Prolog
Si gadis melangkah keluar dari lapangan terbang diekori dua orang bodyguard sasa.Anggun sekali si gadis melangkah bersama kaca mata hitam dan bag sandang kecil.Rambut berterbangan ditiup angin.
Setelah si gadis keluar dari kawasan lapangan terbang.Tangan diangkat memanggil salah seorang bodyguard miliknya.
“Mana kereta?”soal si gadis keras.Panas dirinya dengan matahari diatas kepala.
“Dah sampai”
Habis saja kata-kata dari si bodyguard.Sebuah vellfire berhenti dihadapannya.Seperti kalut,seorang jejaka kalut turun si menunduk me mohon maaf atas kelewataannya.
Melihatkan si jejaka menunduk.Si gadis hanya angguk sekilas sebelum masuk kedalam kereta membiarkan bodyguard-bodyguardnya memasukkan luggage kedalam kereta.Iphone dua belas miliknya dibuka.Sambil mencari nombor seseorang,kakinya disilangkan.
“Assalamualaikum..”
Mendengarkan suara dari sebelah sana yang memberi salam setelah berminit menunggu panggilan dijawab.Matanya dijulingkan geram.
“Waalaikumussalam..Kau sajakan,dah tahu aku balik harini.Harini jugak kau nak busy.Kau tahu tak aku letih selesaikan masalah kau dekat sana?”soal si gadis dingin.Nada suaranya mendatar.Cukup membuatkan si penjawab panggilan meriding bulu roma.
“Ha ha..sorry.Entah kenapa harini banyak pula kerja yang masuk.Jadi aku tak sempat nak handel.Ni pun aku minta tolong Aqran.Kalau tak,lagi tak siap kerja aku..”balas si penjawab panggilan dengan bersalah.
“Ugh tolonglah.Kalini aku tak kira.Aku nak cuti lima hari.Lepastu kau nak bagi tiga empat lima kerja sekalipun aku tak kesah.”
Secara tiba-tiba si penjawab panggilan tersenyum mendengar kata-kata si gadis. “Kau pasti? Jangan menyesal..”ujar si penjawab panggilan secara tiba-tiba.
“Emm,habis cuti nantilah nak menyesal pun.Aku penat.Lima bulan aku dekat sana,lima bulan juga aku terseksa.Cukuplah lima hari nak hilangkan seksa aku ni..”kata si gadis lagi.Matanya sibuk memandang kearah si pemandu yang sudah melangkah masuk kedalam kereta dieekori kedua-dua orang bodyguardnya.Seketika si gadis menilik si pemandu secara diam-diam. Seperti ada yang aneh..
“Kesian ka-“
“Aku letak dulu.”potong si gadis secara tiba-tiba.
Cukup menyentakkan si penjawab panggilan.Belum sempat si penjawab panggilan ingin bertanya lebih lanjut.Panggilan sudah ditutup,cukup meyakinkan si penjawab panggilan bahawa ada sesuatu yang bakal terjadi.Tapi kalau si gadis,tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Dan si gadis pula kembali bersandar malas pada kerusi.Walau rasa dihati terdetik rasa curiga terhadap su pemandu,si gadis hanya diam tidak risau.
Matanya merenung keluar tingkap.Dagu ditongkat.Dalam diam,si gadis menilik jalan dan signboard jalan.Yakin dengan firasatnya,Iphone ditarik keluar dari dalam beg sandang.Satu mesej dihantar kepada bodyguard kedua yang berada disebelahnya iaitu Uzair.
Uzair mengeluarkan telefonnya yang bergetar.Melihatkan mesej yang dihantar daripada si gadis.Tanpa berpaling kesebelah,mesej itu dibuka.Keningnya terangkat,senyuman sinis terjungkit.Lantas mesej si gadis dibalas.
Ting!
Bunyi mesej sampai membuatkan kening si gadis berkerut seribu.Mesej yang dihantar Uzair dibaca sekilas.Uzair disebelah dikerling.Dapat si gadis lihat Uzair yang memberikan isyarat tangan menggunakan code rahsia memaklumkan kepada bodyguard pertamanya, Tahil Sazwan.
Haihh..Keluhan lemah dilepaskan si gadis.Malas-malas si gadis bersandar pada kerusi.Mata dipejamkan merehatkan diri.Disangkakan setelah lima bulan diluar negara,dia dapat rehatkan diri.Tapi nampaknya apa yang dia bayangkan masih jauh kedepan.Entah masalah apa pula yang akan timbul nanti.
Buat masa sekarang,keadaan mungkin masih selamat.Tapi si gadis masih tetap berjaga-jaga kerana dia sendiri masih belum tahu destinasi sebenar mereka.Si gadis cuma mengikuti rentak mereka.
Assalamualaikum..semoga para reader dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah..
Share this novel