Bab 2
FIEYA melangkah keluar dari pusat karaoke lima bintang di sebuah hotel terkemuka itu dengan perasaan berdebar-debar. Dia berharap lelaki yang menghubunginya sebentar tadi tidak mengesyaki pembohongannya. Jika tidak, Fieya akan berada dalam masalah!
Lukman sudah menanti di hadapan sambil tersenyum kepada Fieya. Mereka berdua berjalan menuju ke kereta yang sudah menunggu di hadapan pintu utama.
Fieya tidak bercakap banyak semasa dalam perjalanan pulang, dalam kepalanya sarat memikirkan perihal Firdaus yang tidak membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Sebagai seorang kakak dia bertanggungjawab penuh ke atas adiknya itu.
“Kita dah sampai.” Teguran Lukman menyedarkan Fieya.
“Oh!” Fieya terus menegakkan badannya.
“Thanks for your company, dear.”
Lukman menghulurkan cash kepada Fieya. Fieya melihat not seratus yang tebal itu, dalam anggaran RM1K.
“This is yours. Jangan risau pasal Mia. I dah transfer allowance dia.”
“Thank you.” Fieya mengambil cash tersebut dan masukkan ke dalam beg tangannya. RM1K untuk 3 jam dating dan karaoke? Itu perkara biasa! Asalkan sugar daddy kaya itu gembira! It's called easy money.
“Take care, dear!” Lukman melambai sebelum pintu kereta itu ditutup oleh Fieya.
Fieya melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan langkah longlai. Dia menghampiri pintu bilik Mia dan ketuk beberapa kali.
Mia membuka pintu. Matanya terbuka separuh. “Aku tengah tidurlah Fieya... Kenapa ni?”
“Ambil duit ni!” Fieya meletakkan duit yang diberi Lukman tadi kepada Mia.
Berkerut dahi Mia. “Dia bagi kau, kan? Ambil ajelah...”
“Aku tak terima duit daripada lelaki lain.” Fieya terus menutup pintu bilik Mia tanpa sempat gadis itu membalas kata-katanya.
JANNA keluar dari kelas sambil membawa kertas ujian yang baru selesai dijawab oleh pelajar dalam kelas itu. Dia membantu Dr. Laila membawa kertas ujian yang tebal naik ke pejabatnya di tingkat tiga Fakulti Undang-Undang universiti terkemuka tanah air itu.
“Janna, awak punya group assignment tu saya dah buat semakan. Memang perfect. Nanti saya harap grup awak buat presentation yang terbaik,” kata Dr. Laila dengan pujian kepada pelajar gigih di hadapannya itu.
Janna tersenyum gembira. “Betul ke Dr.? Alhamdulillah. Kami dah berapa hari tak tidur siapkan tugasan tu. Baik Dr. We will do the best for presentation!” Janji Janna dengan bersemangat.
“Awak adalah pelajar favourite saya. Tunjukkan kemampuan awak sebagai bakal lawyer yang hebat!”
“InsyaAllah, Dr. Saya akan buktikan kepada Dr.” Janna terasa kembang apabila diberi motivasi daripada seorang pensyarah kanan.
Dia melangkah keluar dari bilik Dr. Laila dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Janna adalah gadis cantik dan bijak, sopan dan bertudung. Dia juga sangat disenangi oleh rakan-rakan kuliah dan pensyarah.
“Janna!”
Janna menoleh. Dia melihat teman lelakinya yang merupakan pelajar kejuruteraan itu menghampirinya di tempat meletak kenderaan pelajar.
“Awak...” Janna menegur Fahmi.
“Awak dah sihat ke? Dah makan Panadol semalam?” tanya Fahmi.
Janna mengetap bibir. “Ya. Semalam saya sakit kepala. Sekarang dah okey.”
“Jom, kita kita makan sekali. Saya dah habis kelas.”
Janna melihat jam di tangannya. “Tak bolehlah awak. Saya ada kelas lagi. Saya ingat nak lepak kat surau aje sementara tunggu kelas petang ni. Kalau pergi makan nanti tak sempat solat pulak.”
Fahmi mengeluh. “Awak banyak alasan ya sekarang. Saya ni boyfriend awak tau. Masa nak minta tolong saya, tengah malam pun saya datang. Dahlah... Ikut suka awaklah.” Fahmi terus meninggalkan Janna.
“Fahmi!” jerit Janna. Tetapi, lelaki itu terus melangkah pergi.
“Sikit, sikit merajuk. Memang lelaki susah nak matang ke?” rungut Janna sambil membuka pintu kereta Myvi miliknya.
FIEYA tekun mendengar pensyarah memberi penerangan di hadapan. Dia merupakan pelajar fakulti pengurusan di universiti yang sama dengan Mia dan Janna. Cuma mereka berbeza fakulti. Mia mengambil jurusan perakaunan, manakala Janna mengambil jurusan undang-undang. Mereka bertiga adalah pelajar yang berpotensi. Lihatlah di mana mereka belajar, sebuah universiti yang menduduki carta teratas di negara ini.
Dia kelihatan seperti pelajar-pelajar lain yang bertungkus-lumus menuntut ilmu demi segulung ijazah dan masa depan yang lebih cerah. Tiada siapa yang tahu kehidupan peribadi mereka, melainkan orang-orang tertentu. Fieya mendapat mesej masuk. Dia menjeling kiri dan kanan sebelum membuka pesanan itu.
'I balik Malaysia minggu depan.' - D'Riz
Fieya mengetap bibir melihat kiriman mesej itu.
“Fieya!” panggil Najwa.
“Sial!” Fieya melatah.
Najwa melonggo melihat rakannya itu. Termasuklah pensyarahnya dan rakan sekelas.
“Prof. tanya kau soalan tu!” bisik Najwa.
“You mencarut dalam kelas saya, Fieya?!”
“Aduh...” Fieya menunduk rapat sebelum menanggung semua kepalanya memandang Prof. Zulkifly.
“I'm sorry, prof. Saya terkejut aje.”
“Saya tanya... Kenapa kulit assignment you ni colour lain daripada kawan-kawan you ni. Kan saya dah cakap warna hijau. Nanti kalau tercampur dengan tugasan studen kelas lain. Siapa yang susah?”
Eh, ya ke! Fieya lantas bangun berdiri dan melihat di meja pensyarahnya itu. Hanya tugasannya sahaja yang berwarna lain!
“I'm sorry, prof!”
“Ambil balik! Lepas tu hantar ke bilik saya sebelum pukul 2.00. 2.01 tak ada kat meja saya. Markah you kosong. Lepas ni berangan lagi dalam kelas!”
Glup. Fieya menelan liur. Rakan-rakan sekelasnya sudah ada yang ketawa kecil. Dia memaki dirinya sendiri dalam hati.
MALAM itu suasana agak tegang di dalam rumah rumah sewa tiga gadis cantik itu. Mereka didatangi oleh dua orang tetamu.
Fieya duduk di sofa berhadapan TV sambil membuat nota ringkas. Buku tebal dan kertas berselerak di atas meja kopi. Janna pula sedang makan malam di meja makan.
Mia memandang dua orang junior di hadapannya silih berganti. Keduanya memiliki personaliti yang menarik. Mereka seolah-olah duduk seperti dalam bilik temu duga di meja makan itu. Janna tidak pedulikan urusan mereka di hadapannya. Dia terus makan dengan berselera.
“Betul ke korang ni, hmm?” soal Mia dengan tegas.
“Ya. Kami dah fikir panjang sebelum nak jumpa sugar sisters. Kami nak tahu, apa yang menarik tentang sugar bowl (The Sugar Lifestyle),” jawab Iffa dengan tenang. Sugar sisters adalah sugar baby (perempuan simpanan) yang sudah berpengalaman dan akan memberi guide kepada ahli baru.
“Okey. Apa yang korang nak tahu?” soal Mia lagi.
“Apa itu sugar baby dan sugar daddy. Kami pernah dengar tapi cuma dari carian dalam Internet. Kami tidak pernah jumpa dengan sugar sisters in real. Bila kami dapat tahu daripada seorang kawan. Dia suggest untuk jumpa Kak Mia,” kata Tania pula.
Mia ketawa besar. “Adoi... Adik-adik. Okey I akan cerita. Tapi, korang kena balik fikir seratus kali dulu, sebelum datang minta tolong kat I lagi.”
Iffa dan Rania pantas mengangguk.
“A sugar baby is a person in a romantic relationship who receives, cash, gift, or other benefits in exchange for being in relationship. It can include sex or intimacy, but it doesn't have to. Itu penjelasan ilmiahnya. Tapi senang cakap. Korang akan terima tajaan daripada lelaki kaya dan ikat kontrak dengan dia orang. Dia orang tu dipanggil sugar daddies.”
“Ada... Adakah ia sama macam pelacuran?” soal Iffa. Dia harus faham dengan lebih mendalam supaya tidak menyesal.
Mia ketawa sinis. “Sugar baby ada banyak cabang, okey! Itu adalah atas diri korang sendiri. Tanya yang ada kat dalam dada korang tu. Ada je sugar babies yang never have sex with their sugar daddies. Okay, look.”
Mia menunjukkan iPad kepada kedua-dua junior itu.
“Ini adalah web tempat kita akan daftar sebagai sugar baby. Selepas daftar dan masukkan maklumat, kita akan tunggu dalam berapa hari pasti akan ada mesej masuk. Daripada dua jenis manusia, okey. Satu salt daddy dan satu lagi potential sugar daddy!”
“Apa beza keduanya?” soal Tania. Matanya tidak lari daripada melihat web tersebut. Fuh...
“Salt daddy, lelaki tua yang hanya nak seks semata-mata. Dalam kepala otak dorang tak ada benda lain. Kalau potential sugar daddy, diaorang ni memang, pergh! Dahlah kaya. Handsome. Muda. Berjaya. Tapi sunyi! Dan yang penting boleh dibawa berbincang.” Mia sempat ketawa kecil.
Tania dan Iffa saling memandang dengan tersenyum.
“Selepas tu, bila kita chat. Dan akan ke sugar dating. Kadang-kadang akan ada sugar sisters yang teman, in case anything happens. Kita akan pergi ke tempat terbuka macam restoran ke. Bincang tentang kontrak. Apa yang masing-masing nak dan tak nak. Bincang tentang hubungan itu. Adakah mereka mahukan hubungan intim atau hubungan platonik semata-mata. Bincang tentang elaun dan sebagainya. Kalau masing-masing setuju, okey kita akan tandatangani kontrak. Tapi, kalau salah seorang tidak setuju. It's okay, kita akan cari yang lain!” Mia bersemangat memberi penerangan.
“Macam mana kita nak tahu sugar daddy tu betul-betul kaya atau diaorang cuma scammer.”
“Dalam web ni, nak daftar jadi sugar daddy, at least dalam account ada 100k. At least, okay!”
“Ramai orang tua-tua ke?” soal Iffa.
Mia menggeleng. “40 lebih ramai. Kena pandai pilihlah. Jangan cari salt daddy. Cari yang seimbang sebab kita nak hubungan yang eksklusif! Bukan murahan, okey! Memang orang ingat sugar baby hanya nak duit je, tapi tak semua. Ada yang inginkan hubungan jangka panjang yang aman. Kalau fikir duit semata, korang boleh cari salt daddy. Tapi korang akan jadi hamba seks je!”
“Kalau macam tu saya nak daftar!” ujar Tania.
“Hei!” Tiba-tiba Janna menjerit.
Terkejut mereka bertiga termasuk Fieya di ruang tamu. Fieya memanjangkan leher.
“Korang jangan nak musnahkan hidup korang. Ingat benda ni seronok sangat ke? Terdesak sangat dah ke?” marah Janna.
Mia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memberi laluan kepada Janna untuk memberi tazkirah.
Tania dan Iffa menelan liur melihat wajah Janna yang merah.
“Baik korang baliklah... Tak payahlah nak cari jalan pintas nak dapatkan duit. Kau pun Mia... Sudahlah tu...” Janna terus bangun membawa pinggan kotor ke singki.
“Macam mana Kak Janna boleh hidup dalam rumah sugar sisters?” soal Iffa yang begitu hairan dengan kehidupan tiga orang senior dalam rumah itu.
Mia mengangkat kening. “Korang tak tahu apa-apa jangan nak cakap banyak.”
“Sebelum nak daftar dalam web ni. Korang balik fikir seratus kali dulu. Dah... I'm done!” Mia mengangkat kedua-dua belah tangannya.
Share this novel
not bad
up