Bab 17

Romance Completed 59724

Pendeta Adika membawa mereka menuju ke tingkat dua bangunan istana, dimana bilik khas penasihat kerajaan terletak.

Setibanya di hadapan bilik tersebut, langkah Aidan terhenti seketika. Dia terpegun melihat pintu besar yang berdiri megah dihadapan mereka.

Pintu itu diperbuat daripada kayu yang nampak begitu kukuh dan diukir dengan halus dan teliti. Setiap inci permukaannya membawa tanda keanggunan seni bina yang mengagumkan.

Dua daun pintu dihiasi dengan bulatan berkembar ditengah, dipenuhi dengan corak bunga yang halus dan terperinci, menambahkan sentuhan mewah kepada reka bentuk keseluruhannya.

Dikiri dan kanan pintu itu, panel kaca berwarna hijau dan keemasan menampilkan motif flora, dan ketika cahaya matahari menyentuhnya, ia memantulkan kilauan lembut yang mencipta suasana mistik serta penuh keanggunan.

Aidan dapat merasakan jantungnya berdegup sedikit lebih kencang. Pintu itu bukan sahaja lambang kebesaran, tetapi seolah-olah menjadi pintu masuk ke sebuah dunia yang penuh dengan rahsia tersembunyi. Dia terasa seakan-akan melangkah ke alam yang asing baginya.

Setiap ukiran pada pintu itu mencerminkan keagungan seni bina klasik yang berdiri teguh, memberi kesan kepada setiap jiwa yang memandangnya.

Bingkai pintu yang tebal dihiasi dengan ukiran geometri pada bahagian atas, seolah-olah mengisytiharkan kebesaran kerajaan Indra Utama kepada sesiapa yang mendekatinya.

Pengawal yang tegap berdiri disisi pintu memberi penghormatan ketika Pendeta Adika melangkah dihadapan mereka.

Tanpa berkata apa-apa, mereka segera membuka pintu besar itu, membenarkan Aidan, Jenny, dan Rendra masuk ke dalam.

"Kalian dipersilakan duduk." pelawa Pendeta Adika sambil menarik kerusi yang ada disisi meja yang besar. Selepas itu, dia melangkah ke sebuah rak berwarna perang yang berada disebelah kanan meja itu. Rak itu dipenuhi dengan buku-buku yang tebal. Matanya ligat mencari-cari buku yang berkaitan tentang Berlian Sebutir seiring dengan tangannya yang membelek buku-buku disitu.

Setelah lama mencari, akhirnya dia menjumpai apa yang dicarinya. Dia mencapai sebuah buku tanpa tajuk yang berwarna hijau tua yang terletak di barisan paling atas rak buku tersebut.

Dia membawa buku itu dan membentangkannya diatas meja tempat Rendra, Jenny dan Aidan duduk. Melur yang duduk di suatu sudut hanya memerhatikan gelagat ayahnya itu.

"Ini adalah kitab tentang sejarah Berlian Sebutir." terang Pendeta Adika. "Sejarah mereka ini tidaklah terlalu gemilang, tetapi mungkin boleh membantu untuk kita menyelesaikan masalah yang bakal berlaku antara Inderapati dan Berlian Sebutir." sambungnya lagi sambil mengurut dagunya.

Aidan mengambil buku itu dan meneliti setiap isi yang berada didalamnya. Mata fokus kepada sesuatu yang menarik perhatiannya. Kisah tentang perseteruan antara Inderapati dan Berlian Sebutir yang telah tamat 100 tahun yang lalu.

"Inderapati pernah berperang dengan Berlian Sebutir?" tanya Aidan meminta kepastian dari Pendeta Adika.

"Ya... mengikut sejarah Inderapati, sememangnya kita pernah berperang dengan Berlian Sebutir. Namun, semua itu dimulakan oleh Berlian Sebutir yang menyerang Inderapati dahulu untuk menguasai sempadan dan sumber kekayaan disini. Aku juga mendengar cerita dari orang-orang lama yang mengatakan Berlian Sebutir ini bukan sahaja hendak menguasai Inderapati dan dunia mimpi ini, tetapi mereka juga ingin menguasai dunia engkau dan Jenny." terang Pendeta Adika dengan panjang lebar.

Aidan berfikir sejenak. Dia cuba mencari kaitan sejarah itu dengan apa yang berlaku padanya dan Jenny baru-baru ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience