Seperti yang telah dijanjikan, Dale dan Amber pun menunggu kehadiran 'pak cik misteri' di hutan yang berada di hujung kampung berkenaan. Hari sudah semakin gelap namun kelibat lelaki yang berumur sekitar lingkungan 50-an itu masih tidak kelihatan. Dale sudah tidak senang duduk menantikan kehadirannya.
"Ish mana pak cik ni? Lambatnya...," rungut Dale sambil melihat jam di tangannya.
"Kalau macam tu kita balik je la. Pak cik tu menipu kita kot," ujarnya.
"Kau boleh sabar tak, Dale? Sekejap lagi muncullah dia tu. Kau ni tahu nak merungut je," marah Amber yang rimas mendengar rungutan Dale sejak tadi.
"Ah! Aku tetap nak balik jugak!" Dale terus menghidupkan enjin keretanya.
"Kamu nak balik mana? Kamu dah janji dengan pak cik nak tengok tempat tu tadi, kan?"
Dale dan Amber terkejut melihat 'pak cik misteri' tersebut sudah berada di tempat duduk belakang mereka.
"Bi..bila pak cik masuk?" tanya Amber dengan wajah yang pucat.
Lelaki tersebut tertawa mendengarnya.
"Takkan kamu berdua tak perasan yang aku dah lama duduk kat sini?" jawabnya dengan soalan.
Dale dan Amber saling berpandangan antara satu sama lain. Bulu roma mereka mula meremang apabila mereka mula mencium bau yang agak aneh di dalam kereta. Dale sudah mula rasa tidak sedap hati. Mahu saja dia untuk terus memecut keretanya dan meninggalkan tempat tersebut.
"Kamu berdua nak tercegat kat sini je ke? Marilah kita keluar dan pergi kat tempat kerajaan puntianak tu," ajak lelaki tersebut.
"Pak cik, sebenarnya kami datang ni sebab nak tunggu pak cik je. Kami dah ubah fikiran. Kami tak nak tengok tempat tu," Dale berterus-terang.
Amber hanya mengangguk lemah tanda mengiyakan.
Riak wajah lelaki itu terus berubah mendengarnya. Dia kelihatan marah dengan Dale.
"Kamu dah memenatkan aku, lepastu suka-suka hati kamu je nak batalkan rancangan kamu?!" marahnya.
"Bu..bukan macam tu, pak cik. Tapi hari kan dah gelap, apa kata kita pergi esok je," Amber cuba memberi alasan untuk menenangkan lelaki tersebut.
"Tempat tu memang hanya akan nampak pada waktu lepas senja je. Mana boleh pergi waktu pagi,"
"Tapi...,"
"Takde tapi tapi, kamu berdua dah memenatkan aku sekarang aku nak kamu berdua kena ikut aku jugak," tegasnya.
Amber memandang wajah Dale. Mereka seperti sudah tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengikut kehendak lelaki itu.
"Hmm kalau macam tu, baiklah. Kami akan ikut pak cik tapi sekejap je. Okey?" Dale memberi keputusan.
Lelaki tersebut akhirnya tersenyum puas.
"Hmm betul tu. Jomlah. Cepat kita pergi, cepatlah kita balik!" ajak Amber terus keluar dari perut kereta.
Dale masih berkira-kira untuk meneruskan rancangan tersebut namun dia sudah terlanjur memberi keputusan kepada 'pak cik misteri' itu. Dia akhirnya melangkah keluar dari perut kereta dengan berat hati.
Dale dan Amber mengekori langkah lelaki tersebut masuk ke dalam hutan. Setelah lima minit perjalanan, akhirnya mereka berhenti di hadapan dua batang pokok.
"Kenapa kita berhenti kat sini pak cik?" tanya Amber. Hairan.
"Di sinilah tempatnya," jawabnya ringkas.
"Hah?" Dale menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal apabila mendengar jawapan tersebut.
"Kamu tengok dua batang pokok ni. Pokok yang sebelah kiri ni ialah Dark Vold Kingdom dan pokok sebelah kanan ni pulak ialah Dark Lord Kingdom," jelas lelaki itu.
"Aku rasa pak cik ni tak betullah," bisik Dale kepada Amber.
"Ha'ah, aku pun rasa macam tu. Kita balik je lah,"
"Jom,"
"Ermm pak cik, kita dah tengok dah tempat ni kan? So mari kita balik," ujar Dale dengan sopan kerana takut lelaki tersebut memarahinya lagi.
Lelaki tersebut tersenyum sinis mendengarnya.
"Sudah terlambat," ujarnya terus meniup segenggam serbuk rahsia ke muka mereka berdua.
...
"Kamu berdua sudah sedar?" tanya seorang lelaki muda setelah melihat Dale dan Amber mula membuka mata.
"Kami kat mana ni? Awak ni siapa?" tanya Amber lemah sambil memicit kepalanya yang masih terasa pening.
"Kamu berdua tak ingat ke? Aku yang bawak kamu berdua kat sini," jawabnya.
"Kau yang bawak kitaorang kat sini? Mustahil. Seingat aku, kami dengan seorang pak cik," Dale bersuara.
"Kat dunia manusia, memanglah aku nampak tua. Tapi kat sini, aku masih muda," dia mula ketawa.
Dale memandang wajah Amber.
"Kita kat mana ni?" tanyanya.
"Kamu berdua ada kat Dark Lord Kingdom, kerajaan beta," jawab seorang wanita yang menggunakan pakaian serba hitam.
Melihat wanita tersebut mendekati mereka, lelaki muda itu terus menunduk hormat kepadanya.
"Good job, Fred," pujinya kepada lelaki muda tersebut.
"Terima kasih, ratu,"
"Awak ni siapa pulak?" tanya Amber kepada wanita itu.
"Beta ialah Queen of Darkness, ratu kepada puak kerajaan Dark Lord Kingdom," dia memperkenalkan dirinya dengan bangga.
"Ra..ratu? Jadi betullah kami ni sekarang ada kat kerajaan puntianak?" Amber cemas.
Queen of Darkness hanya ketawa mengilai mendengar soalan Amber tanda mengiyakan.
"Kau nak buat apa kat kami?!" tanya Dale pula.
"Nak buat apa lagi? Nak minum darah kamu berdua lah," dia terus mengilai.
"Tolonglah jangan bunuh kami. Kami masih muda. Kasihanilah kami, ratu," Amber mula merayu kerana takut mendengar jawapan ratu itu.
"Betul tu, ratu. Ratu carilah orang lain. Tolong jangan bunuh kami," rayu Dale pula.
"Ada aku kisah? Yang penting aku dapat minum darah manusia," ratu tersebut terus mengeluarkan taringnya lalu mendekati mereka berdua.
"Bonda!" panggil seorang wanita muda.
Queen of Darkness menoleh ke arah wanita tersebut.
"Sunny? Mari sini anakku. Kita minum darah mereka bersama-sama," ajaknya.
"Bonda ni kenapa? Bonda menculik manusia lagi ke? Sudah-sudahlah, bonda," ujar wanita muda itu.
"Habis tu, Sunny mahu bonda minum apa? Sunny mahu bonda minum darah haiwan, sama seperti Sunny? Sunny tahu kan apa yang bakal berlaku kepada kita selepas tiga tahun kita minum darah haiwan? Sunny kena ingat yang Sunny tu keturunan puak Dark Lord Kingdom, bukan keturunan puak Dark Vold Kingdom seperti ayahanda Sunny," ratu tersebut kelihatan marah sekali dengan anakandanya.
"Sunny tak kisah dengan apa yang bakal berlaku kepada Sunny kerana Sunny tidak kejam seperti bonda yang sanggup membunuh manusia yang tidak berdosa,"
"Kalau Sunny mahu terus minum darah haiwan, silakan. Bonda tidak peduli. Biar bonda sahaja yang minum darah mereka," dia mengeluarkan taringnya semula.
Amber memeluk Dale kerana ketakutan. Dale pula hanya mampu memejamkan mata, bersedia untuk menerima hakikat bahawa dia akan mati pada saat itu.
"Kalau bonda sayangkan Sunny, bonda lepaskan mereka berdua. Kalah tidak, Sunny tidak teragak-agak untuk pergi ke kerajaan ayahanda. Sunny tidak kisah kalau Sunny akan mati di sana," ugut Sunny.
Mendengar kata-kata anakandanya itu, taring ratu tersebut terus hilang. Dia menggenggam tangannya tanda geram. Mahu atau tidak, dia terpaksa mengalah dengan ugutan anakandanya itu.
"Urgh!"
"Baiklah! Bonda tidak akan minum darah mereka namun sebagai balasan, mereka harus menjadi hamba di istana ini," ujarnya lalu keluar dari ruangan tersebut.
Lelaki muda yang bernama Fred itu tadi terus mengekori langkah ratunya.
"Ratu mahu lepaskan mereka begitu sahaja?" tanyanya.
"Sudah tentunya tidak," jawabnya ringkas.
Sunny mendekati Dale dan Amber yang masih ketakutan dengan senyuman.
"Kamu berdua tidak apa-apa?" tanyanya.
"Kau ni siapa pulak?!" tanya Dale kasar tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Sunny.
"Aku Sunny, Princess of Darkness," Sunny memperkenalkan diri.
"Awak nak minum darah kami jugak ke?" tanya Amber ketakutan.
"Kamu berdua jangan risau. Aku sudah lama tidak minum darah manusia. Aku hanya minum darah haiwan sahaja. Aku akan bantu kamu berdua untuk keluar dari sini tapi untuk sementara waktu ni kamu perlu menjadi hamba di istana kami," jawab Sunny tenang.
"Boleh percaya ke kau ni?" Dale ragu-ragu.
Sunny mengangguk. Dia memandang wajah Dale dengan senyuman untuk meyakinkan lelaki itu.
"Selagi kamu berdua masih menjadi hamba di istana ini, aku akan menjaga kamu berdua supaya tidak menjadi mangsa kepada puntianak-puntianak di sini. Lebih-lebih lagi menjadi mangsa kepada bonda aku,"
Dale terpesona melihat senyuman Sunny. Hatinya mula berdegup kencang kerana kecantikan Sunny. Namun malangnya, Sunny bukanlah manusia seperti dia dan Amber.
Share this novel