Rate

bab 1

Fanfiction Series 549

"Sofia! Jangan la tutup aircond tu. Panas la." Adellia membaling bantal tepat ke arah wajah Sofia.

Walaupun hari sudah gelap, namun suhu pada waktu malam masih lagi tinggi. Tiada siapa yang boleh tidur dengan nyenyak tanpa bantuan daripada mesin elektronik seperti penghawa dingin.

"Jangan bukak dah aircond ni. Lepas ni guna kipas tangan je," arah Sofia.

"Ha? Mana boleh! Panas la nanti!" bantah Adellia.

"Macam la tak biasa," sindir Sofia.

Malas hendak bertekak dengan sahabatnya, akhirnya Adellia mengalah. Tubuhnya terbaring lemah di atas katil, membayangkan bagaimana seksanya tidur dalam kepanasan.

"Kenapa bil elektrik tinggi sangat ni!"

"Dia dah tahu dah," ungut Sofia.

Tangannya mengusap ubun-ubun di kepalanya begaikan hendak mengosongkan minda, sebelum sesi 'ceramah' bermula.

"Sofia! Macam mana bil elektrik boleh tinggi macam ni? Kalau beratus tak apa, Ris boleh tanggung. Tapi ni dah sampai seribu lebih. Melampau sangat ni!"

"Ish, Sofia! Dengar dulu sampai habis apa yang Ris nak cakap!" Marissa menggenggam erat kedua-dua lengan Sofia sebelum sahabatnya lari.

"Sofia tahu kan? Semua bil dalam rumah ni Ris yang tanggung! Bukannya Ris bayar bil elektrik je. Bil air, tv, kereta, rumah, hutang-hutang perabot yang tak habis-habis lagi bayar tu, tu semua Ris yang kena labur duit! Bukannya Sofia, Lia, Zack atau Ice!..."

"Dia dah mula dah," Sofia mengeluh panjang. Sudah menjadi kebiasaannya untuk mendengar bebelan daripada Marissa setiap hari. Sebab itu dia lebih suka menghabiskan masa seharian bersendirian di dalam pejabat.

"...Sofia dengar tak ni?"

"Sofia dengar la. Sofia pun ada jugak benda yang nak kena tanggung. Makan minum dalam rumah ni, Sofia yang bayar. Jadi tak logik la kalau Ris marah dekat Sofia. Sepatutnya Ris marah dekat orang yang tak buat apa-apa kat dalam rumah ni."

"Macam..... Ha, Lia! Kerja dia 24 jam mengesot je kat atas katil tak buat apa-apa. Dah macam ulat bulu dah Sofia tengok. Cuba Ris nasihatkan dia sikit."

"Lia?"

"Ye, Lia.... Adellia. Tu ha kat dalam bilik. Serupa macam ulat beluncas. Asyik mengesot je atas katil. Harapkan muka je lawa, tapi pemalas. Ish ish ish. Ris pergilah nasihatkan Lia tu."

Bebola mata Marissa terus beralih ke arah Adellia yang sedang termenung menatap siling dengan mulut yang sedikit ternganga.

Sebaik sahaja Marissa melepaskan genggaman tangannya yang terikat di lengan Sofia sejak dari tadi, Sofia terus mengeluh lega. Mujurlah Marissa termakan kata-katanya.

"Lia!" jerit Marissa.

Adellia hanya memandang Marissa dengan hujung matanya. Mulutnya terasa berat untuk menyahut panggilan sahabatnya.

"Lia! Cubalah bergerak sikit dalam rumah ni! Basuh pinggan ke, sapu sampah, tolong Sofia masak, sidai baju. Ni tak. Tersadai je kat atas katil, orang suruh sambung belajar tak nak..."

"...Degil. Kalau duduk diam-diam dalam rumah ni tak menyusahkan orang tak apa, ni tak. Membebankan orang. Ni aircond ni, bukak sampai 19. Mana taknya bil naik melambung sampai seribu lebih."

Adellia memutarkan bebola matanya tanda menyampah. Tangannya segera mengambil bantal yang berhampiran dengannya lalu menekup wajah.

"Adellia Mariah!"

Marissa menarik kasar bantal yang menekup wajah Adellia. Kemarahannya meluap-luap apabila terpaksa melayan karenah rakan serumahnya.

"Sudahlah! Buat la apa yang Lia suka! Ris dah malas nak layan."

Marissa melangkah keluar daripada bilik Adellia sambil menghentak-hentak kakinya.

"Ni mesti Lia buat hal lagi kan. Sebab tu la Ris 'meletup'."

Bahu Sofia sedikit terangkat apabila disergah oleh Zack.

"Ye la. Apa lagi kalau bukan sebab Lia buat hal. Bil naik melambung-lambung, mana tak mengamuk Ris tu," balas Sofia.

"Kali ni Lia 'letupkan' Ris, harap-harap lepas ni dia tak letupkan rumah pulak."

"Seronok mengata orang depan-depan. Tak nampak tuannya ada kat sini ke?" Adellia menjeling tajam ke arah Sofia dan Zack.

"Opss... Lupa tutup pintu," balas Sofia dengan sindiran.

: by doraisya 2 ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience