Akhirnya,keretaku memasuki perkampungan nelayan di mana tempat tinggalnya mama
kesayanganku sekarang.Angin laut menderu-deru memasuki ruang tingkap keretaku
yang sedari tadi tidak bertutup itu.Aku mengeluarkan sehelai kertas kecil,di dalamnya,
tercatat alamat tempat tinggal mama.Sesekali,angin laut menampar pipi.Keretaku
bergerak perlahan.Memang sengaja aku memperlahankan kelajuannya.Maklumlah,
kawasan kampung,lagipun,bukan selalu berkunjung ke sini,tidak mengapalah kalau
sengaja dilambat-lambatkan.Kelihatan,bot-bot nelayan tersadai di pinggir pantai.
Cahaya matahari semakin mengufuk ke barat bertentangan timur dan sedikit
Kemerah-merahan.Suara kanak-kanak berlarian di pantai,sungguh tenang!Di Kuala
Lumpur,semangnya jauh beza dengan arus pembangunan bercampur teknologinya
yang agak pesat.Berbanding dengan kampung nelayan ini.Langit dengan bumi!
Aku membelok ke kanan,mengikut alamat yang tertulis,di simpang itu,terletaknya
sebuah kawasan perkuburan.Mungkin untuk penduduk perkampungan nelayan ini.
Aku melalui jalan itu,ketika melintasi kawasan perkuburan yang bersih seolah-olah dijaga dengan rapi!Kelihatan,seorang warga emas,tangan dan mukanya sudah berkedut seribu,sedikit terketar-ketar.Peluh membasahinya.
Dibahunya,tersidai kemas sebilah cangkul yang mana tidak patut seorang tua dan kelihatan uzur sepertinya memikul benda itu.Sesekali kelihatan batuk-batuk kecil warga emas itu.
Dia mengurut dadanya yang sesak.Kakinya yang kelihatan lemah itu dipaksa berjalan.Aku mula menimbulkan perasaan kasihan.Pak cik tua itu,melepaskan lelah lalu duduk di bawah sebuah pohon binjai yang terletak di luar kawasan kubur itu.Aku memperlahankan kelajuan kereta yang sedari tadi memang sudah agak perlahan itu.
Share this novel