2

Romance Completed 25227

Meigan Thea melihat Sebastian beredar dengan langkah cepat, keluar dari pintu lobi kapal terbang.

"Kau tahu? Selagi kau terus elak bila bertembung dengan dia, selagi itulah luka tu takkan sembuh. Kadang-kadang, face it je lah, baru boleh move on." Shane tiba-tiba bersuara sambil menyusun fail di depannya dengan penuh ketelitian.

Meigan menoleh ke arah Shane, wajahnya kosong, tiada reaksi. Dengan tangan yang sedikit menggigil, dia keluarkan telefon dari poketnya. Rasa berat di dada semakin menekan, setiap detik rasa macam memahat kesedihan yang mendalam.

Meigan menatap skrin telefon pintar di tangannya. Pesanan ringkas dari Sebastian Kane tertera di situ:

‘I miss you. Let’s meet tonight at café talk.’

Rupanya, Sebastian masih mengingati atau menyimpan nombornya. Meigan sempat memandang ke arah Sebastian bersama isteri dan anaknya keluar dari situ, dan Sebastian memberi satu pandangan jauh kepada Meigan sebelum masuk ke dalam kereta.

“Dia ajak aku berjumpa,” kata Meigan Thea dengan nada yang datar, seolah-olah mengaku sesuatu yang tak boleh dielakkan.

Shane mengeluh berat, jelas kelihatan rasa cemburu di wajahnya, tetapi dia cuba untuk kekal tenang. Dia menyandarkan punggungnya ke kerusi dan menatap Meigan dengan serius.
"Pergilah kalau dia ajak berjumpa. Mungkin dia ada benda nak settle. Kadang-kadang, lebih baik settle things daripada terus fikir-fikir."

“Tapi dia ada isteri dan anak, Shane!” balas Meigan, suaranya menggigil sedikit.
“Aku tak nak digelar penyondol macam dalam drama TV3 tu.”

Shane menyilangkan tangan di dada, cuba menenangkan dirinya. Sakitnya hati tiada siapa yang tahu.

"Kalau kau tak langgar batasan, orang takkan anggap kau macam tu. Lagipun, semua tu terpulang pada keputusan kau. Yang penting, aku tahu siapa kau sebenarnya." kata Shane dengan nada tegas tapi lembut, sambil mengangkat kening sedikit.
“Kalau nak jadi hero atau villain dalam drama kau sendiri, pastikan kau pegang skrip dengan betul.”

-

Malam itu, Meigan membuat keputusan untuk berjumpa dengan Sebastian. Keluar saja dia dari kereta, dia terlihat seorang wanita mental duduk di tepi kedai sambil terbaring tanpa tujuan. Meigan yang mempunyai hati yang mudah simpati itu, memberi derma dan berbual sekejap dengannya. Tiba-tiba, seorang lelaki menegur Meigan dan menarik Meigan daripada mendekati wanita mental itu.

"Don't get close to beggars! Kita tak tahu kalau mereka ada penyakit berjangkit!” tegur Sebastian, membuka sebotol air mineral kecil yang dibawanya dan mula mencuci tapak tangan Meigan Thea di depan pengemis itu.

Wanita yang terkena tempias air dari botol tersebut, segera berdiri dengan cemas dan mengangkat beg galasnya, bergegas pergi dari situ.

Meigan, yang tersentak dengan tindakan Sebastian, menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Rasa marahnya semakin membara.

“Hey! Kau takde hak nak hina orang macam tu! Kau dah buat dia takut, tau tak??” jerkah Meigan, suaranya penuh kemarahan sambil memandang wanita itu yang sudah hilang dari pandangan.

Sebastian hanya memandang Meigan dengan rasa sinis.
“Kau ni, terlalu baik dengan orang. No wonder people left you,” ujarnya tanpa sengaja, membuatkan Meigan semakin membara.

PANG!!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan Sebastian. Bunyi tamparan itu mengejutkan orang ramai yang berkumpul di depan kafe, seakan-akan menyaksikan adegan drama TV3. Sebastian menoleh dengan mata terbeliak, terkejut dengan tindak balas Meigan.

Meigan berdiri dengan nafas turun naik, wajahnya merah padam dari marah dan malu. Dia menarik nafas dalam-dalam, menahan emosi yang bercampur baur. Orang ramai semakin ramai memerhatikan, memberi tumpuan kepada drama yang sedang berlaku di hadapan kafe.

“KENAPA??? SALAH KE JADI BAIK DENGAN ORANG SEKELILING?!” jerit Meigan Thea, geram sambil air mata bercucuran di pipi. Dia dah hampir tak tahan lagi.

“What are you thinking about?? Takkan sebab pengemis tu, kau nak tampar aku macam ni?? Kau malukan aku!” marah Sebastian balik, mata dia terbeliak. Sepanjang hidup dia, tak pernah dia kena macam itu.

“Macam mana kau tahu dia pengemis?? Kau kan tahu, orang jadi macam tu sebab layanan orang lain! Sama macam kau buat aku dulu! Aku benci kau!” balas Meigan, dengan air mata mengalir laju. Suaranya penuh kemarahan dan kesedihan.

Dia mencangkung, memeluk lututnya sambil menangis. Sebastian, setelah nampak orang ramai berkumpul, menghela nafas panjang dan melutut di depan Meigan. Dia cuba untuk memeluk Meigan dengan lembut, berharap boleh tenangkan suasana.

Meigan terkejut, dan cepat-cepat menolak pelukan Sebastian. Dia berdiri, merasakan malu dan canggung dengan perhatian ramai yang sedang memerhatikan mereka. Dia tarik nafas dalam-dalam, cuba untuk mengawal emosinya depan orang ramai yang semakin ramai melihat kejadian itu.

"Let me go! People are recording us! Your wife will know about this!" jerit Meigan, mengesat air matanya sambil cuba bangun. Sebastian cepat-cepat bangun dan menarik tangannya, cuba menahan Meigan.

"We are getting divorced. Dan dia tahu kita jumpa sini,” jawab Sebastian, sambil memandang ke belakang.

Meigan angkat kepala, dan terkejut bila nampak seorang wanita berpakaian kemas berdiri di sebelah sebuah kereta mewah. Meigan terasa seperti dunia sekelilingnya berhenti seketika.

Di sudut hujung café, Meigan duduk di hadapan Sebastian, sementara isterinya, Charlotte, duduk di sebelah. Mereka berdiam diri sehinggalah pelayan datang membawa segelas bir, segelas jus carrot susu, dan teh O panas—kegemaran Meigan.

Charlotte menolak tepi minumannya dengan wajah dingin dan membuka beg tangan besar. Dia mengeluarkan satu sampul surat saiz A4 dan meletakkannya di tengah meja.

"As you know, we are getting divorced. Suami aku gila kat kau. Ini buat hubungan kami tak bahagia dan hancur. Ambil ni, dan tengoklah." ucap Charlotte dengan nada dingin sambil menghulurkan sampul surat itu kepada Meigan.

Charlotte memandang dengan wajah tegas, menunjukkan ketidakpuasan dan rasa kecewa. Tangannya menggigil sedikit ketika dia meletakkan sampul surat itu di meja, dan matanya tetap tajam memandang Meigan.

"Semoga hubungan kau berjaya. Terima kasih atas segalanya, Sebastian," ucap Charlotte dengan nada datar, sambil meneguk sedikit jusnya. Dia bangun dari kerusi, memandang sekali lagi ke arah Meigan dengan wajah kosong, lalu berjalan keluar dari café menuju keretanya tanpa sepatah kata lagi.

Wanita. Jikalau dia sudah tidak mampu menanggung kesedihan, begitulah reaksinya. Tawar. Fedup.

Selepas urusan itu selesai, Meigan pun keluar dari kafe dan menuju ke arah keretanya. Sebastian mengikuti di belakang, berusaha untuk menenangkan Meigan.

"Jangan risau sangat pasal Charlotte dan aku. Dia dah buat keputusan sendiri, dan aku takkan paksa dia. Penceraian ni bukan salah kau, okay?" kata Sebastian, cuba beri keyakinan sambil melangkah dekat.

Meigan hanya tunduk, tangan memegang kunci kereta dengan kuat.
“Cakap senang la, Seb. Kau yang buat drama ni semua. Bukan aku yang nak terlibat.”

Sebastian menghela nafas, memandang Meigan dengan mata penuh harapan.
“Aku cuma nak beritahu, aku masih ada banyak benda nak buktikan. Tapi aku takkan paksa kau. Kau ada pilihan. Just... jangan cepat sangat buat keputusan, okay?”

Meigan hanya geleng kepala, jelas tidak mahu terlibat. Dia cuba membuka pintu kereta, tetapi Sebastian cepat-cepat menahan dan menutup kembali pintu itu.

Meigan berpusing, menghadap Sebastian dengan wajah yang kelihatan tegas.
“Apa lagi yang kau nak, Seb? Aku dah cakap, aku tak nak campur dalam masalah kau,” balas Meigan, nada suara agak keras.

Sebastian mendekatkan dirinya, mata yang tajam memandang Meigan dengan penuh keikhlasan.
"Aku faham kau rasa macam ni, tapi kali ni aku serious. Aku tahu aku banyak buat silap dulu, tapi aku betul-betul nak betulkan semuanya. Please, bagi peluang sekali lagi, jangan tutup pintu terus."

Meigan menghela nafas panjang, tangan masih menggenggam kunci kereta dengan tangan yang berpeluh.
“Dengar sini, Seb. Aku bukanlah mesin untuk kau uji kesabaran. Aku ada kehidupan sendiri, dan aku tak nak terlibat dalam drama yang kau cipta ni. Kau buat keputusan, dan kau jalani hidup kau. Jangan harapkan aku untuk jadi penyelamat,” ujar Meigan dengan nada tegas, sambil cuba menahan rasa marah dan air mata yang bergenang.

Namun, tidak lama kemudian, dia kalah juga. Air mata mula mengalir di pipi, dan dia mengelapnya dengan kasar.

Melihat keadaan Meigan yang semakin tidak terkawal, menghampiri dan Sebastian cuba menyeka air mata Meigan dengan hujung jari,
“Mey, aku tahu aku buat salah. Aku tahu semua ni berat untuk kau. Tapi tolonglah, bagi aku satu peluang untuk tebus kesalahan.”

Meigan memandang Sebastian dengan mata yang masih merah, dan geleng kepala tak percaya dengan lelaki itu.
"Kau ni memang tak faham bahasa ke?" Meigan cakap, cuba untuk mengelak dari Sebastian yang masih berdiri di hadapannya.

Tiba-tiba, Sebastian cuba memujuk dengan satu ciuman di bibir Meigan. Meigan terkejut, dan dalam keadaan ego yang memberontak, dia cuba menolak. Tapi Sebastian, dengan penuh tekad, memeluk Meigan erat-erat, membuatkan Meigan tak dapat bergerak.

"Sebastian! Lepaslah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience