Rate

Sunny - Part 3

Vampire Series 509

Tiga bulan sudah berlalu. Dale dan Amber masih lagi menjadi hamba kepada puntianak-puntianak di istana milik Queen of Darkness. Selama tiga bulan itu jugalah Sunny menjaga mereka berdua supaya tidak menjadi mangsa kepada puntianak-puntianak di situ. Dia juga telah merancang strategi untuk membawa mereka keluar dari situ. Akan tetapi, dia memerlukan masa yang sesuai untuk melaksanakan rancangan tersebut.

"Hey, hamba! Bawakan makanan untuk kami,"

"Dale, sampai bila kita nak jadi macam ni?" bisik Amber kepada Dale.

Dale hanya menjawab dengan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Haritu Sunny kata nak tolong kita keluar dari sini, tapi dah tiga bulan berlalu. Kita masih lagi kat sini," keluh Amber.

"Kenapa kau nak balik? Patutnya kau sukalah kan? Kau yang nak sangat pergi sini haritu," ujar Dale dengan nada mendatar. Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan Amber kerana Amberlah punca mereka berdua terperangkap dalam dunia puntianak itu.

"Kau masih marahkan aku ke?" Amber mula diselubungi rasa bersalah.

"Sebab kau, kita terperangkap kat sini,"

"Woi hamba! Apa yang kamu berdua borakkan lagi tu?! Mana makanan kami?!" marah salah seorang puntianak di situ.

"Ya, ya. Tunggu," Amber terus membawa dulang makanan untuk dihidangkan kepada mereka.

Sedang dia menunduk untuk meletakkan hidangan tersebut di atas meja, Fred cuba mendekatkan mulutnya di leher Amber. Apabila mulutnya semakin dekat dengan leher Amber, taringnya mula kelihatan.

"Fred! Apa yang kamu cuba lakukan itu?!" tegur Sunny yang melihat kejadian tersebut.

Amber yang terkejut memdengar suara Sunny terus menoleh ke arah Fred. Fred pula terus menyembunyikan taringnya dan tertawa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Tidak ada apa-apa. Cuma leher hamba ini terlalu menarik perhatian," ujarnya selamba.

"Amber, kamu pergi dari sini sekarang," arah Sunny.

Amber yang masih terkejut dengan kejadian tersebut hanya menuruti arahan sahaja arahan Sunny.

"Fred. Adakah kamu cuba untuk meminum darah Amber sebentar tadi?" soal Sunny tegas.

"Apa salahnya?"

"Kamu ini memang sudah melampau! Adakah kamu mahu aku laporkan  hal ini kepada bondaku?!" marah Sunny.

Fred tersenyum sinis mendengarnya.

"Kenapa kamu tersenyum? Aku tidak bermain-main," Sunny geram melihat tindakan Fred.

"Apa yang kecoh-kecoh ni? Adinda, sila jelaskan," tanya Kenedy, abang kepada Sunny.

"Kekanda, lihat Fred ni. Dia mahu minum darah kawan manusia Sunny," adu Sunny.

"Fred, adakah ini benar?" Kenedy memandang wajah Fred untuk menagih jawapan.

"Iya," jawabnya ringkas.

"Mengapa?"

"Kerana aku sudah lama tidak minum darah manusia!" Fred mengeluarkan taringnya. Matanya bertukar merah akibat marah kerana tidak dapat minum darah Amber sebentar tadi.

"Akan tetapi kamu orang kanan bondaku dan bondaku juga telah menitahkan bahawa mereka di sini hanya untuk dijadikam hamba, bukan untuk diminum darahnya. Kamu patut tahu itu," ujar Kenedy tenang.

"Ya, aku tahu. Namun aku tidak dapat mengawal nafsuku apabila berdekatan dengan mereka,"

"Adinda, kamu pesan kepada kawan-kawan manusiamu supaya jangan mendekati Fred lagi," Kenedy memandang wajah adik kesayangannya itu.

Sunny mengangguk dan terus berlalu untuk mencari Dale dan Amber.

"Dan kamu Fred. Kamu dilarang untuk mendekati hamba-hamba itu lagi," perintah Kenedy.

Fred hanya mengangguk dengan perasaan yang tidak berpuas hati apabila mendengar perintah Prince of Darkness the First itu.

...

"Dale! Amber!" panggil Sunny sambil mendekati mereka.

"Terima kasih Sunny sebab dah selamatkan nyawa saya," Amber terus memeluk Sunny.

"Ya, tidak apa-apa,"

"Amber dah ceritakan semuanya kat aku. Terima kasih tau," ujar Dale lembut kepada Sunny.

Sunny hanya membalasnya ujaran Dale itu dengan senyuman.

"Oh ya, aku ada sesuatu yang mahu aku katakan kepada kamu berdua,"

"Apa tu?" tanya Dale.

"Aku tidak dapat katakannya di sini. Mari masuk ke bilikku," Sunny merendahkan suaranya seakan-akan berbisik.

Dale dan Amber pun terus mengekori langkah Sunny untuk ke biliknya.

Tanpa mereka sedari, Richard, Prince of Darkness the Second telah mendengar perbualan mereka. Dia juga mengekori mereka untuk ke bilik adiknya secara senyap.

"Apa yang kau nak katakan kat kami?" tanya Dale setelah Sunny menutup pintu biliknya.

"Aku mahu lepaskan kami berdua," jawab Sunny teruja.

"Ma..macam mana?"

"Malam ini ialah malam bulan mengambang. Jadi pintu yang memisahkan dunia puntianak dan dunia manusia akan terbuka. Kamu berdua berpeluang untuk kembali ke dunia asal kamu semula malam ini. Aku akan bantu kamu berdua," terang Sunny.

"Betul ke ni?" Amber seakan-akan tidak percaya.

"Betul. Malam ini kita akan jalankan misi untuk kembalikan kamu ke dunia asal kamu,"

"Adinda!"

Mereka bertiga terkejut apabila pintu bilik didorong kuat oleh Richard.

"Ke..kekanda," Sunny tergagap-gagap dibuatnya.

"Adakah semua yang kekanda dengar ini betul? Adinda mahu hantar mereka balik ke dunia asal mereka?" soal Richard.

"Ya, betul," Sunny menundukkan wajahnya kerana takut untuk bertentang mata dengan abangnya yang seorang itu.

"Adinda tahu kan perangai bonda? Dia akan bunuh sesiapa sahaja yang mengingkarinya, termasuk anak sendiri," Richard kelihatan risau akan keselamatan adiknya.

"Adinda tidak kisah jika bonda mahu membunuh adinda. Kerana jika tidak dibunuh pun, adinda akan tetap mati juga akhirnya," ujar Sunny tanpa emosi.

"Kenapa kau cakap macam tu, Sunny?" Dale menyampuk perbualan adik dan abang itu. Dia seperti tersentak mendengar kata-kata Sunny tentang kematiannya.

"Hari ini sudah genap tiga tahun aku minum darah haiwan. Dan jika aku tidak dibunuh sekali pun, keesokan harinya aku tetap akan mati kerana sumpahan puak Dark Lord," jawab Sunny.

"Sumpahan?" Amber mengerutkan dahi.

"Ya, sumpahan. Puak Dark Lord telah bersumpah bahawa jika kami minum darah haiwan selama tiga tahun berturut-turut, kami akan mati setelah genap tempoh tiga tahun tersebut," Sunny menjelaskan perkara tersebut kepada mereka berdua.

"Betul ke ni?" Dale memandang wajah Richard.

Richard mengangguk dengan keluhan.

"Kalau macam tu, kau minum darah aku cepat," Dale menyuakan lehernya ke arah Sunny.

"Dale! Kau gila ke?!" marah Amber.

Sunny tertawa.

"Mengapa kau mahu aku minum darah kau? Kau memang tak nak hidup lagi?" tanyanya.

"Aku tak nak kau mati macam tu je, Sunny. Cepatlah minum darah aku," Dale masih lagi menyuakan lehernya ke arah Sunny.

"Kenapa kau takut sedangkan aku tidak berasa apa-apa, Dale?"

"Sebab aku cintakan kau," luah Dale kepada Sunny dengan bersaksikan oleh Amber dan Richard.

Sunny terkedu seketika sebelum menguntum senyum.

"Dunia kita berbeza, Dale. Kita tidak ditakdirkan untuk bersama," ujarnya lembut.

"Tapi...,"

"Daripada kau risaukan aku, lebih baik kau jaga Amber baik-baik. Aku dapat rasakan bahawa dia sayang sangat kat kau, Dale. Kau jangan sia-siakan dia, ya," sambungnya lagi.

Amber menundukkan mukanya kerana malu mendengar kata-kata Sunny. Ya, dia memang sayangkan Dale. Namun, demi menjaga persahabatannya dengan Dale, dia hanya memendam sahaja perasaannya itu.

"Kekanda, tolong rahsiakan rancangan adinda ini daripada pengetahuan sesiapa, ya," pinta Sunny kepada abangnya.

"Hmm ya lah," Richard mengalah.

...

"Ratu,"

"Ya, Fred?"

"Sunny bercadang untuk melepaskan hamba-hamba manusia itu malam ini,"

Queen of Darkness memandang wajah Fred tajam.

"Mana kamu tahu?"

"Semasa aku berjalan di hadapan biliknya tadi, aku telah mendengar perbualannya dengan hamba-hamba itu," ujar Fred.

"Kurang ajar!" mata Queen of Darkness bertukar merah.

"Arahkan askar-askar kita menghendap perbuatan mereka. Jika pintu perantaraan itu mula terbuka, serang mereka," perintahnya.

"Bagaimana jika Sunny mati?"

"Biarkan sahaja,"

...

Jam tepat memunjukkan pukul 12 tengah malam. Sunny telah membawa Dale dan Amber keluar dari istana. Mereka dengan cepat menuju ke arah hutan di mana pintu perantaraan akan dibuka. Setelah 45 minit berjalan akhirnya mereka semakin menghampiri pintu perantaraan yang sudak terbuka luas itu.

"Serang!"

Mereka telah diserang oleh askar suruhan bonda Sunny. Mereka telah menyasarkan Dale untuk dijadikan sebagai mangsa pertama. Untuk melindungi Dale daripada terkena panahan askar-askar tersebut, Sunny memeluknya dari belakang. Akhirnya Sunny yang terkena panahan itu.

"Sunny!" Amber terkejut apabila darah Sunny terpercik di bajunya.

"Dale, Sunny kena panah!"

Dale memegang tangan Sunny yang masih lagi memeluknya.

"Kita bersorok dulu dekat pokok-pokok besar tu," kata Dale kepada Amber.

"Jom,"

Setelah tiba di belakang sebatanh pokok besar, Dale mencabut anak panah yang tertusuk di belakang badan Sunny dan membaringkan Sunny di ribaannya.

"Kau tak boleh mati sunny!" Dale memeluk Sunny erat.

"Kalau aku tak mati sebab panah ni sekali pun, aku tetap akan mati sebab darah binatang yang aku dah minum sejak 3 tahun lalu. Dale..." panggil Sunny lemah.

"Apa?"

"Kalau aku jadi manusia, aku akan balas cinta kau, aku sayang kau Dale." luah Sunny sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Tubuh Sunny berubah menjadi abu dan hilang dibawa angin.

"SUNNY!" raung Dale.

"Kau sabar ya, Dale. Yang penting sekarang ni kita mesti keluar dari dunia ni. Jom Dale," Amber menepuk bahu Dale lembut sebelum menarik tangannya untuk melintasi pintu perantaraan itu.

...

"Dale, Dale. Bangun Dale," Amber menggoncang tubuh sasa Dale.

Dale membuka matanya perlahan.

"Kita kat mana ni?" tanyanya yang masih mamai.

"Kita dah balik kat dunia asal kita, Dale," Amber mengukir senyum.

Dale termenung seketika untuk mengingatkan tentang apa yang berlaku.

"Sunny...," ujarnya perlahan.

"Dia dah takde, Dale," ujar Amber sayu.

Dale menghela nafas panjang untuk meneeima hakikat.

"Takpe. Sekurang-kurangnya aku ada kau, kan," Dale menatap wajah Amber dan memaksa dirinya untuk mengukir senyum.

p/s;
1. Adakah ini pengakhirannya? Nope! ahahah!xD Ini semua hanyalah permulaan so stay tuned!?
2. Mulai sekarang, saya akan publish cerita ni twice a week je kay! Hope u understand!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience