Series
7855
Tiga tahun sebelum itu.
Petang itu bumi Kuala Lumpur basah disirami hujan. Alam terasa sedikit dingin, tiada terik mentari jam 1.30 petang seperti selalu. Razlan meraup wajahnya setelah selesai memanjatkan doa. Dia menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid tidak jauh dari kampus. Setelah bersalaman dengan jemaah yang lain, dia mengatur langkah keluar dari masjid.
Razlan menghirup udara selepas hujan yang lebih segar dan nyaman. Kemudian dia mengelap seat motosikalnya yang basah dan terus mengenakan topi keledar. Mengenangkan jarak yang tidak jauh dari kampus, Razlan tidak mengenakan jaketnya. Kuliah yang perlu dihadiri akan bermula jam 2.00 petang hari ini. Ingin sahaja dia melajukan motosikalnya kerana ingin segera sampai ke kampus, namun keadaan jalan raya yang licin setelah hujan menuntutnya agar lebih berhati-hati. Ketika menghampiri lampu isyarat, Razlan memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah Mini Cooper Clubman dan menanti lampu isyarat merah bertukar hijau. Sempat dia menjeling pemandu dan penumpang kereta itu yang berbual mesra. Hem?untunglah, ada kereta cantik. Awek mana yang tak mahu ikut. Kalau bawa kapcai macam aku ni, siapa yang sudi ikut, detik hati Razlan. Ah! Biarlah. Mengapa mesti cemburu dengan kebahagiaan dan kelebihan orang lain? Razlan segera menghapuskan rasa negatif yang mula menyapa fikirannya.
Apabila lampu isyarat bertukar hijau, Razlan terus menggerakkan motosikalnya. Kereta Mini Cooper yang sebelum ini berada di belakangnya telah memecut dan memotongnya. Oleh kerana kereta itu dipandu dengan laju, takungan air di tepi jalan tidak dapat dielaknya. Takungan air hujan itu terpercik mengenai Razlan dan beberapa penunggang motosikal yang lain. Razlan menggeleng-gelengkan kepala. Ikut hati, ingin dijerit sahaja pemandu sebegini. Kau punya kenderaan hebat yang megah menyusur jalan raya. Tidak bolehkah punya sedikit pertimbangan buat penunggang-penunggang motosikal yang turut berkongsi jalan raya yang sama?
Ketika motosikalnya menghampiri simpang ke kampus, Razlan melihat kereta Mini Cooper yang tadi kelam-kabut memotongnya bergerak dengan perlahan. Hem?ingat dah sampai ke mana, terburu-buru dan memecut laju tadi, baru sampai sini? Dilihatnya kereta itu sedikit terhuyung-hayang. Razlan hanya mengekori, tetapi hilang pula kesabarannya bila halaju kereta itu semakin perlahan. Ah! Baik aku mengambil jalanku menuju ke kampus. Tidak perlu mengekori kenderaan yang dinaiki pasangan bercinta ini. Pasti kereta ini mahu meneruskan perjalanan ke hadapan.
Razlan memberi isyarat untuk ke kiri dan mula meningkatkan sedikit kelajuan motosikalnya. Tiba-tiba, tanpa memberikan isyarat terlebih dahulu, kereta tersebut turut membelok ke kiri. Sebelum sempat Razlan berfikir untuk mengelak, kereta tersebut telah menghimpitnya.
?Sreeeeeettttt?
?Aduh!? Sepantas kelipan mata sahaja segalanya berlaku. Razlan mengaduh saat tangannya bergeser dengan simen bahu jalan. Motosikalnya sudah tumbang dan Mini Cooper tadi berhenti tidak jauh dari situ. Razlan mengerutkan dahinya menahan rasa sakit. Dia cuba untuk duduk walaupun dalam kepayahan. Beberapa penunggang motosikal lain mula berhenti dan mendapatkannya untuk membantu.
?OK ke, bro?? soal seorang penunggang motosikal yang mula-mula menghampirinya. Razlan mengangguk dalam kesakitan. Keprihatinan lelaki itu menyentuh hatinya. Beberapa buah motosikal lagi turut berhenti untuk membantu dan melihat kejadian yang berlaku.
?Razlan!?
Razlan terkejut saat mendengar namanya diseru. Saat menoleh, dia melihat seorang gadis yang amat dikenali terus meluru mendapatkannya. Dada Razlan dilanda gempa. Macam mana pula dia boleh berada di sini? Gadis itu bertinggung di sisinya dan terus mencapai tangan Razlan.
?Eh! Apa pegang-pegang ni?? Razlan menghalang perbuatan gadis itu yang cuba membelek sikunya yang luka.
?Kau OK??
Ha??! Pertanyaan apakah ini? Kau bertanyakan keadaan aku sedangkan kau boleh melihat sendiri dengan mata kepalamu? Wajah cantik itu ditatapnya. Bibir gadis itu terus berbicara. Namun darah Razlan mula menyirap. Percuma sahaja gadis itu menerima amarahnya. Lebih-lebih lagi apabila Razlan mengetahui daripada mulut gadis itu siapa sebenarnya yang melanggar dirinya tengah hari itu!
*********************************************************
Maya Qaseh bersandar memeluk tubuh dalam kereta Mini Cooper Clubman milik Nazmi. Kereta itu dipandu perlahan mengekori kereta-kereta lain dalam kesesakan jalan raya selepas hujan. Maya Qaseh menjeling Nazmi di sisinya. Rasa diri amat bertuah memiliki teman lelaki seperti Nazmi. Walaupun lelaki itu sibuk setelah mula bekerja, hari ini dia cuba meluangkan masa menghantar Maya Qaseh ke kampus. Maya Qaseh tersenyum sendiri. Terkenang kata-kata Suraya teman baiknya.
?Untunglah ada boyfriend yang baik hati?Jaga baik-baik, stok untuk buat suami?
?Kenapa tiba-tiba senyum sorang-sorang ni?? tegur Nazmi bila melihat Maya Qaseh tersenyum sendirian. Maya Qaseh tersentak. Dia menggeleng-gelengkan kepala, tanda tidak mahu menceritakan usikan Suraya yang berlegar di fikirannya. Gila nak cerita? Bangga pula si Nazmi ini nanti.
?I tahu, you memang akan sentiasa tersenyum gembira bila di samping I? usik Nazmi, juga tersenyum lebar.
?Perasannya?!? balas Maya Qaseh lalu mereka sama-sama tertawa. ?Errr?Petang nanti you fetch I ke?? soal Maya Qaseh, sengaja ingin mengalih tajuk perbualan.
?You habis kelas pukul berapa?? tanya Nazmi semula. Pandangannya dialih seketika kepada Maya Qaseh dan kemudian ke arah jalan raya dan kereta di hadapannya. Memandu dalam keadaan jalan yang licin selepas hujan dan barisan kenderaan yang bergerak perlahan menuntut Nazmi untuk memberikan lebih tumpuan kepada pemanduan. Keretanya kembali berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Di hadapan keretanya terdapat deretan motosikal yang turut menanti lampu isyarat bertukar hijau.
?I ada dua lectures petang ni. You ambil pukul lima boleh?? tanya Maya Qaseh.
?Hmm?pukul lima, ya?? Nazmi menggantungkan kata-katanya. Fikirannya ligat memikirkan sesuatu. Sebelum sempat memberikan jawapan, lampu isyarat telah bertukar warna dan Nazmi terus menggerakkan keretanya. Selepas melepasi lampu isyarat, Nazmi terus menekan pedal minyak dan meningkatkan kelajuan keretanya.
?Eh, you!? Maya Qaseh terjerit kecil.
?Kenapa?? soal Nazmi.
?You langgar lopak air tadi. Kena orang bawa motor tu? kata Maya Qaseh. Dia menoleh sedikit ke belakang, cuba mencari penunggang motosikal yang dipintas kereta Nazmi tadi.
?I tak sengajalah?Tak sempat nak elak? jawab Nazmi, membela dirinya. Maya Qaseh terdiam. Entah mengapa, terbit rasa simpati kepada penunggang motosikal itu tadi. Tetapi Maya Qaseh tidak mahu memanjangkan cerita. Faham benar dengan perangai Nazmi yang kadang kala bongkak tidak bertempat.
?Hmmm?macam mana? You boleh tak ambil I petang ni?? sekali lagi Maya Qaseh cuba kembali kepada pertanyaannya yang masih belum dijawab Nazmi. Nazmi hanya diam. Matanya terus memandang ke hadapan, kemudian menjeling ke cermin pandang belakang. Nazmi melihat ada sebuah motosikal di belakang keretanya.
Tiba-tiba telefon Nazmi yang diletak di atas dashboard menjerit nyaring. Nazmi dan Maya Qaseh sama-sama terkejut. Spontan, Maya Qaseh ingin mencapai telefon milik Nazmi itu, namun lelaki itu lebih pantas menepis tangan Maya Qaseh.
?Eh! Kenapa you nak ambil telefon I?? Nazmi terus mencapai telefonnya.
?You tengah drive, kan. Apa salahnya I tolong jawabkan? balas Maya Qaseh. Hatinya mula hangat kerana tiba-tiba sahaja Nazmi menepis tangannya tadi.
?Tak payah nak sibuk!? tiba-tiba Nazmi naik berang. Nada panggilan telefon di tangannya sudah senyap sendiri.
?Kenapa pula tak boleh?? Maya Qaseh tidak berpuas hati. Serentak itu, sekali lagi telefon Nazmi berdering. Maya Qaseh cuba mengambil telefon yang dipegang Nazmi. Dia mula cuak dengan perlakuan Nazmi yang cuba menyembunyikan telefon bimbitnya.
?Kenapa you ni? I tengah bawa kereta, kan? Nazmi mula hilang sabar. Dia cuba menyorokkan telefon bimbitnya yang cuba dirampas Maya Qaseh dan pada masa yang sama cuba mengawal stereng keretanya.
?Ni mesti ada apa-apa yang nak disorok daripada I!? Maya Qaseh bersuara, tidak berpuas hati.
?It?s none of your business? bentak Nazmi, tidak mahu mengalah.
?Kalau tak ada apa-apa, kenapa tak bagi I angkat phone call you?? Maya Qaseh tetap ingin menyatakan ketidakpuasan hatinya. Dia berpaling ke arah Nazmi apabila telefon Nazmi bernyanyi lagi. Termasuk kali ini, sudah tiga kali telefon itu menjerit nyaring. Pemanggilnya bagai tidak sabar-sabar untuk berbicara dengan Nazmi. Maya Qaseh semakin tidak berpuas hati. Dia cuba merampas telefon yang disorokkan Nazmi.
?Give me your phone!? tegas Maya Qaseh.
?No way!?
?Bagi I!? Maya Qaseh tidak mahu mengalah.
?You nak sibuk-sibuk kenapa?!? Nazmi tidak mampu lagi menahan amarahnya.
?Nazmi! You nak pergi mana? Pergi kampus masuk kiri kan!? tiba-tiba Maya Qaseh mengingatkan.
Nazmi baru menyedari yang dia hampir terlajak dari simpang menuju ke kampus. Telefonnya tiba-tiba berdering lagi. Dalam keadaan kelam-kabut untuk menyorokkan telefon bimbitnya, Nazmi terus membelok ke kiri tanpa memberi lampu isyarat.
?Nazmi!?
?Sreeeettttt!!!?
Serentak itu Nazmi menekan brek keretanya serta-merta.
?Oh no! My car!!!?
Nota: tidak dibenarkan meniru, menciplak atau mengambil mana-mana bahagian daripada petikan cerita ini. TK
InsyaAllah saya akan update 1-2 kali seminggu. Selamat membaca. Dijemput untuk follow ig @sayalahrinazrina & Fb page Sayalah Rin Azrina. Terima kasih.
Share this novel