Bab 3

Romantic Comedy Series 109

Azian duduk di tangga surau, memeluk lutut sambil memandang jauh ke padang sekolah. Langit cerah, tapi hati dia berbalam-balam.
Cinta memang pelik.
Dulu dia benci lelaki. Tambah-tambah yang suka letak minyak rambut sampai boleh goreng keropok. Tapi sejak Umar hadir dalam hidupnya, dia mula percaya pada satu perkara ? bahawa ?skema pun boleh jadi charming?.
Setiap minggu, dia tunggu sesuatu lebih bernilai dari soalan spot SPM ? surat Umar.
Cuma, surat itu tak dihantar terus ke tangannya. Dia ada ?agen perisik? yang cukup setia ? Adeeba, si budak mulut laser yang kalau bercakap boleh buat pokok rambutan gugur buah.
?Zian! Surat kau sampai! Dari Encik Poyo Syahdu!? jerit Deeba dari arah kantin.
Azian terkejut, muka terus jadi merah jambu macam pau kacang. Deeba memang tak tahu erti perlahan. Kalau hantar surat pun macam buat pengumuman majlis kahwin satu kampung.
?Deeba, pelan-pelan sikitlah! Orang tengok tahu?!? bisik Azian separuh jerit.
?Eh, apa salahnya. Cinta bukan jenayah. Lagipun? aku bangga dapat jadi posmen cinta paling dipercayai di Besut,? ujar Deeba bangga sambil menyerahkan sampul wangi bercorak kartun panda.
Surat itu sebenarnya dihantar ke rumah Deeba. Alamat rumah Azian terlalu mudah dikesan mak dia yang garang macam singa lapar. Jadi jalan tengah? Hantar ke rumah Deeba, si rakan sekepala yang juga jiran blok sebelah.
Azian menyimpan surat itu dalam begnya, bersama dengan 12 surat lain yang dibungkus rapi dalam plastik buku teks Sejarah. Dia baca tiap-tiap malam sebelum tidur, macam zikir penenang hati. Siap tulis di belakang surat: ?Surat ke-5, waktu Azian kena marah sebab tertidur dalam kelas Sains.?
Tapi hidup Azian tak seindah watak heroin drama TV. Dia sering jadi bahan usikan budak sekolah. Bukan sebab jahat, tapi sebab... saiz badannya yang ?comel lebih sikit?. Dengan ketinggian 149cm dan berat 50kg, Azian memang nampak berisi. Tapi dia tetap manis. Manis macam kuih lapis yang sejuk disimpan dalam peti ais.
?Budak gemuk comel lalu, tepi, tepi!? itu suara budak lelaki kelas sebelah setiap kali dia lalu depan makmal sains.
?Gemuk kepala hotak kau,? getus Deeba selamba sambil lontar buku amali sains ke arah mulut celupar mereka.
Azian hanya senyum. Dia dah lali. Tapi jauh di sudut hati, dia masih gadis biasa. Sensitif. Mudah terasa. Dan paling dia tak sangka, di sebalik semua ejekan dan kecomelan tubuhnya? ada seorang lelaki yang diam-diam cuba mencuri perhatiannya.
Namanya Bob Khairil.
Seorang pelajar tingkatan lima juga. Kurus keding, tinggi macam tiang lampu padang. Kalau ditiup angin, mungkin boleh terbang.
Bob tak romantik langsung. Tapi sangat kreatif? dalam bab menyakat.
Suatu hari, Azian buka beg sekolah, tiba-tiba ? KEDEBABOOM! ? seekor katak hijau melompat keluar.
?YA RABBI! APA BENDA INI?!?
Seluruh kelas menjerit. Azian hampir rebah, manakala Deeba cepat-cepat selamatkan katak itu dengan fail Geografi.
?BOB KHAIRIL!!!? pekik Azian dengan suara paling tinggi dalam hidupnya.
Tapi Bob hanya lalu depan kelas sambil pura-pura menguap. ?Eh, kenapa riuh sangat? Ada buat eksperimen zoologi ke??
Tak cukup dengan katak, minggu seterusnya Azian dapat kad ucapan di meja. Tulisannya kemas. Ada lukisan hati comel-comel. Tapi bila Azian buka kad itu...
POFFF!!!
Satu tempayan bedak bayi meletus keluar ? habuk putih menyelubungi wajah Azian sampai nampak macam watak utama Opera Cina.
Seluruh kelas tergelak guling-guling. Bahkan cikgu pun tak mampu tahan tawa.
?Zian, muka kau macam pakej cuti ke Beijing!? jerit Deeba sambil ketawa sampai berair mata.
Azian tahan geram. Tapi dalam hati dia sendiri keliru. Kenapa Bob buat semua ni? Nak menyakat? atau nak pikat?
Sebab setiap kali lepas menyakat, Bob akan senyum kecil... dan pandang Azian dengan pandangan yang sukar ditafsir. Bukan pandangan ejek ? tapi macam... ada sesuatu.
Azian tahu hatinya milik Umar. Tapi dia tak boleh nafikan, ada rasa berbeza bila Bob berada dekat. Rasa... macam kacau-bilau dalam hati. Dan itu menakutkan.
Dalam diam, dia mula tanya pada diri...
?Umar jauh. Bob dekat. Tapi yang mana satu betul-betul ikhlas??
Dan malam itu, dia buka surat dari Umar.
Tulisan tangan Umar masih seperti dulu ? kemas, penuh rasa, dan setiap ayatnya macam pelukan pada jiwa.
?Azian, walau seribu jarak memisahkan, setiap kali saya pejam mata, wajah awak yang saya nampak. Jaga diri awak, ya. Saya tahu awak kuat. Dan saya... sentiasa ada.?
Azian tersenyum.
Dia tahu. Hatinya dah pilih.
Tapi Bob Khairil?
Dia belum selesai lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience