Bab 2

Drama Series 7855

Nota: Salam semua. Kisah Qaseh kini sudah terbit (). Boleh ke ig @sayalahrinazrina untuk maklumat lanjut. TK

Bab 2:
"Ya Allah!" Maya Qaseh terjerit kecil. Tubuhnya terdorong ke hadapan apabila Nazmi menekan brek keretanya tiba-tiba. Malangnya, penunggang motosikal yang dihimpit kereta Nazmi telah jatuh di atas bahu jalan.
?Allahuakbar. Macam mana ni?? Maya Qaseh membuka tali pinggang kaledar yang meliliti pinggang dan melintang di dadanya. Dia ingin membuka pintu kereta tetapi hajat itu mati bila tiba-tiba Nazmi menyergahnya.
?Eh! You nak pergi mana??
?Nak tengok orang yang you langgar tu lah. Tak kan you nak biar aje??
?Tak payah!? tegah Nazmi, tegas.
?You dah langgar orang, kot. Tak kan tak nak turun tengok?? bantah Maya Qaseh tidak puas hati. Entah mengapa, dia benar-benar rasa ingin melihat nasib penunggang motosikal tersebut.
?Hoi! Turunlah?
Maya Qaseh kecut perut. Beberapa orang lelaki datang dan mengetuk-ngetuk tingkap kereta Nazmi. Nazmi mendengus. Melihat wajah-wajah marah yang berada di luar keretanya, akhirnya Nazmi mengalah. Central lock dibuka dan sepantas kilat Maya Qaseh meloloskan diri keluar dari kereta. Dia menghampiri mangsa kemalangan yang terduduk membelakanginya. Sah! Aku kenal lelaki ini.
?Razlan!?
Maya Qaseh meluru ke arah Razlan yang kelihatan sedang menahan kesakitan. Riak wajahnya jelas menampakkan rasa terkejut bila mendengar namanya diseru. Maya Qaseh bertinggung di sisi Razlan dan spontan dia terus memegang tangan Razlan.
?Eh! Apa pegang-pegang ni?? Razlan menepis tangan Maya Qaseh yang cuba membelek luka di sikunya.
?Kau OK?? soal Maya Qaseh penuh kebimbangan. Dia amat kesal kerana lelaki yang dilanggar Nazmi adalah teman sekuliahnya.
?OK? Kau rasa?!? bidas Razlan, lalu menjeling Maya Qaseh.
?Sorry, Lan. Nazmi tak sengaja? ucap Maya Qaseh, pohon pengertian daripada Razlan.
?Oh.. boyfriend kau lah yang langgar aku ni?? soal Razlan, berang.
?Maya!?
Maya Qaseh dan Razlan menoleh serentak ke arah suara yang memanggil. Nazmi datang menghampiri mereka berdua dengan wajah masam mencuka.
?Macam mana ni? Kau tak nak hantar ke orang yang kau dah langgar ni ke klinik?? soal salah seorang pelajar lelaki yang berhenti membantu Razlan.
?Habis tu? Kereta aku apa cerita? Aku nak repair kereta aku lagi. Mana nak bawa mamat ni ke klinik, lepas tu kos baiki motor ni pun silap-silap aku yang kena cover? bantah Nazmi. Razlan masih menahan sabar mendengar alasan Nazmi. Lukanya terasa pedih, namun perit lagi berdepan dengan lelaki yang penuh lagak seperti Nazmi.
?Kau dah langgar oranglah. Tak kan tak mahu bertanggungjawab? seorang lagi lelaki yang membantu Razlan bersuara.
?Ikutkan bukan salah aku, tau. Mamat ni yang ikut rapat kereta aku, sebelah kiri pulak tu, macam mana aku nak elak?? Nazmi masih cuba mempertahankan dirinya.
?Kereta mahal tapi tak reti tengok side mirror buat apa, bro. Awal-awal aku dah bagi signal, kau yang tiba-tiba tukar haluan, mengaku je lah? Razlan tiba-tiba bersuara.
?Sakit-sakit pun ada hati lagi nak bersuara? tempelak Nazmi.
Razlan dapat merasakan darahnya semakin mendidih. Dia cuba untuk bangun. Yang cedera hanyalah kedua-dua belah tangannya. Syukurlah dia masih boleh berdiri, walaupun dalam kepayahan. Razlan menatapi Nazmi. Dengan berani, Nazmi membalas renungan Razlan.
?Nasib kau baik sebab tangan aku sakit. Kalau tak, dah lama muka kau tu merasa penumbuk aku? ucap Razlan, sinis.
?Eh, tak payah nak ugut-ugut akulah, bro? balas Nazmi. Dia menyeluk poket belakang dan mengeluarkan dompetnya. Pantas dia mengeluarkan beberapa keping wang kertas berwarna ungu dan menghulurkannya kepada Razlan.
?Nah. Betulkan motor kau dan pergilah klinik sendiri. Aku tak dapat nak hantar? ucap Nazmi. Razlan tersenyum sinis. Walaupun kau menawarkan ratusan ringgit, cukupkah nilai itu sebagai harga yang kau tawarkan untuk membeli maruahku?
?Ambillah! Orang dah bagi tak nak pulak? Nazmi bersuara, penuh rasa bengang.
?Simpan je lah duit kau tu. Nanti tak cukup pulak nak repair and polish kereta mahal kau ni!? sindir Razlan.
?Kau ingat aku ni sengkek macam kau ke??
?Nazmi!? jerkah Maya Qaseh, tiba-tiba. Nazmi terkejut. Dia pantas menoleh ke arah Maya Qaseh. Melihat renungan Nazmi yang tajam dan menakutkan, Maya Qaseh terus bersuara ?Dah lah!?
?Kenapa you nak jerit kat I pulak? Mamat ni yang sombong tak mahu I tolong, I pulak yang kena marah?? Nazmi masih tidak berpuas hati. Malu pula rasanya dimarahi Maya Qaseh di hadapan orang ramai. Mendengar bebelan Nazmi, Maya Qaseh berpaling pula ke arah Razlan.
?Lan! Nazmi nak bayar ganti rugi tu, ambil je lah? rendah sahaja nada suara Maya Qaseh, cuba memujuk Razlan.
?Kalau tak ikhlas, tak perlulah berpura-pura nak membantu? balas Razlan.
?Habis tu macam mana kau nak betulkan motor kau ni? Nak pergi klinik lagi?? Maya Qaseh tidak putus asa memujuk Razlan.
??Tak payahlah sibuk nak paksa-paksa aku. Ingat aku nak sangat ke duit boyfriend kau tu?? Razlan terus berpaling. Dengan langkah yang sedikit terhincut-hincut Razlan mendapatkan semula motosikalnya yang telah diangkat oleh beberapa orang lelaki yang menjadi penonton kemalangan tadi. Maya Qaseh mendengus. Geram dengan sikap Razlan yang degil dan perangai Nazmi yang sombong tidak bertempat.
?Yang you tercegat lagi tu kenapa? You nak ikut mamat tu ke? Ha, pergilah!? sindir Nazmi bila melihat Maya Qaseh masih memandang ke arah Razlan. Kelihatan Razlan bersalaman dengan pemuda-pemuda yang membantunya. Kemudian, Maya Qaseh menoleh semula ke arah Nazmi. Bagaimana dia boleh lupa kewujudan Nazmi sebagai watak utama dalam kes kemalangan ini.
?Masuk kereta cepat!? Nazmi memberi arahan. Maya Qaseh mendengus. Kerana sakit hati, pintu kereta Nazmi dihempas sekuat hati.
?Kereta I ni dah jahanam. Jangan nak menjahanamkan lagi boleh tak?? Nazmi yang masih panas hati mula menggerakkan keretanya. Maya Qaseh sempat melemparkan pandangan ke arah Razlan di sebalik cermin kereta. Namun lelaki itu tidak memandangnya.
?You ni langsung tak ada rasa peri kemanusiaan? luah Maya Qaseh. Rasa marah dan geram masih terbuku di dadanya.
?Yang sibuk sangat nak tolong lelaki tu kenapa?? suara Nazmi penuh dengan nada tidak berpuas hati.
?Dia classmate I lah. Salah ke I tolong dia. Dia kawan I? Maya Qaseh membalas kata-kata Nazmi.
?Oohh..kawan.. Habis I ni siapa? Driver you?? sindir Nazmi.
?Ok, let?s say dia bukan kawan I, tak boleh ke you rasa simpati sikit dengan mangsa kemalangan tu? Mujur dia tak apa-apa tau. Kalau serius tadi macam mana?? Maya Qaseh masih tidak mahu mengalah.
?Bukan I tak nak bertanggungjawab. I dah nak bagi duit kan tadi, untuk cover bayaran klinik dan kos betulkan motor dia. Tapi you sendiri tengok, mamat tu yang berlagak tak tentu hala, tak mahu terima bantuan I. Tu pun you masih nak salahkan I ke?? dengus Nazmi tidak berpuas hati.
?You...ada masanya, duit tu bukan segala-galanya. You dah terlanggar Razlan akibat kecuaian you memandu, lepas tu you tak mengaku dan yang paling best, sepotong kata maaf pun tak keluar daripada mulut you!? Maya Qaseh benar-benar melepaskan rasa amarahnya.
?Oohh..Razlan rupanya nama kawan you tu..? sinis sekali nada suara Nazmi ketika itu.
?Kenapa? I dah cakap kan yang dia tu kawan sekelas I. Of course lah I tahu nama dia? balas Maya Qaseh pantas.
?Dah lah Maya. Kita pun dah sampai depan fakulti you ni. Pergilah jumpa Razlan you tu. Dia lagi penting daripada I kan?? ujar Nazmi lalu memberhentikan keretanya.
?Tengok?! You sengaja nak pusing cerita kan? Mulalah tu nak jealous tak tentu pasal? Maya Qaseh masih belum mahu mengalah.
?Jealous?! Ohh...please! Dia bukan my level untuk I rasa jealous? cebik Nazmi.
?Huh! Tak gunalah cakap dengan you ni. Tak pernah nak mengalah. Pergi melingkuplah dengan rasa perasan bagus you tu!? sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Maya Qaseh terus melompat turun dari kereta. Nazmi juga tidak menunggu lagi. Mini Cooper Clubman nya terus digerakkan, meninggalkan Maya Qaseh tanpa pamitan.
?Pergi jalanlah? rungut Maya Qaseh sendiri. Dia terus berjalan menuju ke dewan kuliah. Tiba-tiba notifikasi telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk daripada aplikasi Whats App.
?Babe, kau kat mana? Lecture dah mula ni?
Mesej daripada Suraya, teman baiknya membuatkan Maya Qaseh melajukan langkah. Jam di pergelangan tangan dibelek; sudah pukul 2.10 petang. Aduhh...sudah sepuluh minit kuliah bermula. Ini semua gara-gara pergaduhan Nazmi dan Razlan tadi. Elok aku boleh sampai sebelum kuliah dimulakan, tiba lewat juga aku akhirnya. Sepantas kilat ingatannya beralih kepada Razlan. Pasti lelaki itu juga dalam perjalanan untuk menghadiri kuliah jam 2.00 petang hari ini. Di mana agaknya lelaki itu sekarang? Mungkin ke klinik untuk mendapatkan rawatan atau ke bengkel membetulkan motosikalnya. Kasihan Razlan. Mesti dia tidak dapat menghadiri kuliah petang ini.
Mengingatkan itu, Maya Qaseh mengeluh kesal. Keadaan Razlan yang menjadi mangsa kemalangan tadi menerbitkan rasa simpati dalam hatinya. Kalau aku di tempat Razlan, pasti aku pun rasa berang dan marah. Mengingatkan itu, Maya Qaseh dirundung rasa bersalah. Wajah tampan yang berkerut menahan sakit tadi mengganggu fikirannya. Mengingatkan itu, Maya Qaseh bertekad sendiri. Dia mesti minta maaf daripada Razlan-walaupun jelas bukan dia, tetapi Nazmi yang bersalah!

Jom follow @sayalahrinazrina & like Fb page Sayalah Rin Azrina. Terima kasih atas sokongan semua :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience