Sofia melangkah perlahan sambil menghirup air coklat panas. Udara pada waktu subuh sedikit sejuk, tetapi hanya untuk sementara, selebihnya suhu panas yang akan mengisi setiap sudut ruang di muka bumi ini.
Dia menghempaskan dirinya di atas sofa sambil bersilang kaki. Matanya setia memandang ke cahaya matahari yang baru sahaja hendak terbit untuk menerangi bumi.
"Cantikkan matahari tu, macam awak," sergah Zack dari arah belakang.
"Haish... Zack!"
"Sukalah tu buat orang terkejut. Simbah air ni nanti baru tau," marah Sofia.
Zack tergelak lalu mengambil tempat di hadapan Sofia.
"Sofia, cuba kau shere masalah kau kat aku. Manalah tau kalau aku boleh tolong."
"Masalah apa?" Sofia kembali menghirup air coklatnya sedikit sebelum meletakkan mug di atas meja kaca di hadapannya.
"Jangan nak tipu la. Aku tau kau ada masalah. Bagitau je la," desak Zack.
"Macam mana kau boleh tau? Aku tak bagitau pun yang aku ada masalah," Sofia mencebik. Matanya masih menatap ke arah matahari yang hampir timbul sepenuhnya.
'Cantik,' hanya itu yang mampu dia ucapkan di dalam hatinya. Sinar cahaya matahari yang berwarna jingga kemerah-merahan membuatkan dirinya terpukau dengan keindahan alam semulajadi.
Zack kekal memandang Sofia yang sedang termenung menatap matahari di luar jendela, berharap agar semua masalah yang berkeliaran di dalam minda mereka bakal hilang.
"Aku bukannya baru kenal kau semalam Sofia. Selalunya kalau kau ada masalah, kau mesti minum coklat panas tak ada marshmellow," terang Zack sambil tersengih-sengih.
Sofia merendahkan pandangannya. Dan kini, rumput di halaman rumah yang menjadi tumpuannya.
"Aku tak boleh la tengok diorang asyik nak bergaduh je tentang benda biasa. Aku tak boleh nak sebelahkan diorang berdua. Sebab dua-dua salah."
"Buat apa Ris nak marah-marah kat Lia kan. Bil naik je pun. Benda formal yang akan jadi sekali sekala. Lagi-lagi bila tinggal ramai-ramai dalam satu rumah. Lainlah kalau hari-hari musim sejuk."
"Lia pulak dia tu buat endah tak endah je. Macam Ris tak wujud kat situ."
"Zack, dengar tak ni?" jerit Sofia.
Mata Zack terkebil-kebil apabila pandangan Sofia beralih padanya.
"Ha?"
"Dengar tak apa aku cakap ni?" ulang Sofia.
"D... Dengar. Aku dengar. Jadi, kau nak aku buat apa?" soalan dibalas dengan soalan.
"Kau bagilah aku apa-apa idea. Aku nak rapatkan balik hubungan diorang. Tapi kalau boleh, aku nak rapatkan hubungan kita semua. Dah lama kita tak kumpul ramai-ramai kan. Kalau ye pun masa makan malam. Tapi jumpa setakat tengok muka je la, mana ada makan sama-sama."
Sofia tersenyum lalu tertunduk ke bawah, melihat ibu jarinya berlaga antara satu sama lain.
"Suruh diorang semua bersiap. Pastikan semua dah bersedia sebelum tengahari," arah Zack.
"Kau nak bawak kitorang ke mana?" soal Sofia. Tangannya mencapai mug yang berdiri di atas meja lalu mula menghirupnya sedikit demi sedikit.
"Cristal Snow," ucap Zack selamba.
Sofia terus tersedak apabila nama bandar itu disebut oleh Zack. Mug yang sedang digenggamnya terus ditarik supaya menjauh dari mulutnya.
"Apa kau cakap tadi? Cristal Snow? Kau biar betul!"
Sofia kembali meletakkan mug di atas sambil terkebil-kebil memandang Zack.
"T... Tapi tempat tu..."
Sebelum sempat Sofia menghabiskan kata-katanya, Zack membuat isyarat tangan tanda menyuruh Sofia diam.
Jadi, Sofia hanya mampu menggerakkan tangannya tanpa bersuara untuk membantah Zack. Akhirnya, dia hanya mampu mengeluh tanda tidak berpuas hati.
"Ye la. Nanti aku bagitau diorang. Emm... Siapa yang nak bayar?" soalnya.
"Nanti semua aku yang tanggung."
"Betul ni?" Sofia meminta kepastian.
"Ye Sofia, betul. Dah-dah. Pergi kejut diorang. Buat apa yang patut. Nanti dah siap, keluar, ikut je kereta aku."
Zack bingkas bangun lalu melangkah pergi daripada ruang tamu, meninggalkan Sofia sendirian di situ.
: by doraisya 2 ^_^
Share this novel