Prolog

Romantic Comedy Series 19847

-Cinta itu sifatnya bebas, luas dan…-

“MUNGKIN…” Aisyah memandang tunak mata Malik. Malik melangkah satu langkah ke hadapan, tapi Aisyah mengundur satu langkah ke belakang.

“Tapi kenapa macam ni?” keluh Malik.

Aisyah mengangkat kedua-dua bahu. “Saya cuma nak bagi awak masa je. Masa untuk berfikir dan masa untuk meraikan hari ketiadaan saya? Mungkin. Mungkin awak akan lebih happy.”

Malik sudah mula geram. “Siapa yang cakap?”

“Saya. Lagipun awak sendiri yang pernah cakap kat saya. Cinta itu sifatnya bebas, luas dan…” Aisyah termangu. Dia lupa dengan apa yang dia nak katakan. Ah, apa hal boleh lupa pulak ni. Kacaulah! jerit Aisyah dalam hati.

“Dan?”

Aisyah diam.

“Dan… awak, sayang. Macam mana boleh lupa ni?” sambung Malik dan tergelak kecil. Lalu, terus mencapai tangan Aisyah dan menggenggamnya erat. Aisyah sorok senyum bahagianya.

Malik dan Aisyah berjalan seiringan.

“Sayang, awak nak tahu tak…” Belum sempat Malik habis kata Aisyah mencelah.

“Awak ni saya suka kalau awak panggil saya baby kan?” kata Aisyah dengan nada rajuk.

“Gelilah panggil baby.” Malik meningkah.

Aisyah memegang dadanya secara tiba-tiba lalu membongkok sikit badannya dan mengaduh sakit. Malik terkejut dan cuba memandang wajah sakit Aisyah.

“Kenapa ni?”

“Sakit.”

“Kat mana?”

“Hati. Sebab awak kata geli panggil saya baby,” balas Aisyah muram.

Malik mengeluh geram. “Awak bukan baby saya.”

Aisyah pandang dengan wajah garang. “Siakap senohong gelama ikan duri, what do you mean I’m not your baby?”

Belum sempat Malik mahu menjawab ada dua sosok tubuh menghampiri mereka. Luas senyuman Malik, makin luas kegeraman Aisyah.

Malik menunjuk ke arah dua sosok badan itu. “Tu baby saya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience