmentnya.
Ziya mengunci dirinya di bilik. Dia terduduk lemah di atas lantai. Air mata mengalir dengan deras. Ziya menampar dirinya berulang kali dengan kuat. Ziya menangis teresak-esak tanpa mengeluarkan sebarang suara sama sekali.
Dia benar-benar kehilangan semua benda penting dalam hidupnya. Dia sangka setelah dia lepaskan Iqbal dengan hati yang ikhlas. Dia akan dapat hidup yang lebih baik. Namun hari ini hidupnya semakin hancur. Bukan hanya semakin, namun telah hancur sepenuhnya.
Setelah sedarkan diri pagi tadi, dia menyedari dirinya tidak berpakaian dan hanya diselimuti dengan selimut tebal hotel itu saja. Ziya mula ingat samar-samar soal kejadian malam tadi. Dia dapat rasa tubuhnya terasa sakit bila bangun pagi tadi.
Bahkan lelaki yang telah merampas harga dirinya itu sudah lari tanpa meminta maaf sama sekali. Dia hanya meninggalkan duit sejumlah RM3000 di atas meja sebagai harga tubuh Ziya yang telah dia guna malam tadi. Semurah itu ke Ziya sampai lelaki itu boleh membayarnya dengan sejumlah RM3000?
Hal itu buat Ziya marah dan kecewa dengan dirinya sendiri. Dia gagal menjaga dirinya sendiri walhal dia sudah berjanji pada ibu dan ayahnya di kampung itu yang dia akan menjaga dirinya bila sudah tinggal di bandar ini.
"Tak.."
"Aku tak kotor.."
"Ak-aku tak.." Ziya mengeleng kepala dengan keras.
"Aku tak!"
"Arhh..sk..skk.." Tangisan Ziya mula memecahi ruangan bilik itu. Dia tersentak dan cukup terkesan dengan apa yang terjadi malam itu. Dia merasa dirinya sendiri sangat jijik saat ini.
"Tak..sk..sk..aku tak buat semua tu.."
"Aku tak dosa Tuhan..aku betul-betul tak tau apa-apa.."
"Kenapa?"
"Kenapa aku..?!"
"Aku benci diri aku! Aku benci semuanya! Kenapa kena aku!" Ziya menumbuk dadanya berulang kali. Dia meraung keesakan yang menghancurkan dirinya. Air mata kebencian tidak henti mengalir. Dia semakin rasa dirinya tidak berguna dan kotor.
"Kak kau ok ke?!" Yadim mengetuk pintu bilik kakaknya berulang kali namun Ziya tidak respon sepatah pun.
"Kak buka pintu ni kak!"
Yadim mula menyedari ada sesuatu yang salah telah terjadi apabila dia terdengar Ziya tiba-tiba menjerit dan meraung. Suara tangisnya dapat didengar oleh Yadim dari luar bilik tadi. Ziya sama sekali tidak pedulikan Yadim di luar bilik itu.
"Aku benci kau sial! Aku benci kau!!!" Jerit Ziya yang sangat bencikan lelaki tidak berguna itu.
"ARHHH!" Barang-barang di atas meja itu dilempar hingga semuanya terjatuh bersepah dan hancur berderai di atas lantai. Ziya meraung dan menangis teresak-esak tanpa henti.
Hari ini adalah kiamat untuknya. Hari ini adalah kehancuran terbesar yang pernah terjadi dalam hidupnya. Neraka buatnya baru saja terjadi. Dia seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Takdir tidak pernah berpihak untuknya.
Dia baru saja ditinggalkan oleh orang yang dia cinta malah sekarang dia juga kehilangan harga dirinya. Kenapa dunia ini tidak adil untuk dia? Kenapa dia diuji berkali-kali seperti ini.
Ziya memeluk dirinya dengan kedua tangannya sendiri kemudian dia duduk bersandar di sisi katil sambil mengeleng kepala dalam keadaan yang tidak waras.
"Tak..ni mesti mimpi"
"Aku selalu mimpi buruk.."
"Aku tau ni mimpi.." kata Ziya kemudian dia tersenyum nipis dan yakin semuanya hanya mimpi saja. Dia meletakkan harapan yang tinggi agar semua yang terjadi malam itu hanyalah halusinasinya sahaja.
Share this novel