Rate

Sendiri

Young Adult Series 1738

Hye y'all

??
_______________________________

Kami berjalan keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Kami disapa ramah oleh pekerja keluarga Kaylee yang telah ditugaskan untuk mengambil kami di ditu. Kami akan pergi ke daerah Seoul dimana terletaknya rumah persinggahan keluarga Ameera. Dan rumah tersebut tidak jauh dari universiti antarabangsa yang akan kami pergi untuk menjadi mahasiswi di sana.

Setelah hampir satu jam perjalanan, kami pon sampai di perkarangan rumah tersebut. Jujur aku cakap rumah tersebut cantik dia luar biasa.

Kami masuk ke dalam rumah itu dan melihat dengan perasaan teruja. Aku melihat susun atur rumah itu sangat ringkas dan cantik. Sesuai dengan diriku. Setelah melihat ruangan bawah kami naik keatas untuk menentukan bilik untuk kami tidur.

Ameera dan Syuhada, Kaylee dan Chacha manakala aku seorang. Bilik sebelah kanan adalah bilik MeerSyda. Bilik sebelah kiri adalah bilik KayCha. Bilik aku berada di hujung dan tengah tengah antara bilik mereka.

"Kau okay ke stay sorang dalam bilik tu?" Soal Ameera kepadaku. Aku mengangguk tanda okay. Aku pon masuk ke dalam bilik tersebut.

Benda pertama yang aku lihat dalam bilik tersebut adalah rak buku yang memenuhi ruang tepi bilik itu. Besar dan banyak buku. Sungguh aku suka. Susun atur bilik itu juga membuatkan aku selesa dan berasa luas. Bilik yang kecil membuatkan katil yang bakal aku tidur berada di atas dan terlekat di dinding. Dibawahnya ada meja belajar mengadap tingkap dan tempat untuk aku simpan dan susun baju bajuku.

Ada bilik air untuk ku membersihkan diri. Tidak terlalu luas. Cukup untuk aku yang sederhana.

Aku memulakan misi untuk membuang habuk dan mengemas apa yang patut. Agar aku selesa untuk mendiami bilik itu. Setelah selesai mengemas serba sedikit, aku mengeluarkan barang barangku untuk menyimpan sedikit di dalam closet yang
disediakan.

Selesai semua, aku membawa semua benda yang tidak boleh digunakan dan buang ke dalam tong sampah di dapur. Kaylee yang sedang membancuh air kupandang sipi. Aku mengambil tempat di kitchen island. Kaylee meletakan mug berisi air yang dia bancuh tadi dihadapanku dan mengambil tempat disebelahku.

"Kau okay dengan bilik tu?" tanya Kaylee prihatin.

"Okay je. Tak besar sangat tak kecil sangat. Sesuai dengan aku." aku menjawab pertanyaannya tenang.

"Malam ni nak makan apa? Aku nak gi groceries shop dengan Syada nanti." Kaylee menoleh ke arahku seketika sebelum menyisip air di dalam mug.

"Apa apa ja. Janji halal dan boleh makan." Aku tidak memilih dalam soal permakanan tetapi tidak bagi rakan rakanku yang lain.

"Okay then..." Kaylee bangun lalu mencuci mug yang digunakan lalu keluar daripada dapur menuju ke arah bilik.

Tinggal aku sendirian di situ....

_____________________________

to be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience