3

Romance Completed 25227

Hari Ahad itu, setelah bersiap, Meigan Thea turun ke bawah dengan harapan dapat menikmati sarapan yang tenang bersama ibu bapanya. Namun, sebaik saja kakinya melangkah ke ruang makan, matanya terbeliak melihat Sebastian Kane, yang sedang duduk berbual dengan ibu dan ayahnya. Di atas meja, terdapat pelbagai jenis buah tangan—daripada buah-buahan segar hingga kotak hadiah yang cantik dibungkus.

"Sebastian? Apa yang kau buat kat sini pagi-pagi ni?" soalnya dengan suara terkejut dan sedikit kalut, langkahnya tergesa-gesa menuju ke arah meja makan.

Sebastian segera berdiri, cuba menenangkan dirinya dengan senyuman kecil.
"Mey, saya datang ni... sebab saya nak minta restu daripada ibu bapa awak untuk... kita."

"Saya tahu benda ni agak mengejutkan, tapi saya serius tentang kita, Meigan. Saya nak pastikan hubungan kita direstui," Sebastian cakap dengan penuh harapan, matanya tak lepas daripada Meigan.

Meigan terasa macam dunia terhenti sekejap. Bibir dia terketar-ketar, cuba hadam apa yang tengah berlaku.
“Apa ni, Sebastian? Kenapa kau tak bincang dengan aku dulu?” Nada suara dia jelas menunjukkan rasa gugup dan terkejut.

Sebastian cuba nak dekatkan diri, tapi Meigan langkah ke belakang, buat suasana jadi lagi tegang.
“Mey, aku cuma nak kita buat benda ni dengan cara yang betul. Tak nak lagi sembunyi-sembunyi.”

Puan Mina, yang dari tadi diam, letak cawan teh dia perlahan atas meja.
“Sebastian, kamu tahu tak apa yang kamu minta ni? Meigan anak perempuan kami. Kami cuma nak yang terbaik untuk dia,” katanya, nada suara lembut tapi jelas ada maksud yang mendalam.

Encik Gerald, yang selama ini tak bersuara, akhirnya buka mulut. Suara dia dalam, tenang tapi tegas.
“Sebastian, niat kamu kami hargai, tapi ini bukan perkara yang boleh diputuskan macam tu je. Kami perlukan masa untuk fikir dan berbincang.”

Meigan tengok ayahnya dengan rasa terharu, air mata hampir nak menitis. Kemudian dia pandang balik Sebastian dengan wajah penuh kebimbangan.
“Kau kena faham, bukan semua benda boleh diselesaikan dengan tergesa-gesa. Kalau betul kau serius, kau akan bagi aku ruang untuk fikir. Jangan paksa, jangan desak.”

Sebastian mengangguk perlahan, menyedari situasi semakin rumit.
"I understand, Meigan. I don't want to push you. Aku cuma nak kita buat keputusan yang terbaik... untuk kita berdua."

Namun, Meigan tetap berkeras, hatinya tidak tenang. Dia melangkah ke belakang, menjauhkan dirinya dari Sebastian.
"Sebastian, aku tak boleh. Aku tak nak terlibat dalam hal ni. Maruah aku lebih penting. Orang akan cakap aku jadi penghalang dalam hubungan kau dengan Charlotte. Aku tak sanggup hidup dengan tuduhan macam tu."

Sebastian terpana, memandang Meigan dengan rasa kecewa yang jelas.
"Mey, aku tak pernah anggap kau sebagai penghalang. Hubungan aku dengan Charlotte dah lama retak. Ini semua keputusan aku, bukan sebab kau."

Meigan menggeleng kepala, matanya mulai berkaca.
"Sebastian, kau kena faham... orang takkan nampak macam tu. Mereka akan salahkan aku, bukan kau. Aku tak sanggup tanggung risiko tu. Aku tak nak dicemuh sebab sesuatu yang bukan salah aku."

Suasana menjadi semakin tegang, dan Sebastian hanya mampu berdiri di situ, rasa kecewa dan kekeliruan melanda dirinya. Dia tahu Meigan bukan mudah dipujuk, dan dia harus menerima hakikat ini.
"Kalau itu yang kau rasa, Mey... aku hormat keputusan kau. Tapi ketahuilah, aku takkan berhenti cuba buat kau faham betapa aku hargai kau."

Meigan memalingkan wajahnya, tidak sanggup melihat wajah Sebastian yang terluka.
"Aku harap kau faham, Sebastian. I just need time and space."

Sebastian akhirnya mengangguk, walaupun hatinya berat.
"Baiklah, Mey. Aku akan beri kau ruang. Tapi aku takkan berputus asa. Aku akan tunggu... sehinggalah kau sedia."

Setelah Sebastian beredar, Encik Gerald memandang anaknya, Meigan, dengan senyuman penuh harapan. Dalam hatinya, dia dah berkenan sangat dengan Sebastian.

"Dia ni menantu pilihan," fikir Encik Gerald. Bukan sebab apa, tapi sebab Sebastian tu bukan calang-calang lelaki. Harta dia... fuh, kalau kira, sampai esok pun tak habis. Tapi yang paling dia kagum, Sebastian bukan lahir dari keluarga kaya—dia bina empayar sendiri dari muda lagi.

Namun, ada satu perkara tentang Sebastian yang Meigan tak boleh nak terima—dia terlalu pentingkan darjat dan harta. Mungkin sebab tu la dia pilih untuk tinggalkan Meigan 8 tahun lepas tanpa sebarang penjelasan. Tapi, yang buat Meigan bingung, kenapa tiba-tiba Sebastian muncul balik dalam hidupnya sekarang?

-
Keesokan harinya, Meigan meluahkan rasa serabutnya kepada Shane ketika mereka berdua duduk di pantry pejabat, masing-masing dengan secawan kopi.

"Shane, aku tak tahan la. Semalam, Sebastian datang rumah, dan ayah aku nampak macam berkenan gila dengan dia. Kau tau, sebab apa? Sebab dia kaya. Aku rasa macam... kenapa harta tu penting sangat?" Meigan bersandar di kerusi, wajahnya jelas menunjukkan kerunsingan.

Shane mendengar dengan tenang, walaupun hatinya terasa pedih. Dia sedar, dia tak ada apa-apa yang boleh dibandingkan dengan Sebastian dari segi harta. "Aku tahu, Mey. Ayah kau nak yang terbaik untuk kau. Tapi dia tak tahu, bukan harta yang buat orang bahagia."

Meigan memandang Shane dengan rasa bersalah. "Aku rasa tak patut aku bebankan kau dengan masalah ni. Kau tau ayah aku tak pernah sukakan kau sebab kau kerja biasa je."

Shane tersenyum nipis, cuba sembunyikan rasa kecewanya. "Takpe, Mey. Aku dah biasa. Yang penting, kau tahu nilai aku. Ayah kau mungkin tak nampak sekarang, tapi yang penting, kau kena yakin dengan diri kau."

Meigan cuba menceriakan suasana, dia tersenyum dan berkata dengan nada jenaka, "Kau ni macam motivator la pulak. Kalau kau buka seminar motivasi, boleh kaya jugak tau."

Shane ketawa kecil, "Kalau aku jadi kaya sebab bagi nasihat kat kau, dah lama aku buat."

Meigan tergelak kecil, rasa lega sedikit melihat Shane masih tenang. "Kau memang pandai buat aku rasa lebih baik, Shane. Thanks."

Shane angguk, walaupun dalam hati masih ada rasa tak terluah, tapi dia tetap setia di sisi Meigan, apa pun yang berlaku.

Petang tu, lepas habis kerja, Meigan pun balik rumah macam biasa. Sampai je depan rumah, mata dia terus tertumpu kat sebuah kereta merah menyala, parking megah kat situ. Dia terdiam sekejap, jantung dah mula berdebar-debar.
"Alamak... takkan si Sebastian ni datang lagi?!" Meigan bebel dalam hati, sambil mata dia jeling-jeling tajam ke arah kereta tu, rasa nak menyumpah lelaki tu cukup-cukup. Tapi kereta Sebastian berwarna hitam, bukan merah.

“Aduh, kalau betul dia lagi, aku sumpah dia jadi katak,” Meigan berbisik sendirian, sambil tangan dia dah mula peluk beg tangan kuat-kuat.

Kepala dia dah mula ligat fikir alasan nak elak dari berdepan dengan Sebastian, kalau betul dia yang datang. Meigan langkah perlahan-lahan ke arah pintu rumah, sambil mata tak lepas dari kereta merah tu.
"Kalau betul dia, aku berlakon jatuh pengsan je lah," dia sempat buat lawak dalam hati, tapi muka dah cuak semacam.

Sesampainya kat pintu, dia sempat tarik nafas dalam-dalam.
"Okey Meigan, relax... relax... Mungkin ni bukan dia. Mungkin kereta ni nak tanya jalan je. Ya, mungkin..." Dia cakap sendiri, sambil tangan dia dah pegang tombol pintu. Sambil tu, dia sempat jeling kereta merah tu sekali lagi, macam nak pastikan betul ke tak siapa kat dalam.

Belum sempat Meigan nak pegang tombol pintu tu, tiba-tiba pintu rumah tu terbuka dari dalam. Meigan terperanjat sakan, mata dia terbeliak besar macam bola pingpong.
"Apa hal ni?" desis Meigan dalam hati, makin cuak.

Depan dia, berdiri seorang lelaki asing yang dia tak pernah nampak sebelum ni. Tinggi lampai, badan macam model iklan minyak wangi, dengan jambang nipis kat muka yang buat dia nampak lebih macho. Meigan terpegun sekejap, macam tengah tengok hero telenovela Latin yang selalu mak dia layan kat TV. Lelaki tu pun nampak terpinga-pinga, terkejut sama tengok Meigan di depan pintu.

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-09-02 22:14:11 

siapa tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience