Hye y'all
___________________cinta_________________
Kini aku berada di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku akan pergi ke Korea untuk menyambung pelajaran di sana. Aku tidak tahu apa yang bakal terjadi. Aku hanya berserah kepada takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Aku pergi bersama sama dengan sahabatku. Lima orang semuanya. Ameera, Syuhada, Chacha, Kaylee dan aku Andrea. Mereka semua sekarang dikelilingi oleh kaum keluarga sedangkan aku sendiri tanpa sesiapa pun disisi. Terkilan? Mestilah akan wujud rasa itu tetapi aku kuatkan hati demi cita citaku.
Aku hanya duduk di bangku yang telah disediakan di situ. Ameera yang sedang berjalan memdekat aku lihat dengan ekor mata. Aku tidak berkata apa cuma diam sahaja. Dia duduk ditepiku seketika sebelum ibunya memanggilnya kembali untuk mencuba menjauhkan dia daripadaku. Aku tersenyum sinis kepada diriku sendiri. Aku hanya berlagak biasa. Sudah terbiasa dengan gelagat ibunya yang suka membanding bandingkan diriku yang miskin ini dengan kerabatnya yang kaya raya.
"Diminta semua penumpang Boeing 576 menuju ke Korea masuk ke ruang perlepasan. Kita akan berlepas sebentar sahaja lagi."
Mendengar pengumuman itu, aku segera berdiri lalu mengecek semua barang barang ku yang akan ku bawa masuk dalam pesawat agar tidak tertinggal nanti. Aku berjalan menuju ke pintu pelepasan bersama beg dan pasport ditangan. Rakan rakanku berpelukan dengan ahli keluarga mereka buat kali yang terakhir sebelum memasuki ruangan pesawat. Aku masuk dahulu diikuti oleh rakan rakanku yang lain.
Aku kesana bukanlah untuk menyambung pengajian disana tetapi aku ingin lari daripada belenggu masalah yang tidak dapat aku tahan lagi. Sedari kecil aku dijadikan objek untuk ibu bapa angkatku pukul. Aku diambil sebagai anak angkat hanya semata mata untuk dijadikan kuli seumur hidupku. Rakan rakanku tahu akan perkara ini tetapi mereka masih sudi menjadi sahabatku. Walaupun ibu bapa mereka melarang tetapi mereka masih setia disisiku hingga kini. Tetapi aku tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Aku dapat melarikan diri juga atas jasa mereka yang bersusah payah mencari jalan untuk aku keluar dari neraka dunia itu. Kini aku bebas walau hanya sementara.
"Andrea, kau okay tak ni? Dari tadi aku tengok kau senyap je." Soal Kaylee apabila kami berada didalam pesawat gergasi tersebut. Aku duduk diantara Kaylee dan Chacha. Manakala Syuhada dan Ameera yang duduk sebelah kami hanya melihat aku dengan senyap. Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda aku okay. Mereka sedia maklum bahawa aku tidak suka bercakap. Aku akan bercakap apabila perlu sahaja.
Chacha membantu aku memakai tali penggang keselamatan. Aku tersenyum menandakan aku berterima kasih atas pertolongannya itu. Dia hanya menggengam tanganku mengisyaratkan supaya bertenang. Aku membalas genggamannya dengan mesra.
Setelah pengumuman dibuat oleh co pilot, kami berlepas ke Korea dengan jayanya. Kaylee masih sibuk dengan gajet ditangannya manakala Chacha berbual denganku untuk mengusir perasaan gementar yang sedang melanda diriku.
Ameera dan Syuhada hanya bercakap dengan Kaylee dan Chacha sahaja sejak di balai pelepasan. Aku mula curiga dengan gelagat mereka berdua. Aku tahu pasti ada sesuatu yang sedang mereka rancangkan. Aku hanya diam dan memerhati segala gerak geri mereka. Aku cuba bersangka baik tetapi masih ada perasaan curiga bertandang dihati. Aku harus berhati hati dengan mereka semua. Pasti ada rencana yang sedang mereka fikirkan.
_________________________________________
to be continued...
Share this novel