Series
109
Umar termenung di birai katil sambil memeluk bantal peluk berbentuk durian. Satu tahun. Ya, setahun penuh dia tak berjumpa Azian ? si gadis manis yang berjaya menembusi tembok kebencian Umar terhadap kaum hawa. Kali terakhir mereka bersua ialah sewaktu selesai SPM, ketika semua pelajar sibuk bergambar dan bertukar autograf di baju sekolah, Umar pula sibuk mengira degupan jantungnya saat Azian tersenyum padanya dari jauh.
Dia mahu menghubungi Azian. Tapi nak telefon macam mana, Azian bukan jenis gadis yang suka ?scroll TikTok sampai subuh?. Telefon pun tiada, apatah lagi WhatsApp. Dunia mereka hanya disambungkan oleh surat?dan sedikit ilham daripada Enid Blyton dan Detective Conan.
Perkenalan mereka cukup luar biasa?lebih dramatik daripada babak telenovela TV3. Mereka bertemu sewaktu Kem Kepimpinan Kelab Kewangan Pelajar Peringkat Kebangsaan di Kem Didik Bukit Kolam. Waktu itu, Umar masih anti perempuan. Kalau nampak perempuan lalu, dia akan tunduk macam nampak cikgu disiplin. Tapi entah macam mana, dengan Azian dia jadi lain. Senyum tak semena-mena, hati bergetar macam kipas siling bila tengok Azian tersipu malu.
Azian bukanlah secantik Suraya ? bekas kekasih Umar masa Tingkatan Dua. Suraya tinggi lampai, hidung mancung, jalan pun macam catwalk. Anak orang kaya, ayahnya seorang rakyat Pakistan dan juga seorang usahawan di United Kingdom, ibunya pula berdarah Melayu asli. Suraya jenis kalau batuk pun sopan. Umar pula? Anak petani yang kalau main bola kena pakai kasut sekolah sebab tak ada duit beli ?boot?. Tapi cinta tak kenal kasta. Mereka pernah bahagia?sehinggalah fitnah datang menyerang.
Ada yang kata Umar playboy. Ada yang kata dia ada hubungan sulit dengan Lisa. Malangnya, Suraya percaya bulat-bulat. Langsung tak tanya. Dan ya, Lisa memang selalu bersama Umar... tapi Lisa tu anak saudaranya, ya ampun! Akhirnya, cinta mereka karam... dan lebih malang lagi, ianya karam di waktu rehat, dikantin sekolah, dengan Umar disimbah air sirap bsndung ? membuatkan kemeja putihnya bertukar jadi ?pink limited edition?. Sejak hari itu, Umar isytiharkan: "Cinta adalah penyakit. Perempuan adalah komplikasi. Saya pilih sunyi."
Namun? datang Azian.
Azian lain. Dia tak berjalan macam model, tak bermekap macam nak masuk TikTok Live, dan tak pernah pun mengungkit pasal harta benda. Tapi, dia tahu tanya Umar makan apa hari ni. Tanya dah solat ke belum. Azian selalu hantar surat ? dengan tulisan tangan yang cantik, siap ada kod rahsia. Setiap minggu mereka bertukar surat seperti ejen perisikan Cinta CIA. Mereka janji jadi pesaing dalam SPM, tapi akhirnya hati pula yang kalah dulu.
Suatu hari, Umar nekad. Dia cipta alasan paling bijak untuk ke Kuala Terengganu. Katanya membeli pin borang UPU. Ibunya senyum, percaya sepenuh hati. Maka bertolaklah Umar menaiki bas S.P Bumi ? bas ikonik kampungnya, yang bunyinya kuat macam pesawat tapi kelajuannya macam siput sakit jantung.
Azian datang dari Jertih. Mereka bertemu di Hentian Bas MBKT. Hanya sejam mereka ada. Tak cukup untuk filem, tapi cukup untuk ukir kenangan. Mereka tak pergi taman, tak tengok wayang. Cuma makan bihun goreng dan minum air teh o ais sambil tersenyum malu-malu.
?Umar, bas saya dah nak bertolak. Belum puas saya tatap wajah handsome awak,? kata Azian, sengaja memanjangkan sebutan ?handsome? sampai Umar rasa nak sorok muka dalam plastik bihun.
Umar tersipu. Bisu seribu bahasa. Kalau dia balas, mungkin suaranya pecah.
Azian hulurkan satu kotak. Dalamnya ada jam tangan dan bantal kecil bentuk hati. ?Ni hadiah dari saya. Duit simpanan saya. Jangan hilangkan. Jaga macam awak jaga diri sendiri, tau.?
Umar terasa nak nangis, tapi dia lelaki. Jadi dia tahan ? setakat keluar satu titis dua pun dah cukup dramatik.
Tapi ketika Azian naik bas, Umar tiba-tiba capai tangannya.
?Kenapa?? tanya Azian, terkejut.
?Saya tak ada hadiah mahal. Tapi? saya ada cincin ni.? Umar tanggalkan cincin perak dari jarinya. ?Ayah saya bagi sebelum dia meninggal. Tapi saya nak awak simpan. Sebab saya sayang awak lebih daripada saya sayang cincin ni.?
Azian diam. Matanya berkaca. Tangan terketar menerima pemberian yang sangat bermakna itu. Dia tahu betapa Umar menghargai cincin itu. Dia tahu betapa pentingnya kenangan dengan ayahnya. Dan kini, semuanya Umar serahkan padanya ? hanya kerana cinta.
?Awak dah lambat ni. Nanti pemandu marah pula. Ingat, cinta saya hanya untuk awak. Jangan kecewakan saya, ya?? suara Azian sayup diiringi deruman enjin bas.
Umar berdiri di situ? memegang hati yang separuh tinggal.
Mereka berpisah. Tapi hati mereka, tidak pernah jauh. Yang ada cuma dua insan, satu janji, dan sekeping harapan agar mereka akan bertemu semula ? di dunia yang lebih dari sekadar hentian bas.
Share this novel