BAB 3

Others Completed 3726

Terfikir daku seketika,mengapa warga tua yang kelihatan sudah uzur benar ini sepatutnya melakukan kerja menggali kubur yang semangnya tidak bertepatan dengan usia emasnya itu?Apa tiada lagikah anak muda lain yang sukarela menjadi penggali kubur di kampung ini?Apa,pak cik itu tidak mempunyai keluargakah? Sehingga bekerja keras sebegini?Segala persoalan di benak fikiranku dipaparkan dalam kotak ingatanku.Mahu sahaja aku bertanya pakcik itu,dimana anak-anak pakcik?Mengapa pakcik harus bekerja seperti sekeras ini?Namun,soalan-soalan itu,ku biarkan sahaja dibawa lalu oleh angin petang.

Tiada terkatup lagi memori tentang persoalan yang menjadi tanda Tanya yang berlegar bermain rancak di dalam kepalaku.Seketika kemudian,kereta Proton Persona yang dipandu aku sekarang ini, tiba di sebuah halaman rumah,sebuah rumah kampung,yang mana seakan bercirikan unsur-unsur kesenian melayu ini.Enjin kereta,dimatikan.Aku memulakan langkah keluar,Ku lihat,mama sudah terpacak di didepan pintu,senyuman gembira meleret di wajah tuanya.Air mata kerinduan tumpah ke pipinya.Lantas aku memeluk mama dengan penuh perasaan rindu-mama yang telah banyak berjasa selama ini.

“Lan,apa khabar?Mama rindukan Lan!”Mama mengurut-urut perlahan belakangku.

Mama kelihatan rindu benar denganku.-Anak angkat yang diasuhnya semenjak kecil

Lagi.

“Lan sihat mama,alhamdulillah.Mama?”Aku mengawal emosi,tidak mahu walau

setitik air mataku mencemar petang yang penuh dengan kerinduan ini.

“Mama sihat,Lan masuklah.”Mama mengangkat sedikit barang-barangku lalu membawa masuk ke dalam.Aku menuruti mama.Sempat lagi aku menoleh ke belakang.Ku lihat, Pak cik tua yang ku terlihat di kawasan perkuburan tadi sedang berjalan pulang agaknya.

Laju juga kaki warga emas ini melangkah,walau kelihatan tidak kuat mana.Tetapi, dari riak wajahnya,kelihatan sungguh bersih sekali,dan wajahnya seakan-akan disinari cahaya nur.Aku tersenyum lagi sebelum masuk ke dalam rumah.Kalau berkesempatan,hendak aku berjumpa dengan pakcik itu.Sengaja mahu berkenal-kenalan dengan warga emas yang kelihatannya rajin melakukan kerja-kerja amal ini.Ku lihat pakcik itu pula seakan menyedari mataku yang sedari tadi terhadap dirinya lalu menguntumkan senyuman yang menmpakkan giginya yang masih tersusun rapi itu.Aku membalas senyumannya lalu terus masuk ke rumah.Tidak mahu disedari lagi oleh pakcik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience