“Assalamualaikum dan selamat pagi, tuan. Saya Profesor Firdaus Haziq, pakar fizik kuantum dan logistik angkut manusia secara on-demand. Sila duduk, jangan lupa pakai tali pinggang — demi keselamatan dan kestabilan molekul tubuh anda.”
Gadis itu terkebil. Dah buka pintu kereta, dah separuh duduk. Tapi bila dengar ‘Professor’, dia macam menyesal hidup.
“Err... ni Grab ke?”
“Astaghfirullah. Awak rasa saya Uber? Zaman bila tu, Cik Adik?”
“...”
“Ayuh, masa menunggu takkan menghormati hukum graviti. Duduklah sebelum awak bergegar.”
Dia terpaksa duduk. Nama dia Sara, 24 tahun. First day kerja dekat syarikat baru. Pakai blazer hitam, mekap elok, tapi sekarang duduk dalam kereta yang ada pokok plastik tergantung kat cermin dan bunyi lagu instrumental Doraemon perlahan-lahan berkumandang.
Sara buka telefon. Dia taip pada kawan:
"DOAKAN AKU. DRIVER AKU PAKAI LAB COAT KAT DALAM KERETA."
Firdaus menjeling belakang. “Cik Sara, saya harap awak bersedia. Hari ini, kita akan menjelajah melalui teori relativiti masa manusia bekerja.”
“Encik... ni jalan pergi Jalan Ampang kan?”
“Ya, dan kita akan sampai dalam 17 minit… jika kita tidak melanggar lubang hitam atau lampu isyarat.”
Dia bawa kereta macam biasa, tapi mulut tak berhenti bercakap:
“Lampu hijau. Hah, ini tanda keberkatan perjalanan kita. Tapi awas — lampu merah tu... itu godaan dunia. Kalau saya langgar, saya langgar prinsip dan juga undang-undang JPJ.”
Sara rasa dia masuk dunia lain. Dia pandang tingkap, pura-pura tidur. Tapi mata tak boleh lelap sebab pemandu ni… tengah pegang pen penunjuk laser merah dan bagi ‘kuliah’ depan cermin pandang belakang.
“Awak tahu kenapa orang selalu lambat pergi kerja? Sebab mereka tak faham masa itu melengkung. Masa bekerja, satu jam rasa macam lima jam. Tapi masa tengok Netflix? Lima jam rasa macam satu episod. Itulah kuasa dimensi masa sosial.”
Sara: “Encik, saya nak turun.”
Firdaus: “Belum, belum! Tunggu ending teori saya. Awak dah hampir faham struktur ruang waktu. Saya boleh nampak sinar kefahaman dalam mata awak.”
Dan waktu itulah Sara nampak satu papan putih kecil tergantung kat dashboard, tulis:
“Watak Hari Ini: PROFESOR FIZIK KUANTUM”
(Sila beri rating 5 bintang untuk kajian lanjutan esok)
Dia ketap bibir. Nak marah pun tak boleh. Nak gelak pun macam tak patut. Tapi dalam hati... dia rasa peliknya, hari dia rasa ceria sikit walaupun gila.
Lepas beberapa saat senyap, Firdaus berdehem:
“Menurut satu kajian Harvard yang tak wujud, ketawa dalam kereta boleh boost imun dan elak maki bos dalam hati. Tapi jangan tanya jurnal mana, sebab jurnal tu pun tengah cari diri dia.”
Sara terkebil.
Dia tak pasti nak rasa kagum, nak ketawa, atau nak buka pintu kereta dan lari ikut lorong kecemasan. Tapi entah macam mana, bibir dia terangkat juga.
Tersengih lucu...
Sikit je. Tapi cukup untuk buat dia sedar — hidup ni pelik, tapi kadang-kadang… pelik tu lah yang selamatkan pagi yang hampir rosak.
Sampai depan bangunan, Firdaus senyum sambil hulur kad bisnes yang dia print sendiri:
“Jika Cik Sara perlukan khidmat grab kuantum masa depan lagi, hubungi nombor ini. Esok, saya akan jadi ustaz pula — boleh bimbing ke jalan lurus. InshaAllah, dengan Waze.”
Sara ambil kad tu dengan tangan menggigil.
Dan masa dia masuk pejabat, dia tak sedar… dia senyum sorang-sorang.
---
Share this novel