Bab1

Action Series 2257

Bab1

Roti diambil,Jem disapukan keatas roti.Selesai menyapu jem,dia menyuap roti tersebut kedalam mulut.Ketika dia sibuk bersarapan,susuk tubuh papanya yang bergerak turun dari tangga dipandang.Senyuman selamat pagi dihadiahkan.

“Kamu masa-masa macam ni pun tak mandi lagi.Dah lah tak mandi,kamu pergi makan pula.Dah gosok gigi ke?”soal Tan Sri Azyan.Kepala tergeleng melihat gelagak anak bongsunya.Entah perangai siapa diikuti anaknya,tak senonoh sungguh.

“Fhelom.”balas dia pelat dengan mulut dipenuhi roti.Usai makan roti,air tea o panas yang disediakan bibik diteguk perlahan.Hampir saja dia tercekik tadi.

“Papa nak pergi kerja ke?”

Sambil mengauk nasi goreng kedalam pinggan.Tan Sri Azyan angguk mengiyakan.Keropok keping yang sentiasa digoreng bibik MekNah untuk diratah dicapai.Satu-persatu nasi disuap kedalam mulut dengan tangan kosong tanpa menggunakan sudu.

“Hmm..Yelah.Adik-beradik kamu sibuk jaga syarikat masing-masing.Adam dengan Alana masih sambung belajar nak sambung Phd.Kamu tu je yang cuma ambil diploma.Dahlah diploma,sibuk pula nak kerja dekat syarikat orang...papa pula bilanya boleh berehat”sinis Tan Sri Azyan membalas.Langsung wajah anak gadisnya tidak dipandang.Masih terasa hati dengan sikap anaknya yang ingin bekerja disyarikat lain.

Kembang mulut dia menahan senyum.Tahu sangat papanya bukan terasa hati kerana dia tidak ingin menyambung belajar tapi kerana pekerjaan.Apa boleh buat,disyarikat papanya terlalu ramai orang yang dia kenali.Lebih baik dia bekerja sendiri,makin bertambah kawan maka makin bertambah pengetahuan dunia.

“Nanti orang kerjalah balik dengan papa.Sekejap aje,cuma nak pengalaman je.Nanti orang dah dapat banyak pengalaman,orang kerja dengan papa..”

Mendengarkan kata-kata dia.Tan Sri Azyan hanya berdehem.Masih lagi terasa hati.Bimbang juga didalam hati nak lepaskan si anak bongsunya.Takut Jika sesuatu terjadi,dirinya bakal kehilangan anak untuk kali yang kedua.

“Okeylah pa,orang nak bersiap.Nak pergi cari kerja.Papa cepatlah makan,dah lambat dah.Nanti tunggang terbalik pula syarikat kalau papa tak datang..”kata dia sebelum tergelak kecil.Pinggan nya diangkat dibawa kedapur.Masih kedengaran tawa dia yang bergema itu.Cukup membuatkan rajuk Tan Sri Azyan menghilang.

“Amara,Amara..”gumam Tan Sri Azyan perlahan.Kepala tergeleng dengan senyuman dibibir.

*****
Amara berdiri tegak didepan pintu bangunan.Kalau tak silap,dah betul dah syarikat depan dia sekarang ni.Nafas ditarik dan dihembus,mencari semangat untuk dirinya.Dengan yakin,Amara bergerak masuk kedalam bangunan tersebut bersama resume ditangan.

Kaunter pertanyaan dihampiri.Senyuman kecil terukir.Meja kaunter diketuk perlahan.Seorang gadis yang sibuk melihat kearah komputer tersentak.Melihat saja Amara yang berdiri didepannya.Segera gadis itu berdiri lalu menunduk hormat.Senyuman terlakar mesra diwajah ayu si gadis.

“Cik? Ada apa-apa saya boleh bantu?”soal si gadis Setelah melihat Amara yang masih berdiri didepannya tanpa menyoal.

Tersentak dengan pertanyaan tersebut.Senyuamn Amara berubah janggal.Kepala digaru lembut.Tiba-tiba pula termenung depan kaunter.Almaklumlah,dia suka sikit kalau tenung orang cantik-cantik ni.

“Ohh takde,saya cuma nak tanya.Dekat sini ada jawatan kosong ke?”

Si gadis dikaunter pertanyaan terdiam.Komputernya dikerling. “Sekejap Cik,saya call pihak atasan.Cik boleh duduk dulu dekat sofa sana sementara menunggu..”balas si gadis lembut.Sofa yang ada berhampiran kaunter ditunjuk.

Amara angguk.Sofa yang ditunjuk oleh si gadis dihampiri.Punggung dilabuhkan bersama helaan nafas.Telefon dikeluarkan,whatsapp dibuka ingin melihat contact terkini.

Si gadis dikaunter yang sibuk membuat panggilan tersentak melihat susuk tubuh tegap yang berhenti didepannya.Kepala ditunduk hormat dengan muka kecut.

BANG!!

“ERWAN!! KAU PANGGIL ERWAN TURUN!”

Amara tersentak mendengar bunyi hentakkan tersebut.Lantas kepala berpaling kearah kaunter melihatkan keriuhan tersebut.

Hampir lima orang staff keluar dari lift dengan kalut menghampiri susuk tubuh itu.Keadaan menjadi riuh seketika kerana amukan si jejaka.Time-time macam ni pun ada drama mafia ek.

Setelah beberapa minit berlalu,barulah keadaan kembali reda.Si jejaka yang tadinya berang sudah kembali reda malah sudah menghilang disebalik lift.

“Cik!”panggil si gadis kaunter.

Amara segera bangun.Resume dan begnya dicapai.Kalut dia melangkah menghampiri si gadis.Senyuman tetap terukir diwajah.

“Macam mana? Ada kerja kosong tak?”untuk kali yang kedua.Amara menyoal lagi.

“Maaf Cik,dekat sini memang takde kerja kosong Tapi kalau Cik betul betul perlukan kerja.Pihak atasan ada maklumkan dekat resort yang baru-baru dibuka syarikat kami sekarang memerlukan pekerja.Cik boleh pergi kesana..”ujar si gadis lancar.Alamat resort yang sudah sedia ditulis diberikan kepada Amara.

Melihat kertas kecil yang tertulis alamat tersebut.Amara termenung seketika.Dalam hati,dia masih berkira-kira samaada bekerja saja diresort tersebut atau cari pekerjaan lain saja.Bibir bawah digigit tanpa sedar.Alamat resort diatas meja dicapai.Sempat Amara berterima kasih sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience