PROLOG

Romance Completed 989548

Prolog

FIEYA melalui lorong yang agak gelap untuk menuju ke sebuah rumah setinggan di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu. Di tangannya terdapat plastik yang mengandungi makanan untuk diberikan kepada satu keluarga. 

“Assalamualaikum...” Fieya memberi salam diselangi dengan ketukan di pintu. 

“Waalaikumusalam.” Terjengul seorang wanita lingkungan 40-an di muka pintu. 

“Mak ngah. Fieya ada bawa makan sikit.” Fieya menghulurkan bekas plastik itu kepada wanita itu. 

“Hmm...” Zainah mengambil bungkusan itu. 

“Firdaus ada, mak ngah?” soal Fieya. 

Wanita itu menarik muka. “Tak ada. Dari siang tadi dah keluar. Entah balik ke tidak malam ni.”

Berubah wajah Fieya ketika itu. “Kan sekarang musim peperiksaan Percubaan SPM. Kenapa dia tak belajar kat rumah malam-malam ni? Ke mana dia pergi?”

“Manalah aku nak tahu! Bukannya kerja aku nak tanya dia setiap kali keluar masuk rumah,” tengking Zainab. 

“Baiklah... Fieya akan cari dia.” Fieya terus meminta diri dan berlari anak ke jalan semula. 

Fieya berkali-kali menghubungi adiknya Firdaus tetapi tidak berjaya. Akhirnya Fieya duduk di sebuah perhentian bas dengan rasa kecewa. Sebuah bas berhenti di hadapannya tetapi Fieya tidak menyedari kerana termenung. 

“Kak Fieya!” 

Fieya menoleh ke arah kanannya. Firdaus berjalan ke arahnya setelah turun dari bas. 

“Firdaus. Kau pergi mana je! Kenapa tak belajar kat rumah!” tengking Fieya dengan amarah. 

Firdaus merenung tajam kakaknya itu. 

“Macam mana nak belajar dalam rumah tu? Mak ngah tak habis-habis bising suruh orang buat kerja itu ini. Baik orang keluar!”

“Habis kau keluar pergi belajar ke? Mana beg kau?” 

“Akak jangan sibuklah!” Firdaus terus melangkah tetapi Fieya pantas menahan. 

“Seminggu ni kau pergi duduk hotel. Sewa rumah mana-mana ke. Janji kau boleh belajar. Ambil duit ni!” Fieya terus meletakkan beberapa keping not seratus ke atas tangan Firdaus. 

Firdaus tersengih sinis sambil melihat tangannya. 

“Mana akak dapat duit ni?”

“Kan akak cakap, akak kerja.”

“Kerja apa sangat yang studen U boleh buat? Selagi akak tak mengaku kerja apa yang akak buat kat luar tu, jangan harap orang nak ambil duit ni!” kata Firdaus sambil melempar duit itu ke tanah. 

“Firdaus!!!” jerit Fieya apabila adiknya itu terus berjalan meninggalkannya. Air mata Fieya mengalir ke pipi. Dia tunduk dan mengutip semula duit yang bertaburan di atas tanah itu seolah mengutip kepingan hatinya ni yang berderai. 

Share this novel

jruuoy
2024-01-12 04:52:40 

test_account

Najihah Hashim
2021-05-19 17:43:31 

yeahh sudah ada . full ep . otw buka chap . tq PJ . muah

Asma Salsabila
2021-04-27 05:49:37 

mcm mna nk bca ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience